Pilihan Raya Kecil Sungai Limau Pesta Demokrasi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pesta demokrasi Malaysia nampak berbeza selepas kepanasan pilihan raya umum ke-13. Perbezaan ini dapat dilihat daripada pilihan raya kecil Kuala Besut dan terkini pilihan raya kecil Sungai Limau di mana suasananya lebih tenang dan terkawal. Mungkin rakyat sudah letih berpolitik tanpa henti setelah berakhir pilihan raya umum ke-12 sehingga pilihan raya umum ke-13.

Pilihan raya kecil Kuala Besut adalah pilihan raya kecil pertama setelah pilihan raya umum ke-13 setelah wakil rakyat dari Barisan Nasional, Dr. Abdul Rahman Moktar meninggal dunia. Pilihan raya kecil Sungai Limau pula adalah pilihan raya kecil kedua setelah wakil rakyat dari PAS, Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia. Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional manakala Sungai Limau adalah kubu kuat PAS sejak berzaman.

KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH

Jika di Kuala Besut, rakyat mengekalkan Barisan Nasional untuk pemilihan semua bagaimana pula dengan pilihan raya kecil Sungai Limau. Di atas kertas kelihatan PAS akan terus mengekalkan penguasaan tetapi mungkinkah pengaruh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru boleh memecah penguasaan PAS.

Calon Pilihan Raya Kecil Sungai Limau

Lebih daripada 27,287 pengundi Sungai Limau akan keluar mengundi untuk memilih wakil mereka pada 4/11/13 bermula jam 8 am sehingga 5 pm. Siapakah pilihan mereka, adakah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim daripada Barisan Nasional, atau Ustaz Mohd Azam Samad daripada PAS? Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya keputusan pilihan raya kecil Sungai Limau akan diumumkan pada jam 9 pm, 4/11/13. Yang menang atau yang kalah pasti akan ada tanggungjawab yang besar kepada penyokong.

Live Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Twitter


 

Live Gambar Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Utusan Online

Keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau (N20)

1. Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (BN) : 10998

2. Ustaz Mohd Azam Samad (PAS) : 12105

3. Undi Rosak : 123

Semoga tiada lagi isu ‘Black Out’ semasa pengiraan undi dan pengundi Bangladesh seperti yang diheboh-hebohkan oleh Anwar Ibrahim.


Spread the love

30 Comments

  1. Ada sedikit provokasi semasa proses pilihanraya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun, rata-rata rakyat Malaysia cintakan keamanan dan menjalankan proses demokrasi dengan jayanya. Tahniah.

    Susah juga hendak mentafsirkan keputusan pilihanraya kali ini kerana terdapat sedikit perbezaan dari segi peratus yang keluar mengundi dari waktu GE13 yang lalu. ,Namun, rata-rata berpendapat terdapat sedikit ‘swing’ pada BN kali ini dan menunjukkan PAS paling mengalami kerugian dari pakatan mereka dalam PR. Wallahualam…

    1. PAS menang di kubu kuat mereka dengan majoriti yg berkurangan. Mungkin bajet menyebabkan sebahagian penyokong PAS berpaling tadah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!