Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2016 yang bermula pada 29/4/2016. Kalau dulu Pesta Buku dianjurkan di PWTC atau MIECC tapi kali ini bertukar lokasi di MAEPS Serdang taklah jauh sangat daripada rumah kami. Cuma kesibukan jadual kerja membuatkan agak terlewat membawa keluarga untuk meraikan pesta berjuta buku dari berbagai penerbit antaranya Karangkraf, MPH dan Popular.
Kepada yang tidak ada pengangkutan jangan risau naik je ETS atau Komuter berhenti di hentian Sedang dan sambung menaiki bas yang disediakan khas untuk ke PBAKL 2016. Kepada yang bawa kenderaan ada beribu parkir daripada yang percuma, berbayar RM3 dan parkir valet. Sudah tentu parkir yang percuma itu jauh tapi jangan risau pihak penganjur menyediakan bas khas terus ke pintu dewan pameran A. Kalau bawa warga tua boleh guna parkir valet memang lansung ke dalam kawasan pameran cuma kena bayar lebih, RM10.
Memang meriah PBAKL 2016 dengan mempamerkan berjuta-juta buku berbahasa Melayu dan Inggeris. Bangga melihat sudah banyak buku-buku berbahasa Melayu berbanding sepuluh tahun dahulu nak cari buku ilmiah memanglah susah. Lebih seronok apabila melihat buku-buku rakan blogger, sifu hartanah dan usahawan online dipamerkan untuk jualan ramai. Apa lagi sambarlah buku kekawan sebagai tanda sokongan mana tahu di tahun-tahun akan datang boleh letak buku Denaihati bersama dengan buku-buku hebat ini. Memang ada niat nak membukukan pengalaman sebagai usahawa online dan juga pengalaman kembara Denaihati ke seluruh dunia.
Jangan risau hal makan dan minum memang banyak gerai dan food truck dengan berbagai juadah dan minuman yang sedap. Ada rezeki boleh dapatkan tanda tangan penulis buku yang membuat penampilan khas serta berselfie dengan mereka. Berbagai aktiviti disediakan oleh penganjur selain pameran buku untuk semua generasi yang datang berpusu-pusu terutama di hujung minggu. Surau juga disediakan jadi tak ada alasan untuk meninggalkan solat yang fardu.
Jadi jangan lepaskan peluang sebelum PBAKL tamat pada 9/5/2016. Mana tahu ada rezeki macam aku dapat beli buku istimewa tentang sosial media dan pemasaran viral dengan harga hanya RM5. Kepada kaki Novel ini adalah syurga anda entah berapa ribu jodol yang ada. Ini pun masa untuk reunion sebab ramai kekawan yang kita akan jumpa di sini.
Membacakan jambatan ilmu dan ilmu yang diajarkan adalah bekalan pahala yang tidak pernah berhenti walaupun nanti kita sudah tiada berpindah ke dunia akhirat.
145 Comments
Sibuk dengan urusan baby yg baru lahir sampai tak sempat singgah di Pesta Buku tersebut walaupun tak jauh mana…
macam-macam jenis buku yang ada. sesuai untuk setiap lapaisan masyarakat. pelajar patut pergi sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Tahun depan kena rancang awal jika nak pergi pesta buku. Pergi hari kerja ok juga. Kurang sesak. Cuma kena minta cuti awal gayanya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Cari Duit Poket Mudah
Mak ayah dan anak-ana.
Boleh beli pula pada pesta buku tahun 2017 insyallah.
Curahan rasa danial @ ..PowerArchiver 2016 Crack & Serial Key Free Download
Tahun depan nak pergi kena rancang awal. senarikan siap buku yang nak dibeli. Harap ada laagi tahun depan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
menarik kalau dapat pergi pesta buku ni..
banyak buku yang boleh kita baca untuk tambahkan ilmu..
feel baca buku lebih best dari baca online
Curahan rasa zool @ ..Kursus Pertolongan Cemas, Sambutan Lahir Anak, Majlis Perasmian Rumah COntoh Rumah Mampu Milik Ayer Pasir
Betul tu. Baca buku boleh tambahkan ilmu di dada. Banyak manfaat yang boleh dapat dari membaca ni kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Pergi pesta buku macam ni semua suka. Murid sekolah paling suka. Sebab dapat beli macam-macam buku.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Best pergi pesta buku. Dapat cari macam-macam buku yang menarik di sana. Ada rezeki tahun depan boleh pergi lagi.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Tahun dapan ada rezeki lagi kita apakt serbu lagi pesta buku. Sebelum pergi tu senara kan dulu buku yang nak dibeli. Lepas tu baru pergi sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Sampingan Pada Hari Minggu
Banyak buku menarik kat sana. Kadnag dah senarai. Tapi bila pergi beli lebih dari senarai pula.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?
OhPanduan kalau ada bajetnya, Memang tiada masalah, capai aje apa yang teringin.
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
Pesta buku KL 2016 ari tu. Banyak juga buku yang saya beli. Semua ada bahagian buku masing-masing. Mak ayah dan anak-anak.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Pekerja Pejabat Ramai Yang Buat Jobdirumah
Seronok dapat beli macam-macam buku. Buku komik lama pun banya juga di jual dengan harga yang murah.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Perkara paling best pergi pesta buku. dapat beli buku-buku idaman. semua suka bila pergi pesta buku. Bukunya pun murah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Selamat Hari Guru-Terima Kasih Cikgu
Pokok Manggis Depan Rumah, pilihan pun ada banyak. Masa ni juga ramai penulis melancarkan buku baru buat peminat-peminat mereka.
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
Memang berbaloi pergi pesta buku. Macam-macam buku ada. Saya pun banyak juga beli buku kat sana.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Telur Bistik Mudah Sedap
Jika macam ni memang berbaloi lah. Tahun depan kena pergi lagi. Mana tahu dapat hadiah cabutan bertuah pula.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Masa inilah biasa nya ada diskaun dan tawaran harga yang menarik…
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
saya pergi jugak, ikut rombongan sekolah, dia punya sesak jangan cakaplah…tapi berbaloi-baloi dapat beli buku yang diidamkan 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Lelaki Gay: Berbaloikah Diberi Peluang Kedua, Ketiga dan Seterusnya?
Betul tu. banyak buku-buku menarik kat sana. Rambang mata dibuatnya jika tak kena gayanya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Mana Satu Pilihan Jari Kaki Anda
Ramai juga pelajar sekolah yang ke sana. Ada yang datang dengan dua bas penuh. Meriah betul pesta buku KL 2016 ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Sampingan Pada Hari Minggu
Memang banyak bas pelajar sekolah dari seluruh negara datamg ke pesta buku KL 2016 ni. Memang meriah sambutannya.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
dah lama tak ke pesta buku. takut terbeli buku buku baru. buku yang ada beli tempoh hari pun tak habis dibaca lagi
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Eloklah tu… antara langkah terbaik untuk mengelakkan pembaziran dan bijak dalam mengawal perbelanjaan..
Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay Malaysia
So, lepas ni kena spend lebih byk masa untuk membaca buku2 yg ada.. Supaya boleh pergi ke pesta buku pada tahun depan..
Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay Malaysia
Tak apa. tahun depan ada lagi boleh ke pesta buku lagi uncle. Memang best pergi sana.Ada macam-macam jualan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Selamat Hari Guru-Terima Kasih Cikgu
buku adalah jendela dunia, dengan membaca buku kita bisa menjelajah ke penjuru alam semesta. mari budayakan membaca
Curahan rasa tutorial89 @ ..Potensi blog untuk generasi muda masa kini
ya betul tu… sebab itu Allah jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup manusia…
Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay Malaysia
barang sesiapa yang rajin membaca Al-quran dan memahami maksudnya akan dapat “melihat” keindahan alam semester ciptaan Allah S. W. T dari segenap dimensi..
Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay Malaysia
Banyak kelebihan membaca Al-Quran. Ianya memberi petunjuk kepada pembacanya di dunia dah di akhirat kelak.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
tahun ni tak pergi ke pesta buku,
dah beli buku dari awal tahun lagi..
😀
Sama la kita tapi kita tak beli buku, baca artikel kat facebook atau blog je.. hoho
Curahan rasa Afif Rayyan @ ..Live Streaming Johor Darul Ta’zim JDT vs PKNS Final Piala FA 2016 14 Mei 2016
Afif Rayyan, kepuasan membaca buku dengan baca artikel dkt facebook atau blog tak sama..
Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay Malaysia
Kalau nak tambahkan ilmu dengan lebih mendalam dalam sesuatu bidang, kenalah baca buku…
Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay Malaysia
Tak apa. Tahun depan jika ada buku yang menarik nak dibeli. Boleh beli pula pada pesta buku tahun 2017 insyallah.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Comments are closed.