Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Salam Aidil Adha dari team Denaihati dan aku sekeluarga. Sempena Aidil Adha 2012 teringat aku pada pesanan terakhir Rasulullah SAW ketika mengerjakan Haji Wida’ sebelum Baginda meninggalkan kita semua untuk selamanya. Untuk itu mari kita baca semula entri ini semuga tersentuh di HATI.
Pejam celik begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam kita menyambut Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W kali ini sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kita untuk memperingati kelahiran Rasulullah di tahun hijrah 1432. Kesedihan masih terasa ketika dapat menziarahi makam Baginda di Masjid Nabawi dan ada rasa rindu untuk menziarahi lagi.
- Detik-detik terakhir Rasullullah SAW menghadapi sakaratulmaut
- Sunnah Rasulullah keluar masuk masjid dan tandas
Kali ini aku ingin berkongsi Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.
[box]Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.[/box]
Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
P/s : Diharapkan juga semua sudi retweet dan share FB seberapa banyak yang boleh. Insyallah usaha anda akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah S.W.T.
151 Comments
InsyAllah..! Amin.. Amin…
Curahan rasa Webberita @ ..Malaysia Ke-10 Paling Peramah Dunia
Rasulullah sangat cintakan umatnya…
Curahan rasa Webberita @ ..Malaysia Ke-10 Paling Peramah Dunia
Ayuh sama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..
Curahan rasa Webberita @ ..Malaysia Ke-10 Paling Peramah Dunia
Semoga Kita mendapat syafaat baginda saw..
Curahan rasa Webberita @ ..Malaysia Ke-10 Paling Peramah Dunia
Moga amalan korban kita di kira dan di berkati..
Curahan rasa MeToYouInformation @ ..Steps To Get A Home Loan
emm Al-Quran dab As-Sunnah..panduan hidup umat Islam..sayu bila baca khutbah ni…emmm
Curahan rasa Hafizul @ ..Penyakit Umat – Penyebab Jiwa Yang Kotor
Alquran dan sunnah pegangan kita.
Curahan rasa Webberita @ ..Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri
Semoga segala pengorbanan kita di dunia ini mendapat tempat di sisiNya.. Saya bersyukur dengan pengorbanan DH yang sentiasa membantu insan-insan yang memerlukan. Subhanallah Walhamdulilah Walailahaillallah Allahuakbar!
Curahan rasa abangkhai @ ..Diwawancara Wanita Hari Ini (WHI) -TV3 sempena Hari Raya ‘Aidil Adha
Selawat dan Salam lah kita kepada Kekasih Allah.. Nabi Muhamad S.A.W. Amin…
Curahan rasa Nurul @ ..Sejuk Macam Ais
kita perbanyak shalawat agar kita di akui umatnya nabi muhamad saw
Curahan rasa obat herbal penyakit gagal ginjal @ ..Obat Herbal Penyakit Gagal Ginjal
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pembelian barangan dari luar negara, apakah peraturan dan undang undangnya?
sebaiknya dishare khutbah rasulullah SAW kerana baginda berpesan supaya ucapan Baginda itu dihebahkan kepada orang ramai
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pembelian barangan dari luar negara, apakah peraturan dan undang undangnya?
sudah tiba masanya umat Islam ke depan dalam segala bidang yang berkaitan dunia dan akhirat …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Di mana wang pampasan RM207 bilion?
InsyAllah.. sama-sama kita ushakan..
Curahan rasa Webberita @ ..Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri
hmm betape Rasullah syg kpd setiap umatnya..sentiasa berpesan kpd kite semua..mulianya baginda disisi allah..
Curahan rasa Jai @ ..AsiaCube Reward and Giveaways Program
Memang meminati entri2 ssebegini.
Blog yang seimbang.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..SALAM AIDILADHA
Perlu memperkuat persatuan ukhuwah dengan meninggalkan semua perbedaan suku, bangsa karena sesungguhnya semua umat islam adalah bersaudara
Curahan rasa Metrolisa @ ..Walpaper Selamat Hari Raya Idul Adha
ya Allah begitu kerdil kita ini sehinggakan Rasulullah berpesan bagai tahu apa akan jadi pada masa hadapan(kini)..
moga-moga umat islam sekalian sedar ..
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Tersentuh Hati Apabila Boni Kacak…
mmg bagus utk dikongsi bersama…perlu dihebahkan pesanan ini..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Tutorial LAN Teaming
Comments are closed.