Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua hari sekembali dari Kembara Musafir Europe dapat email dari Juliana, Vision Karisma untuk jadi speaker program latihan Sosial Media Network di Ancasa Allsuites Resort & SPA, Port Dickson pada 19/5/2012. Pada mulanya nak tolak sebab keletihan kembara masih belum hilang lagi tetapi tak sanggup pulak nak kecewakan harapan Vision Karisma akhirnya last minute reply email setuju untuk jadi speaker.
Aku dan kelurga sampai ke AnCasa Allsuite Resort & SPA, PD petang 18/5/2012. Segaja datang awal sebab sessi perkongsian awal pagi 8.30am jadi tak mahu lambat hadir majlis terutama sebagai speaker, disiplin kena jagalah. Pertama kali menginap di AnCasa menarik juga ada macam fasiliti dan lokasi di pinggir pantai Teluk Kemang. Sempatlah kami sekeluarga bermain ombak sambil menikmati suasana sunset yang sangat indah.
Sempat berjumpa Juliana sebelum beliau bertolak ke Penang untuk program yang lain. Terima kasihlah Juliana kerana pilih Deniahati dan terima kasih kerana sudi baca blog Denaihati. Juliana pun excited dengan kisah Kembara Musafir Europe.
Latihan Sosial Media Network yang dianjurkan oleh Vision Karisma adalah untuk staff Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Lebih kurang 25 orang staff daripada berbagai pangkat dan bahagian menyertai latihan ini. Memang bagus sangat latihan sebegini untuk memberi pendedahan dengan kepentingan sosial media terutamanya blog.
Awal-awal rasa gementar juga sebab dah bertahun tak jadi speaker tapi perlahan-lahan hilang perasaan gubra. Aku berkongsi tentang perjalanan blog Denaihati dan strategi meningkatkan prestasi blogging semuga ianya memberi faedah kepada peserta. Aku dimaklumkan 5 orang akan dipilih daripada 25 peserta untuk menguruskan blog, facebook dan twitter bos-bos Finas, siapalah yang bertuah tu.
Teruja juga sebab dapat berkongsi pentas dengan Blogger #1 Malaysia, Beautifulnara.com. Kami sering berhubung melalui twitter dan facebook tapi ini kali pertama dapat bersua muka. Abang Nara memang berhasrat sangat nak jumpa dengan aku dan Ariffshah katanya. Beliau tak dapat hadir majlis sepetang bersama blogger tempoh hari kerana ada majlis aqiqah baby baru beliau.
Ramai peserta latihan pada awalnya sangka Beautifulnara ini perempuan. Aku pun ada cerita suatu hari ketika balik dari Pekanbaru salah seorang pramugara AirAsia nama Nara, dengan sopan aku tanya samada beliau adalah Beautifulnara. Rupanya aku salah orang tapi alhamdulillah akhir berpeluang juga aku jumpa dengan the real Beautifulnara dan banyak ilmu dipelajari dari perkongsian beliau. Beautifulnara you are the best.
Terima kasih kepada Vision Karisma dan Finas yang sudi jemput Denaihati. Semuga matlamat latihan tercapai dan jangan penat untuk anjurkan latihan yang lain kerana bukan mudah untuk menukar budaya lama.
117 Comments
Luar biasa KAng , maksud saya bukan mengecilkan orang yang belajar autodidak tapi beruntung mereka bisa langsung dibina orang-orang hebat
memang senang sekali bisa langsung dibimbing orang hebat sedang kita belajar autodidak
Curahan rasa smp3lembang @ ..Alergi dan cara mengatasinya atau menghindarinya
banyak orang yang hebat karena belajar autodidak Bang…
Curahan rasa Dadan @ ..Dapat Ilmu Backlink dari Denaihati
saya pun bisa menggunakan komputer sampai mengelola warnet hasil dari belajar autodidak…
Curahan rasa Dadan @ ..Dapat Ilmu Backlink dari Denaihati
berkongsi ilmu.. amalan mulia
Curahan rasa Mus @ ..Pilihan Terbaik Nasi Ayam Izzaty Di Kota Marudu
Tahniah denaihati..sanggup korbankan waktu rehat untuk share ilmu dengan orang lain..insyaallah anda akan diberkati.. =) jnji niat ikhals..
Curahan rasa Efah Mustaffa @ ..Trip ke Paris and London for free!!!
Alhamdulillah. Terima kasih pada Abg Amir Denaihati & Abg Nara dengan penerimaan jemputan syarikat kami. Sangat teruja apabila dapat berkolaborasi dengan ‘Selebriti Alam Maya’. Speakers sangat down to earth & communication skills memang tiptop ^_^. Semoga majlis ini jadi titik permulaan untuk kita terus berkongsi ilmu dan kepakaran untuk menjadi insan yang mampu menyentuh hati pembaca dari aspek yg positif. Insya-Allah.
Good effort juliana and congrats..
Curahan rasa Efah Mustaffa @ ..Trip ke Paris and London for free!!!
Saya juga hadir sebagai jurulatih penulisan sehari sebelum tarikh perkongsian DenaiHati dan BeautifulNara. Perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada malam itu kerana ada urusan penting.
Kalau tidak, mesti dapat berjumpa dengan orang-orang hebat ini. 🙂
Curahan rasa Aqif Azizan @ ..Simpan Wang Sedikit, Lama-lama Wang Membukit
Terima kasih Tuan Aqif Azizan. Saudara juga hebat dengan input pengajaran penulisan yang mantap…Saya pun nak cuba apply teknik KJ Method
Sangat teruja tgk orang yang berpangkat besar pn blajar buat blog dan sebagainya..good job semua…
Curahan rasa Efah Mustaffa @ ..Trip ke Paris and London for free!!!
…perkongsian ilmu sebegini perlu banyak di buat dan perlu banyak di dedahkan di media mainstream, supaya orang tahu pekebendanya blog dan kepentingan media sosial padanya.
Curahan rasa iAwani @ ..Genius LuxePad Ultra Nipis Untuk iPad
memang terbaiklah denaihati
Curahan rasa Juan @ ..Pandangan Seorang Blogger Terhadap Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya @ Lebuhraya Percuma
Salam DH
WAW…pasti sangat menyenangkan bisa menjadi bagian dari kegiatan semacam ini, saya juga berminat kalo ada he2x..
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Tahniah bro walaupun penat pergi juga
Curahan rasa faizalpj @ ..13 Dalil Mengapa Harus Anda Menjadi Pengedar GCP
kalau ade peluang utk berkongsi pengalaman macam confirm saya akan pergi! 🙂
Curahan rasa Bobo @ ..Keputusan Final UEFA Champion League 2012 : Chelsea vs Bayern Munich
seronok nya kalau dapat jumpa blogger yg top2, nak sgt kongsi ilmu bersama jumpa depan2.. harap2 dapat la.. 🙂
Curahan rasa Syaz @ ..Antara Sahabat Dan Bisnes, Sahabat Kerana Bisnes?
Terbaik la… 😀 Teringin nak jadi speaker… Tapi belum ada peluang 😀
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Masa Makin Sempit dan Sempit
wah best nye dpt jumpe abang Nara.. umur dia brp ye?? nampak cam muda je tu.
Curahan rasa muazfaris @ ..Auto Like Status Facebook – Antara Kebaikan dan Keburukan FB Auto Like
Hebat Bro DH ni, makin besar publisiti
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
semoga nama Denaihati semakin berkibar di dunia maya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Jaclyn Victor menjadi juri tamu Indonesian Idol 25 Mei 2012/ 6 Besar Indonesian Idol
Jenama sudah dikenal satu Malaysia
Comments are closed.