Persiapan Rombongan Umrah Akhir Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

masih teringat lagi acara kemuncak sewaktu Sepetang Bersama Blogger 2016 #MDeCSBB2016 pada bulan April yang lalu di mana ada cabutan bertuah yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Hadiah tajaan pakej umrah 15 hari 14 malam yang ditaja oleh Simply Umrah. Cukup bertuah sahabat blogger Mahadir atau lebih dikenali dengan Mahamahu di mana nama beliau terpilih untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

Sememangnya pada awalnya beliau tidak percaya apabila namanya tertera sebagai pemenang pakej umrah tersebut namun hari demi hari, kesemuanya diterima dengan baik.

Mahadi Umrah

Masa pantas berlalu, rombongan umrah Mahadir ini dijadualkan pada akhir bulan Ramadhan 1437 Hijrah, maka pelbagai persedian perlu dibuat untuk memastikan segalanya lancar.

Antara yang sememangnya penting dalam persediaan mengerjakan umrah adalah:

  • Dokumen permohonan visa seperti pasport, gambar terbaru dan buku suntikan Meniggococal meningitis atau ACYW 135.
  • Kursus umrah yang boleh dihadiri untuk memantapkan ilmu pengetahuan ibadah umrah.
  • Kesihatan perlu dijaga dengan memastikan keadaan yang baik dan seelok-eloknya melakukan senaman dan larian ringkas.
  • Pakaian yang dibawa tidak terlalu banyak atau kurang. Kain ihram, jubah, kain pelikat dan lain-lain keperluan diri yang difikirkan perlu dengan cuaca semasa.
  • Pertukaran wang tunai seelok-eloknya disediakan awal sebelum rombongan umrah.
  • Kemudahan komunikasi bergantung kepada penggunaan individu. Ada yang roaming, guna wifi di hotel atau tukar simkad baru.
  • Persediaan rohani dan jasmani yang sangat perlu seperti solat sunat taubat dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan mengerjakan ibadah di Tanah Suci.

tips umrah

Pelbagai tips persediaan umrah boleh dipelajari di kelas dan juga online. Kaedah dan cara pemakaian kain ihram pun ada juga terdapat di Youtube oleh ustaz-ustaz, zaman sekarang sudah canggih.

Persiapan umrah

cara pakai ihram

Tanggal 22 Jun 2016 bersamaan dengan hari Nuzul Quran, rombongan umrah seramai 29 orang bersiap sedia pada awal pagi lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Semua barang-barang dan beg diperiksa berkali-kali agar tiada yang tertinggal.

Semua kelengkapan dan persediaan telah disiapkan awal. Jadual penerbangan MH8204 ke Madinah hanya tertangguh selama 30 minit dan semua jemaah telah berkumpul awal secara berkumpulan. Wakil dari Simply Umrah juga turut hadir untuk memastikan beg-beg jemaah disusun bagi memudahkan urusan.

Luggage wrap

Dijadualkan pulang ke tanah air pada 2 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri kedua, rombongan akan bertolak pada sebelah malam Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti suatu pengalaman yang amat bernilai kerana dapat menunaikan ibadah-ibadah di penghujung Ramadan dan juga berhari raya di Tanah Suci Mekah.

Suatu pengalaman yang semestinya tidak dapat dilupakan, suatu pengalaman yang diidam-idamkan oleh berjuta-juta ummat. Maka ucapkanlah syukur ke hadrat Allah SWT kerana memilih untuk menjadi tetamuNya yang agung. Semoga setiap daripada kita juga dan keluarga terpilih untuk mengerjakan umrah dan haji suatu hari nanti.

Umrah Ramadhan 2016

Umrah Ramadan

Moga kita juga dapat berjumpa dengan Lailatul Qadar.

Ramadan Kareem.


Spread the love

24 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!