Persiapan Blogger Menyambut Hari Raya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah 29 hari sudah kita berjuang membersihkan diri dengan berpuasa wajib bulan Ramadan dan membersihkan harta benda dengan zakat fitrah. Amalan yang baik sepanjang bulan Ramadan wajib diteruskan di sebelas bulan yang lain untuk menjadikan kita sentiasa dekat dengan ALLAH SWT. Syawal bakal menjelma perlu kita persiapkan diri dengan ilmu supaya tidak kita berpesta dengan hiburan yang bakal merosakan amal ibadah sepanjang Ramadan.

Mengimbas kembali ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Noehas dalam entri “Amalan Sunat di Malam Hari Raya” pasti dapat menjadikan sambutan hari raya lebih bermakna. Kita azam untuk memenuhi malam raya dan sambutan Aidilfitri dengan amal ibadah mengikut syariat Islam. Bermaaf-maafan dan berkunjung mengeratkan silatuhrahim setelah sibuk mencari rezeki selama setahun menjadi kebiasan amalan umat Islam.

Sebagai seorang Blogger apalah agaknya persiapan yang anda lakukan untuk menyambut Hari Raya?

Biasalah hari raya peluang kita berjumpa dengan ramai ahli keluarga yang sudah lama tak jumpa dari berbagai pelusuk negara. Soalan yang biasa ditanya kepada kita “Buat apa sekarang?” .. tak gitu. Kalau setakat nak jawab jadi doktor kat hospital UKM atau jadi pegawai bank kat Public Bank atau cikgu kat sekolah Banting .. itu jawaban biasa yang tiada nilai komersial. Silap-silap sepupu kita boleh tanya balik … ko kerja HUKM mesti kenal dengan Blogger Cantik Fatin Liyana atau ko kenal ke Blogger Hartanah Popular Abang Ensem yang resign dari Public Bank atau ko kerja kat Banting mesti kenal dengan toke cendol En. Titan.

Jangan malu nak mengaku sebagai seorang Blogger. Memanglah bila sepupu sepapat ipar duai bertanya aku telopong mulut bila aku jawab aku seorang Blogger. Soalan kedua mereka akan tanya boleh ke hidup jadi Blogger ini? Ini memang soalan yang ditunggu … apalagi masa ini paling sesuai keluarkan kad bisnis dan kalau ada sampul duit raya dengan cop url blog … masa ini nak bagi. Mestilah bertambah terlompong mulut mereka dan akan bertanya macam-macam lagi soalan.

Kad Bisnis Denaihati

Jadi salah satu persiapan menjelang hari raya untuk Blogger pastikan ada bisnis kad yang berkualiti dengan informasi yang cukup contohnya url, twitter, FB dan anugerah yang pernah diperolehi. Ini merupakan kaedah pemasaran offline yang boleh menjemput ramai pembaca setia kerana mereka ini adalah kaum keluarga kita. Bayangkan bila diaorang balik ofis mereka akan cakap kat kawan-kawan ofis diaorang .. “tak sangka betulah rupanya Blogger Popular Malaysia Bro Framestone tu sedara aku”. Ini dah dikira viral offline.

Jangan lupa juga sediakan kamera dan smartphone untuk snap momen terindah kerana biasanya akan ada contest foto hari raya yang akan dianjurkan oleh berbagai pihak.

Pasti Hari Raya tidak berlalu begitu sahaja kepada semua Rakan Blogger. Bak kata pepatah Melayu “Sambil menyelam minum air” barulah ada nilai komersial yang boleh membantu menjana motivasi untuk kita menulis dan terus menulis sehingga menjadi Blogger yang dihormati. Dihormati bukan di kalangan Rakan Blogger dan Pembaca Setia sahaja tetapi juga dihormati oleh Pengiklan. Blog yang dihormati oleh pengiklan tidak akan dinilai rendah apabila mereka ingin berkerjasama dengan kita.

Untuk menjadi Blogger yang berjaya mesti sentiasa pandai mencari peluang dan menggunakan peluang sebaik-baiknya. Nak order bisnis kad yang menarik dan cantik macam team Denaihati bolehlah contact kami.


Spread the love

83 Comments

  1. yang part kawan ada kat ukm tu, it happened to me. i asked my fren about fl,, then bila dia jumpa je fl, terus dia bagitau muja,, hehe

  2. yalah…ramai diantara org ramai yg tidak percaya, seorg blogger boleh dpt income beribu-ribu ringgit. Mungkin hanya segelintir saja yg berjaya dan byk yg hanya sekadarmenjadikan blog dairi kisah hidup seharian mereka. Apa ada cerita mereka tulis mengikut selera mereka spt sekadar mencatat apa yg mereka lalui sepjg seharian mereka dan tidak lebih drpd itu. Inilah menjadikan blog mereka tidak boleh pergi jauh dan meletskkan iklan affiliate sekadar mencantikkan blog mereka dgn kerdipan iklan2 menghiasi blog mereka. Bagi mereka blogger tak boleh pergi jauh…dgn mendapatkan komisen dgn mempelawa pelawat utk klik iklan dan membeli produk itu yg belum tentu kesahihan kualitinya dan takut diperdaya oleh iklan2 berkenaan.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemeriahan Di AidilfitriMy Profile

  3. Memang zaman serba canggih ni pun masih ada yang pandang serong kat Blogger. Mereka tahu bila ngadap komputer tu main dan buang masa. Tapi kalau dah keluar bisnes kad cantik dan canggih tu, pastinya jadi bualan. Ambil la peluang selain dari bermaaf-maafan.
    Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Disconnect Dari Dunia CyberMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!