Persiapan Akhir untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

masanya telah hampir tiba. Ramai yang telah mendaftar Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 sejak pengumuman yang dimaklumkan pada 19 Mei 2015 dan tidak kurang juga yang mendaftar di hari-hari terakhir ini. Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di

  • Tempat : Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya
  • Tarikh : 13 Jun 2015
  • Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Bagi mereka yang datang dari luar lembah klang, boleh rancang perjalanan untuk ke Taman Cabaran Putrajaya. Sekiranya ada yang datang dengan menggunakan pengangkutan awam ERL, boleh hubungi Shakiddo di talian 019-2372347. Inshaa Allah akan diuruskan transport dan kami akan ambil di stesen ERL Putrajaya.

Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri, boleh menggunakan aplikasi Waze dengan menaip “Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya“. Taman Cabaran ini ada dua bangunan. Semua peserta perlu berkumpul di bahagian WALL CLIMBING pada sebelah pagi.

Peta Taman Cabaran Putrajaya

Kelainan dibuat pada tahun keempat penganjuran Sepetang Bersama Blogger ini dengan berkonsepkan outdoor. Aktiviti treasure hunt pada sebelah pagi dan sesi perkongsian pada sebelah petang. Tidak seperti tahun-tahun lepas, kali ini semua akan bersantai di ruang legar Kompleks Sukan Lasak Putrajaya ini. Diharap agar rakan-rakan blogger dan aktivis sosial media akan lebih beramah mesra di antara satu sama lain dengan konsep baru ini.

sbb2015-etika-pakaian

Bagi sesi treasure hunt, dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Jika difikirkan lebih selesa untuk pakaian tracksuit, maka sesuai dipakai oleh peserta. Aktiviti treasure hunt kali ini lebih banyak kepada BERJALAN KAKI dan menduga akal di samping perkongsian sosial media secara berkumpulan dan individu. Sehelai Tshirt untuk setiap seorang peserta yang mendaftar juga akan diberikan sewaktu pendaftaran.

aturcara-majlis

Bagi menambahkan suasana Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015, pihak Yeos Malaysia sudi menaja 3 unit GoPro Hero 4 Silver untuk Contest Sitkom Yeos. Berdasarkan maklumat terkini, tidak ramai yang menyertainya dan keputusan dibuat dengan hanya 1 unit hadiah GoPro Hero 4 Silver diberikan untuk contest ini. Baki DUA unit lagi akan dibawa ke hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 pada 13 Jun 2015 nanti.

Jangan lupa untuk sertai di Contest Sitkom Yeos

poster-sitkom-contest-yeos

Kepada peserta #SBBYeos2015 ini, jangan risau mengenai makanan kerana Bakarlah BBQ & Rental akan menghidangkan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Kesemuanya dihidangkan juga dengan minuman segar dari Yeos Malaysia. Kemudahan lain seperti bilik persalinan baju, tandas dan surau juga terdapat di Kompleks Sukan Lasak, Taman Cabaran Putrajaya ini.

Bakarlah BBQ Rental

Taman Cabaran

Ruang Legar Taman Cabaran Putrajaya

Aktiviti santai ini akan diisi dengan perkongsian cerita dan kisah dari individu-individu yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Kehadiran beberapa rakan blogger dari Indonesia juga pasti akan memeriahkan suasana di samping dapat bertukar-tukar cerita dan idea di dalam arena berblogging.

Map Taman Cabaran

Kepada yang hadir, ada maklumat terbaru mengenai program Kem Ramadhan Yeo’s 2015 yang akan diadakan pada 11 Julai 2015. Program ini akan dilakukan seperti tahun lepas di mana rakan blogger berpeluang bersama artis-artis seperti Ajak Shiro, Nad Zainal, Heliza Helmi untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Jadi, untuk menyertainya cuma perlu membeli sekarton air Yeos yang akan dijual pada hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015.

Sekirannya ada pertanyaan segera, boleh maklumkan kepada Team Denaihati untuk maklumat lanjut.


Spread the love

74 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!