Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
masanya telah hampir tiba. Ramai yang telah mendaftar Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 sejak pengumuman yang dimaklumkan pada 19 Mei 2015 dan tidak kurang juga yang mendaftar di hari-hari terakhir ini. Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di
- Tempat : Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya
- Tarikh : 13 Jun 2015
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Bagi mereka yang datang dari luar lembah klang, boleh rancang perjalanan untuk ke Taman Cabaran Putrajaya. Sekiranya ada yang datang dengan menggunakan pengangkutan awam ERL, boleh hubungi Shakiddo di talian 019-2372347. Inshaa Allah akan diuruskan transport dan kami akan ambil di stesen ERL Putrajaya.
Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri, boleh menggunakan aplikasi Waze dengan menaip “Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya“. Taman Cabaran ini ada dua bangunan. Semua peserta perlu berkumpul di bahagian WALL CLIMBING pada sebelah pagi.
Kelainan dibuat pada tahun keempat penganjuran Sepetang Bersama Blogger ini dengan berkonsepkan outdoor. Aktiviti treasure hunt pada sebelah pagi dan sesi perkongsian pada sebelah petang. Tidak seperti tahun-tahun lepas, kali ini semua akan bersantai di ruang legar Kompleks Sukan Lasak Putrajaya ini. Diharap agar rakan-rakan blogger dan aktivis sosial media akan lebih beramah mesra di antara satu sama lain dengan konsep baru ini.
Bagi sesi treasure hunt, dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Jika difikirkan lebih selesa untuk pakaian tracksuit, maka sesuai dipakai oleh peserta. Aktiviti treasure hunt kali ini lebih banyak kepada BERJALAN KAKI dan menduga akal di samping perkongsian sosial media secara berkumpulan dan individu. Sehelai Tshirt untuk setiap seorang peserta yang mendaftar juga akan diberikan sewaktu pendaftaran.
Bagi menambahkan suasana Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015, pihak Yeos Malaysia sudi menaja 3 unit GoPro Hero 4 Silver untuk Contest Sitkom Yeos. Berdasarkan maklumat terkini, tidak ramai yang menyertainya dan keputusan dibuat dengan hanya 1 unit hadiah GoPro Hero 4 Silver diberikan untuk contest ini. Baki DUA unit lagi akan dibawa ke hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 pada 13 Jun 2015 nanti.
Jangan lupa untuk sertai di Contest Sitkom Yeos
Kepada peserta #SBBYeos2015 ini, jangan risau mengenai makanan kerana Bakarlah BBQ & Rental akan menghidangkan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Kesemuanya dihidangkan juga dengan minuman segar dari Yeos Malaysia. Kemudahan lain seperti bilik persalinan baju, tandas dan surau juga terdapat di Kompleks Sukan Lasak, Taman Cabaran Putrajaya ini.
Aktiviti santai ini akan diisi dengan perkongsian cerita dan kisah dari individu-individu yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Kehadiran beberapa rakan blogger dari Indonesia juga pasti akan memeriahkan suasana di samping dapat bertukar-tukar cerita dan idea di dalam arena berblogging.
Kepada yang hadir, ada maklumat terbaru mengenai program Kem Ramadhan Yeo’s 2015 yang akan diadakan pada 11 Julai 2015. Program ini akan dilakukan seperti tahun lepas di mana rakan blogger berpeluang bersama artis-artis seperti Ajak Shiro, Nad Zainal, Heliza Helmi untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Jadi, untuk menyertainya cuma perlu membeli sekarton air Yeos yang akan dijual pada hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015.
Sekirannya ada pertanyaan segera, boleh maklumkan kepada Team Denaihati untuk maklumat lanjut.
74 Comments
hadiah cabutan bertuah mmg sentiasa dinantikan para peserta. hadiah gempak plak tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
saya jangkakan event tahun depan pasti lebih meriah dengan peserta dan penaja
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
saya tak pergi pun event ni tapi denaihati bagi tshirt SBB haritu sebab menang giveaway. hoho! thanks!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
salah satu strategi pemasaran yeos.. mereka gunakan blogger utk pasarkan produk. bijak!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
memang memerlukan tenaga dan sumber daya yang luar biasa sebelum pelaksanaan event ini tahniah dah berjaya
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
teringin nak join tapi saya ni
suam-suam kuku je hihi…
malu pulak…tapi best juga dapat jumpa semua blogger kan…
Curahan rasa Lynn @ ..Giveaway Duit Raya Dari BBL
Tak sabar nak tunggu blog Denaihati tulis laporan penuh SBB2015… setakat ni dah baca beberapa entri dekat blog peserta, tengah tunggu entri daripada blog penganjur pula…
Curahan rasa anuar @ ..Dr Fatin Liyana Asri dan Dr Anwar Fazal telah selamat bernikah pada 13 Jun 2015
Rugi sangat tak berpeluang hadir. Apakan daya, tapi happy juga sebab dapat jadi salah seorang penaja untuk Tshirt SBB 2015 ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
Tak apa Mek.. harap2 tahun depan ada lagi SBB2016… pasti lebih ramai blogger akan memeriahkan event tersebut. ..
Curahan rasa anuar @ ..Dr Fatin Liyana Asri dan Dr Anwar Fazal telah selamat bernikah pada 13 Jun 2015
Wah ,pastinya satu pengalaman menarik dan banyak perkongsian yang berlaku 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..6 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan
Kan, seronok pun ye sebab dapat buat treasure hunt. Dah lama tak ber treasure hunt ni 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kencing Manis Ketika Hamil- Apa Yang Ibu Perlu Ketahui?
Confirm seronok acara nih kan.. minuman di sponsor tuh… Pulak tuh bukan calang-calang minuman pulak tuh… eeee…
Curahan rasa SuperNifz @ ..National Conference Shaklee 2015
Ya betul tu… di merata2 check point ada minuman Yeos.. cuma tinggal larat ke tak larat je nak minum…
Curahan rasa anuar @ ..Dr Fatin Liyana Asri dan Dr Anwar Fazal telah selamat bernikah pada 13 Jun 2015
Best lah, kalau ada peluang insyaallah juga akan join ni even, lagi pula ini best untuk tambah pengetahuan dan ilmu seputar blogging…..
Curahan rasa Hasan @ ..Cara Memulai Bisnis Online Shop Untuk Pemula
khabarnya ada jejaka bloggers yang menang iphone 6 gold, tak pasti siapa yang menang sebab tak kenal.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Asas Untuk Bekalan Usahawan
Siapakah itu? Pasti pulang dengan senyuman sampai ke malam hari. Tahniah untuk jejaka itu 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
Halim Brothers yang menang.. memang rezeki beliau dapat menang iphone 6 di SBB2015… 😉
Curahan rasa anuar @ ..Dr Fatin Liyana Asri dan Dr Anwar Fazal telah selamat bernikah pada 13 Jun 2015
Comments are closed.