Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pejam celik pejam celik terasa bagaikan semalam meninggalkan Ramadhan dan kini datang lagi Ramadhan, tetamu yang sangat dirindui. Bukan semua dapat menikmat bulan Ramadhan walaupun ianya datang setiap tahun. Hanya yang terpilih sahaja akan dapat menikmati bulan yang di dalamnya atau satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Tarikh melihat anak bulan Ramadhan untuk Malaysia di lokasi melihat anak bulan telah ditetapkan pada 8 Julai 2013. Rakan Blogger apakah persiapan kita untuk bertemu dengan tetamu yang sangat istimewa Ramadhan Al Mubarak? Jangan sesekali kita membiarkan Ramadhan berlalu seperti bulan-bulan yang lain kerana terlalu banyak kelebihan yang ada sepanjang Ramadhan.
Perkara paling asas adalah mengulangkaji ilmu tentang puasa di bulan Ramadhan untuk mengingati mana-mana yang terlupa anataranya :
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Ramadhan adalah madrasah yang boleh mendidik rohani manusia untuk berada pada landasan yang betul menjadikan kita dekat dengan ALLAH SWT. Mendidik nafsu adalah ujian paling mencabar dan ramai manusia tewas apabila kita menjadi semakin tamak haloba dengan berbagai persiapan yang lansung tiada kaitan dengan amalan untuk meningkatkan martabat rohani malah menjadi manusia yang lebih teruk daripada bulan-bulan yang lain.
Antara amalan yang terbaik sepanjang Ramadhan adalah memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.”
“Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.
Ini satu peluang terbaik untuk melipat ganda pahala puasa tanpa bersusah payah melainkan menjaga keikhlasan. Peluang yang hebat dan besar begini jangan dilepaskan begitu sahaja tanpa merancang dengan betul. Memberi makan kepada orang berbuka puasa bukan hanya menyediakan juadah dan bertukar-tukar dengan jiran sahaja. Terlalu banyak peluang untuk kita berkongsi rezeki dengan mereka yang berbuka puasa yang terbentang di depan mata tanpa kita sedari antara nya :
- Majlis berbuka puasa di masjid dan surau di seluruh Malaysia
- Bubur lambuk yang disediakan untuk yang berbuka puasa seperti Projek Bubur Lambuk Sekolah Islam As-Siddiq, Simpang Renggam.
- Berbuka puasa pelajar madrasah seperti untuk pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur.
- Berbuka puasa rumah anak yatim
- Berbuka puasa untuk muslim Kemboja
- Berbuka puasa untuk fakir miskin
Tidak perlu kita menyediakan makanan untuk mereka tetapi cukuplah memberi sumbangan duit kepada penganjur ibarat biarkan tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu. Berapa banyak sumbangan duit tidak penting biar pun hanya untuk seorang. Bayangkan kalau kita boleh memberi sumbangan berbuka puasa kepada sekurang-kurang seorang setiap hari di lokasi berbeza. Mulalah memberi sumbangan berbuka dari sekarang jangan tunggu di saat akhir kerana mungkin kita akan terlepas peluang kerana sibuk dengan urusan lain.
Semuga Rakan Blogger bersedia menanti kedatangan Ramadhan dan kali ini kita akan mendapat meningkatkan darjat keimanan dengan asbab persediaan tersebut. Marilah kita berdoa semuga ALLAH SWT memilih kita menjadi antara manusia yang terpilih mendapat nikmat Ramadhan 1434.
62 Comments
alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan Ramadhan.. semoga kualiti ibadah tahun ini lebih baik dari sebelum ini inshaAllah 🙂
p.s bro tak buat majlis berbuka puasa dengan geng-geng blogger?
Curahan rasa Zuan @ ..Kenapa Uncle Zuan? Dinner With Pengomen Tegar Blog Deqnoor
Inshaa Allah akan buat tunggukan pengumuman di blog dan FB.
Curahan rasa denaihati @ ..Muka Blog Baru Denaihati
persiapan lain adalah modem untuk begadang malam dan paginya tidur,,hehe
selamat berpuasa semua..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..10 Fakta Menarik Tentang Rambut
mudah2an bisa beramal ,,,
amiiin
Curahan rasa obat kanker payudara @ ..sharing is caring 😉
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu…
Curahan rasa daddydee @ ..Rezeki Mudah Di Bulan Ramadhan
ok, mari kita periapakan ramadhan dengan berbagai amal kebaikan agar kita mendapatkan pahala yang banyak
Curahan rasa Hendri Prastio @ ..Resep Membuat Es Buah Segar Istimewa
Satu perkongsian yang menarik dan dapat di manfaatkan utk umat Islam yang lain.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Melayu Boleh
Thanks sharing. Tak sabar rasanya nak mula berpuasa tahun ni. Semoga kita semua dapat melatih diri untuk melawan nafsu sendiri. 🙂
Curahan rasa Amirul Bin Ramli @ ..Bagaimana mengatasi sikap malas. Apa dia? Malas nak baca?
Saya pun tak sabar nak berterawih,selamat berpuasa kepada semua rakan blogger dan tak lupa juga kepada Tuan Denaihati
Curahan rasa wazy @ ..Classmates – Luaskan Kuasa Mu (Dari Selatan)
tak sabar nak berteraweh. kalau dulu kemain liat, ada je modal nak tipu untuk elak kena pergi teraweh tapi sekarang alhamdulillah macam ada kuasa suruh pergi surau selalu. hadiah dari Allah, pastinya
Semakin kita matang, kita tak rasa liat dah. Kita macam tak sabar nak tunggu Ramadhan ni. 🙂
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Melayu Boleh
terima kasih atas info ini.. nampak simple tapi percayalah tak semua org tahu apatah lag nak menghayati termasuklah saya sendiri… moga tahun ni Ramadhan dapat membuat pintu hati ni supaya terus bertakwa kepada NYA
insyaALlah jika ada jemputan dari pihak team DH, akan cuba untuk join.. tukar topeng. pakai niqab gitu.. hehehe..
selamat berpuasa ya tuan
Alhamdulillah Ramadhan datang lagi..tq for the reminder denaihati, coz kadang-kadang kita terlepas pandang…semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Selamat berpuasa,mohon maaf lahir dan bathin
From : mj-506
Comments are closed.