Persediaan Ilmu Menjelang Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pejam celik pejam celik terasa bagaikan semalam meninggalkan Ramadhan dan kini datang lagi Ramadhan, tetamu yang sangat dirindui. Bukan semua dapat menikmat bulan Ramadhan walaupun ianya datang setiap tahun. Hanya yang terpilih sahaja akan dapat menikmati bulan yang di dalamnya atau satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Tarikh melihat anak bulan Ramadhan untuk Malaysia di lokasi melihat anak bulan telah ditetapkan pada 8 Julai 2013. Rakan Blogger apakah persiapan kita untuk bertemu dengan tetamu yang sangat istimewa Ramadhan Al Mubarak? Jangan sesekali kita membiarkan Ramadhan berlalu seperti bulan-bulan yang lain kerana terlalu banyak kelebihan yang ada sepanjang Ramadhan.

Majlis berbuka puasa bersama rakan blogger
Majlis berbuka puasa bersama rakan blogger

Perkara paling asas adalah mengulangkaji ilmu tentang puasa di bulan Ramadhan untuk mengingati mana-mana yang terlupa anataranya :

1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

Ramadhan adalah madrasah yang boleh mendidik rohani manusia untuk berada pada landasan yang betul menjadikan kita dekat dengan ALLAH SWT. Mendidik nafsu adalah ujian paling mencabar dan ramai manusia tewas apabila kita menjadi semakin tamak haloba dengan berbagai persiapan yang lansung tiada kaitan dengan amalan untuk meningkatkan martabat rohani malah menjadi manusia yang lebih teruk daripada bulan-bulan yang lain.

Antara amalan yang terbaik sepanjang Ramadhan adalah memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.

“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.”

“Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Ini satu peluang terbaik untuk melipat ganda pahala puasa tanpa bersusah payah melainkan menjaga keikhlasan. Peluang yang hebat dan besar begini jangan dilepaskan begitu sahaja tanpa merancang dengan betul. Memberi makan kepada orang berbuka puasa bukan hanya menyediakan juadah dan bertukar-tukar dengan jiran sahaja. Terlalu banyak peluang untuk kita berkongsi rezeki dengan mereka yang berbuka puasa yang terbentang di depan mata tanpa kita sedari antara nya :

  1. Majlis berbuka puasa di masjid dan surau di seluruh Malaysia
  2. Bubur lambuk yang disediakan untuk yang berbuka puasa seperti Projek Bubur Lambuk Sekolah Islam As-Siddiq, Simpang Renggam.
  3. Berbuka puasa pelajar madrasah seperti untuk pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur.
  4. Berbuka puasa rumah anak yatim
  5. Berbuka puasa untuk muslim Kemboja
  6. Berbuka puasa untuk fakir miskin

Tidak perlu kita menyediakan makanan untuk mereka tetapi cukuplah memberi sumbangan duit kepada penganjur ibarat biarkan tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu. Berapa banyak sumbangan duit tidak penting biar pun hanya untuk seorang. Bayangkan kalau kita boleh memberi sumbangan berbuka puasa kepada sekurang-kurang seorang setiap hari di lokasi berbeza. Mulalah memberi sumbangan berbuka dari sekarang jangan tunggu di saat akhir kerana mungkin kita akan terlepas peluang kerana sibuk dengan urusan lain.

Sumber : http://honeykoyuki.blogspot.com/
Sumber : http://honeykoyuki.blogspot.com/

Semuga Rakan Blogger bersedia menanti kedatangan Ramadhan dan kali ini kita akan mendapat meningkatkan darjat keimanan dengan asbab persediaan tersebut. Marilah kita berdoa semuga ALLAH SWT memilih kita menjadi antara manusia yang terpilih mendapat nikmat Ramadhan 1434.


Spread the love

62 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!