Persahabatan yang ikhlas magnet kepada kebaikan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ini semasa di Madinah jumpa sahabat lama. Lama tak jumpa jadi banyak ceritanya sampai lah kisah jemaah haji pakej. Katanya ada geng jemaah beliau yang banyak komplen, semuanya nak komplen. Dari pengalaman Abang setiap kali musim haji pasti ada jemaah yang kaki komplen mungkin ALLAH hantar sebagai ujian untuk semua. Haji ini gambaran hidup sebenar.

gambar di padang arafah

Sekeliling kita di Malaysia pun ramai manusia yang kaki komplen. Tak percaya baca kat sosial media, ada macam-macam jenis komplen dan ada jenis semuanya nak dikomplen. Lebih syahdu tanpa kita sedar ada kawan-kawan kita depan puji kita melangit tetapi di belakang banyak komplennya. Tapi ok lah sebab kita tidak tahu kisah belakang jadi kita terus berkawan dengan ikhlas. Kawan macam ini perlahan-lahan ALLAH akan asingkan dari kita dengan alasan yang mereka sendiri cipta.

Rakan blogger Denaihati di event Blogrrr

Apa yang ALLAH beri semua ada hikmahnya. Jangan pernah berhenti berdoa semuga ALLAH beri kebaikan kepada kita sebagaimana ALLAH beri kebaikan kepada orang-orang soleh. Jadi kawan-kawan yang membawa aura tidak baik akan melayang jauh sendiri tanpa dipaksa. Manakalah kawan-kawan yang ikhlas akan menjadi magnet kepada kebaikan.

Teringat kata pujangga dalam persahabatan …

Orang yang mengelak pertelingkahan bukanlah bermaksud ia ‘kalah’. Namun kerana syurga telah memenangi hatinya.

Manakala hadis yang diriwayatkan  oleh Abu Daud yang bermaksud

Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”

Semuga ALLAH pelihara sahabat-sahabat kita semua.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

28 Comments

  1. terkadang persahabatan membawa kita ke sisi yang baik dan menjadi lebih balik lagi, tetapi ada juga sahabat yang kadang berkhianat ( dan itu bisa di temukan, tetapi dengan jumlah yah tak tentu ) dan persahabatan itu akan mudah untuk bertahan lama…

  2. memang betul tu. kalau persahabatan tu ikhlas pasti akan membawa kebaikan..
    tahniah team denaihati yagn mempunyai tali persahabatan yang kukuh

  3. Kita juga perlu ikhlas dalam bersahabat janganlah baik sebab ada kepentingan sahaja. In Sha Allah, Allah akan bagi kita sahabat yang ikhlas juga.
    Curahan rasa Mrs. A @ ..Balik KampungMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!