Perodua Myvi Baru D54T Mystical Purple pasti jadi rebutan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia dah tahu Myvi keluaran Perodua adalah kereta paling laris di Malaysia sebab kerap sangat terserempak kereta Myvi ini di mana-mana sahaja. Pernah sekali ketika aku memandu dengan kelajuan 160 km/jam di lebuhraya Utara Selatan tetiba dari jauh aku nampak sebuah kereta warna orange bergerak laju. Aku tak nak lah tunjuk lebih jadi aku pun beri laluan peeh rupanya kereta Myvi punyalah laju yang drive perempuan pulak tu. Itu bukan kali pertama aku terserempak dengan kereta Myvi yang dipandu laju mungkin rekabentuk Myvi yang agak stabil tu yang mereka berani pecut Myvi abis meter.

Perodua Myvi warna orange tu

Perodua baru melancarkan Myvi modal baru Myvi D54T 2011 yang pastinya lebih hebat daripada modal sebelumnya. Yang aku suka Myvi ni sebab ada macam-macam warna antara warna Myvi modal baru adalah Ivory White, Ebony Black , Mystical Purple, Glittering Silver, Medellion Grey dan Pearl White. Harga pun reasonable dari RM44k untuk Myvi Manual dan dari RM47k untuk Myvi Automatik.

Perodua Myvi Modal Baru D54T

Nak cerita panjang lebar tentang Myvi pun tak pakar sangat sebab sehingga saat ini belum berpeluang memandu Myvi cuma tengok je. Nak tau lebih lanjut sila ke “Gambar dan Harga Perodua Myvi Baru 2011“.

[ad#Adsense234x60]

Pesanan kepada pemandu Myvi bila memandu tu janganlah laju-laju sangat ingat keluarga tersayang yang menunggu di rumah. Rasanya dah banyak sangat juga kemalangan maut Myvi ni jadi jangan kita pulak jadi mangsa berikutnya.

Perodua Myvi Baru D54T Mystical Purple

Tak sabar aku nak tengok Myvi D54T Mystical Purple on the road adakah mampu menewaskan kelajuan Myvi orange.


Spread the love

80 Comments

  1. Boleh tahan gak MyVi baru ni.. design die ok, dashboard pun boleh tahan, color pun lawa, spec2 lain aku tak tau lagi..

    Nak bawa keta tu kna la b’hati2.. aku bawa keta pun masih terketar2 lagi nk pandu lebih gear 4 (lum sampai setahun lesen P)
    Curahan rasa ZoOL @ ..Tutorial: Customize Desktop Windows 7My Profile

  2. salam..
    bab lain semuanya okey..
    bab rega tu yang tak tahan..
    tambah sikit dah dapat kereta
    import..tak puas hati kereta
    tempatan pun rakyat kena bayar
    mahal2 ..
    🙁

    1. Memang gambar Myvi lama sahaja minat tengok Myvi orange ni kalau diaorang nak tengok gambar baru boleh terus ke blog Kak jie tu. Menunggu Myvi purple pulak.

  3. Myvi ini biasanya pemandu muda – ekonomi untuk pasangan keluarga kecil. Tetapi saya ni dah ‘warga emas’ walau merempit juga sesekali agak terlalu seksi kalau memandu Myvi…he hehe

    Sebab itu pandu kereta salon.

    Bab mahal murah sebenarnya terlalu subjektif. Nilai bagi setiap orang berbeza.
    Curahan rasa Kujie @ ..Pakej Astro Naik Harga Tak SahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!