Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
saban hari kita membesar dengan peningkatan teknologi. Daripada zaman dahulu hingga sekarang, cukup banyak perbezaannya. Kemajuan teknologi banyak mengubah gaya hidup masa kini tidak terkecuali dengan dunia perniagaan. Jika pada tahun-tahun yang lalu, ramai yang masih membeli barang di kedai-kedai namun ia semakin berubah apabila ramai yang membeli secara atas talian.
Ada peniaga lama yang gusar apabila perniagaan konvensional mereka akan terkubur. Adakah perniagaan mereka akan mati dengan wujudnya kecanggihan perniagaan atas talian ini?
Sebentar tadi telah berlangsung Wacana Sinar siri 44 di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Barisan panel yang hebat dipilih untuk mengupas isu ini.
Barisan Panel Wacana Sinar Siri 44
- Hassan Saad – Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang Kuala Lumpur
- Kamarul Arif – CEO Zawara Sdn Bhd
- Datin Ira Ghani – Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur & Pengasas Aura Seri
- Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari) – Pengarah Urusan SIFUFBADS Sdn Bhd
Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.
Industri perniagaan konvensional telah lama wujud setelah sekian lama. Orang terdahulu berniaga dari rumah ke rumah, di kedai dan mempunyai premis sendiri. Manakala pada zaman ini, media sosial adalah lubuk bagi masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Hanya dengan melayari internet dan menggunakan platform atas talian, semuanya menjadi ikutan pada masa kini dan perkembangan itu sangat luar biasa.
Beza pelanggan online dan konvensional
Namun demikian masih ada orang yang suka merasai dan melalui pembelian atau servis secara fizikal. Contoh pembelian kasut dan fabrik. Ada pelanggan yang masih mahu merasai sendiri bagaimana selesanya memakai kasut tersebut sebelum dibeli di kedai.
Perniagaan online pula perlu ada kebijaksanaan dalam memujuk iaitu bakal pelanggan mengambil masa untuk berfikir dan membuat keputusan sebelum membeli. Maka wujudlah beberapa teknik-teknik yang digunakan bagi jual beli di atas talian.
Ramai berpendapat jika menggunakan kos yang sama untuk perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.
Perniagaan online adalah evolusi
Sebagai contoh, di Denaisell.com juga kini menjadi platform bagi usahawan yang ingin menjual produk secara atas talian. Kesemua perincian telah disediakan termasuk sistem pembayaran atas talian. Bermakna pelanggan tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk membeli barangan atau produk yang ingin mereka beli secara terus. Hatta pelanggan boleh membeli roti, ikan dan telur daripada pasaraya Tesco secara atas talian.
Perniagaan online bukan fenomena tetapi ia adalah evolusi. Ia akan jadi lebih baik dan memudahkan pengguna dan seterusnya membantu perniagaan konvensional.
Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani pula berpandangan, perniagaan konvensional nampak lebih keikhlasan sebab menyediakan premis. Bisnis perlu ada kemahiran untuk membuat perhubungan awam dengan pelanggan. Berbanding jika memberi penerangan secara nyata dengan bermesej di media sosial, perniagaan konvensional lebih kepada face to face.
“Online tak bunuh pun perniagaan konvensional. Perniagaan online yang bunuh bisnes online, satu hari beribu orang jadi usahawan” – Datin Ira Ghani
“Perniagaan online melengkapkan perniagaan konvensional” – SifuFBADS Jamal
Peniaga lama memang susah terima trend baharu kerana cara dan kaedah berbeza. Meskipun rancak di atas talian, mereka tetap akan guna iklan di papan iklan atau suratkhabar juga akhirnya. Online hanya nilai tambah kepada perniagaan konvensional.
Perniagaan konvensional ini sudah lama dan terbukti ia menjadikan seseorang ahli perniagaan yang sebenar dalam pasaran, namun teknologi terkini juga tidak harus terlepas pandang. Ada juga yang bermula dengan peniaga mikro dan kemudiannya membeli premis namun apa yang lebih penting adalah pengurusan pengaliran wang yang akan menentukan masa depan peniaga.
Dalam perniagaan, perlu ada ilmu dan etika. Sama ada online atau konvensional sudah pasti kedua-dua perkara itu menjadi tunjang yang dititikberatkan.
90 Comments
Perniagaan online akan mengambil alih jualan barang secara konvesional….pengerakannya agak pantas dan akan berlaku sekelip masa lagi…banyak barang pun saya beli secara online sekarang.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Puncak Bukit Berekeh
Perniagaan masih penting dan ya.. Perniagaan online menjadi penambah nilai bagi perniagaan yang sedia ada. Yang penting ikhlas dan lakukan yang terbaik. Insha Allah.. Rezeki berkat
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..MINUMAN DAN VITAMIN PEMBERI TENAGA UNTUK IBU MENYUSU
kedua dua platform ada pros and cons.. lebih baik cuba dua dua. lagi pun sekarang ni zaman teknologi dan semua beli barang online
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
kalau ada dua-dua memang lebih menyakinkan pelanggan. perniagaan pun nampak lebih kukuh dan susah lah nak kena tipu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Usahawan untuk berjaya mesti berjiwa besar
saya tak rasa ia membunuh perniagaan konvensional. malah menambahkan lagi platform jualan. peniaga tak boleh berada dlm zon selesa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Kebanyakan barang online yang saya beli adalah barang IT..kalo pakaian dan kasut, saya lebih senang beli kat kedai sebab kita boleh test sama ada muat ke tidak dengan anggota badan kita.
Tapi itulah dengan keadaan ekonomi sekarang, jimat masa dan minyak, membeli belah online sudah menjadi keutamaan.
Ikut kesesuaian barang, kalau kereta baru keluar, semestinya nak test drive pula. beli barang yang dah biasa atau maklumatnya dah cukup boleh beli online, sangat banyak jimat masa dan boleh shoping 24jam…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Setiap bisnis mesti ada modal untuk iklan
Kedua-duanya ada kelebihan dan keperluannya kepada pengguna. Tinggal lagi nak diusahakan supaya lebih bisnes maju dan dalam masa yang sama memberikan kualiti servis dan produk terbaik buat pelanggan. Saya sendiri pun hanya produk tertentu saja yang berani beli secara online. Itupun dengan seller yang diyakini kredibilitinya. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Catatan Ringkas Pengalaman Bercuti Ke New Zealand 9 Hari 8 Malam Bersama Anak-anak
Bagi saya konvensional dan online sebenarnya saling melengkapi. Perniagaan online akhirnya memerlukan konvensial juga begitu juga sebaliknya.
Curahan rasa Cik Norizam @ ..Syukur Selalu, Hidup Lebih Tenang
Biasalah begitu, perubahan zaman yang perlu diterima oleh semua lapisan masyarakat. Ada yang menerima, ada yang tidak mahu berubah. Bagi saya, atas talian dan konvestional adalah saling melengkapi satu sama lain.
Curahan rasa noor aziana mohd salleh @ ..Status HALAL Shaklee
Bisnes offline dan online sama sama melengkapi. Trend terkini peniaga offline menjual di online juga. Yang ada online pun nak juga rasa ada kedai sendiri. Yang penting pengurusan akaun perniagaan mesti betul supaya bisnes dapat berkembang.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Hotel Budget Di Jepun – Mystays Berkonsep Apartment
trend semasa marketing wajib ikut supaya bisnis maju dan berkembang jauh ,
Curahan rasa Denaihati @ ..Setiap bisnis mesti ada modal untuk iklan
Dunia online semakin maju dan ketat.
Dengan sedemikian, kita harus lebih pandai menyikapi, dan lebih hati hati karena sudah tidak terhitungnya kasus penipuan dalam bisnis online.
Curahan rasa caradailku @ ..Cara membuat Kotak Pencarian Blog dengan Google
penipuan memang banyak dan mudah sangat berlaku kalau kita tak berhati-hati, penyangak pun semakin pandai meyakinkan kita kalau tak betuk-betul.
Curahan rasa Denaihati @ ..Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016
ada sesetengah barang boleh beli online dan ada barang xboleh beli online mcm baju.. kena tgk sendiri baru puas hati..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Belajar Akaun Cara Mudah Dengan Panduan Perakaunan
ya, gambar baju biasanya kecik je kalau tengok kat pc, melainkan jenis dan model kita dah biasa pakai.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman berkawan dengan artis popular
Kasut memang tak berani nak beli online..
sedangkan beli offline pun rasa tak best je..
belum lagi nak menjalankan perniagaan online.. dulu penah tapi tak berapa jadi
Curahan rasa zool @ ..Kursus Inovasi Dan Pemikiran Kreatif Dari Yayasan Inovasi Malaysia
mungkin satu hari nanti bila dah kukuh baru boleh buat perniagaan online sendiri..
tentang bunuh perniagaan konvensional tu memang dah berlaku sedikit sebanyak tapi peniaga konvensional kena lebih kreatif.mungkin kena ikut juga berniaga online disamping konvensional
Curahan rasa zool @ ..Sejarah Piala FA Malaysia
setujulah, kasut kena test dulu, saiz dan sedap tak sedap pakai, kecualilah dan biasa dgn sesuatu jenis dan model.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jabatan Pendaftaran Negara banyak masalah
Setiap bisnes online dan offline ada cabaran serta saingan. Untuk bertahan lama, perlu bijak mengatur strategi pemasaran.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pandu Uber Lebih Untung Dari Grabcar
ya, sentiasa mengikuti perkembangan, trend semasa, saingan sentiasa semakin hebat sekarang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tak ada jiwa untuk menulis blog lagi
Tiada gaji bulanan untuk pekerja. Gaji pekerja di bayar berdasarkan prestasi jualan mereka.
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
5. Majikan tidak perlu menyediakan sokso majikan kepad pekerja… sebab masing2 berniaga dari rumah secara online.
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
6. Terdapat banyak lagi kelebihan berniaga secara online jika hendak dibandingkan berniaga secara koncensional.
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
Saya salah seorang pekerja sambilan kepada peniaga2 online. Saya ada ramai majikan. Tapi, kebanyakan majikan saya, saya tak pernah berjumpa.
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
Walaubagaimanapun, saya sanggup bekerja dengan rajin dan ikhlas untuk majikan2 saya.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
pada pendapat saya terdapat banyak kelebihan bisnes online berbanding konvensional
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
1. Tak perlu sewa kedai untuk jalankan perniagaan. Dapat Jimatkan kos sewaan.
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
2. Tak perlu upah pekerja untuk jalankan operasi perniagaan. Dapat jimatkan kos upah
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
3. Tak perlu menyimpan banyak produk untuk dipersembahkan kepada pelanggan. Jimat kos logistik
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
Display produk secara online. Bila ada tempahan baru order produk untuk dihantar kepada pelanggan
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
4. Mudah untuk kita mendapatkan seberapa ramai pekerja, tanpa perlu kita pantau.
Curahan rasa anuar @ ..Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
kos operasinya rendah guna online, margin pun mungkin lebih besar atau harga jualan lebih rendah bergantung jenis produk.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips menjadi blogger yang sempurna
dua-dua saling memerlukan sebenarnya. Kita tetap memerluka kedai fizikal untuk simpan stok.
Curahan rasa Cik Norizam @ ..Syukur Selalu, Hidup Lebih Tenang
ya, bila besar semakin besar perniagaannya, lenih banyak stock dan varisasi barang, lebih luas ruang perlu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips untuk menjemput rezeki yang berganda-ganda
Comments are closed.