Perniagaan Forex Online Haram dah Confirm

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak nak ulas panjang isu ini sebab pasti ramai yang akan marah seperti dalam beberapa komen di entri “Forex bakal digempur“. Aku memang tak ada pengalaman dalam urusniaga FOREX kerana tidak berani dengan risiko yang sangat tinggi kerana mungkin juga tak cukup ilmu. Yang lebih menakutkan hampir 90% rakan-rakan yang terlibat dengan perniagaan FOREX ini berakhir dengan kegagalan. Memang semua perniagaan ada risiko ialah hidup ini pun risiko tetapi aku belum bersedia untuk menghadapi risiko FOREX.

Petikan daripada Harin Metro Online :  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. “Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam. Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu. “Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.

Aku tidak pernah takut dengan risiko berniaga kerana setiap perniagaan pasti ada risiko kegagalan kerana hampir semua perniaga yang berjaya pernah gagal dalam perniagaan terdahulu. Cuma sebagai perniaga yang bijak kita mesti berani mengukur risiko yang mampu diharungi, kalau kemampuan untuk perniaga hanya untuk ratus ribu ringgit tak kan nak buat bisnis juta-juta ringgit. Paling baik buatlah perniagaan dan pelaburan yang kita tahu bukan sekadar ikut-ikut sahaja kerana apabila gagal kita tidak akan menyalahkan orang lain di atas keputusan yang kita buat sendiri. Berani buat berani tanggung dan jangan kecewa dengan kegagalan kerana mungkin itu langkah pertama untuk berjaya.

16/2/12 : Bank Negara Malaysia menjelaskan perniagaan FOREX di Malaysia hanya dibenarkan kepada organisasi yang berlesen seperti Bank Komersial, Bank Islamik, Syarikat pelaburan dan Bank Islamik Antarabangsa mengikut akta Exchange Control Act 1953 dan Money Services Business Act 2011.


Spread the love

130 Comments

  1. faizfakhirin
    apa yang boleh aku katakan, FOREX bukan utk mereka yang cetek ilmu dalam economic..Forex more riskier sebab kita kena lihat segala perkembangan dunia financial dan dunia politcal yang sentiasa berubah-ubah…Disebabkan forex boleh trading secara online dan mudah mendapat untung buat pertama kalinya, maka mereka menyifatkan forex adalah tempat mencari wang dengan mudah dengan hanya menggunakan teknikal analisis, mereka jangkakan akan mendapat untung berjuta dolar…
    Berkenaan dengan spesikulasi, senang dikatakan semua value hariini dispesikulasikan oleh individu tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi…Jika dikatakan matawang yang dijual di exchanger tidak berlaku spesikulasi, ia adalah silap. ini berikutan harga yang ditetapkan adalah mengikut pergerakan matawang dalam trading forex setiap minit. selain itu juga, mereka yang menetapkan harga, padahal harga tersebut sentiasa bertukar setiap jam. Dari situ juga saya boleh simpulkan berlaku spesikulasi antara exchanger.
    Easily to say, jika seseorang itu mahu trading dalam dunia FOREX, learn about the money first.. What’s the money about and how the Price has been Prices. Forex bersangkutan dalam pelbagai situasi.
    Apa yang saya nampak daripada kenyataan mereka, mereka mahukan rakyat malaysia untuk melabur dalam amanah saham yang mereka istiharkan. Pelaburan tersebut bukan dikawal oleh kita sendiri dan selamanya kita akan buta ilmu dalam dunia financial yang dikawal oleh yahudi.
    Entri terbaru faizfakhirin – Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya Manusia

    kalau boleh saya nak like sejuta kali pendapat ni….MAIN FOREX dengan TRADE FOREX amat berbeza….sama macam MAIN JUAL2 BARANG dan BERNIAGA JUAL BARANG…org nak berniaga bukan nak main2…..

  2. Aku ceburi dunia ni dah hmpir 4 tahun lebih,mmng tinggi risikonya jika tanpa disiplin yg tinggi dan managemnt system yg mantap ,,untung rugi dlm dunia perniagaan pasti berlaku walau apa bentuk sekalipun,dgn FX kita boleh buat pilihan samada menjual mata wang dgn nilai yg tinggi(lot) anda akan untung @ rugi besar,anda menjual dgn nilai yg kecil anda mndpat untug @ risiko rugi kecil.Yang berada dlm dunia ni akan faham situasi yg sebenarnya,kita spt menjual ikan di pasaran jika tidak laku pasti ikan akan busuk dan anda rugi(mungkin inipun x menentu sbb saya x mahu rugi) dan FX membabitkan perniagaan secara online(internet),bagaimana dgn perniagaan maya selain FX??.Tp setelah MFKM mengeluarkan ini saya berfikir utk berhenti.Rasa hairan juga knp ulama sejagat x sependapat dlm isu ni,cth indonesia masih belum keluarkan fatwa pengharaman FX sedang disana lgi ramai pedagang matawang,arab saudi sendiri ada broker yg berlesen dlm perniagaan forex secara online..
    Curahan rasa Shack @ ..Wanita ditumbuk lelaki angkara mulut celuparMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!