Perniagaan Forex Online Haram dah Confirm

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak nak ulas panjang isu ini sebab pasti ramai yang akan marah seperti dalam beberapa komen di entri “Forex bakal digempur“. Aku memang tak ada pengalaman dalam urusniaga FOREX kerana tidak berani dengan risiko yang sangat tinggi kerana mungkin juga tak cukup ilmu. Yang lebih menakutkan hampir 90% rakan-rakan yang terlibat dengan perniagaan FOREX ini berakhir dengan kegagalan. Memang semua perniagaan ada risiko ialah hidup ini pun risiko tetapi aku belum bersedia untuk menghadapi risiko FOREX.

Petikan daripada Harin Metro Online :  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. “Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam. Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu. “Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.

Aku tidak pernah takut dengan risiko berniaga kerana setiap perniagaan pasti ada risiko kegagalan kerana hampir semua perniaga yang berjaya pernah gagal dalam perniagaan terdahulu. Cuma sebagai perniaga yang bijak kita mesti berani mengukur risiko yang mampu diharungi, kalau kemampuan untuk perniaga hanya untuk ratus ribu ringgit tak kan nak buat bisnis juta-juta ringgit. Paling baik buatlah perniagaan dan pelaburan yang kita tahu bukan sekadar ikut-ikut sahaja kerana apabila gagal kita tidak akan menyalahkan orang lain di atas keputusan yang kita buat sendiri. Berani buat berani tanggung dan jangan kecewa dengan kegagalan kerana mungkin itu langkah pertama untuk berjaya.

16/2/12 : Bank Negara Malaysia menjelaskan perniagaan FOREX di Malaysia hanya dibenarkan kepada organisasi yang berlesen seperti Bank Komersial, Bank Islamik, Syarikat pelaburan dan Bank Islamik Antarabangsa mengikut akta Exchange Control Act 1953 dan Money Services Business Act 2011.


Spread the love

130 Comments

  1. Ada orang sanggup palsukan mcm-mcm dokumen untuk melepasi kelayakkan pinjaman sedangkan kelayakan itu untuk memastikan kita dapat bayar balik pinjaman. hasilnya ramai yang bungkus sedangkan perniagaan yang dijalankan sebenarnya banyak keuntungan

    1. Paling baik kita baca dulu detail Fatwa ini pasti ada penjelasan yang detail sebab mengapa dan kepada siapa kerana statement di Harian Metro Online ni ringkas sangat. Kita sama-sama usaha cari informasi dan kongsikan kepada semua.
      Curahan rasa denaihati @ ..Trillion Terima KasihMy Profile

  2. Apa yang saya harapkan, kita memahami istilah Trading & Bermain… Istilah Melabur dan Pelaburan. Ia adalah dua istilah yang berbeza.

    Pada aku, FOREX adalah bagus, seorang trader dapat mempelajari pelbagai perkara berkenaan ekonomi dan financial dunia. Untuk memasuki pasaran forex bukan semudah yang diperkatakan.

    Apa itu GDP, kenapa ia penting, Apa itu QE(Quantitative Easing), kenapa ia membawa impak kepada matawang negara, apa itu monetary base, apa itu monetary policy, apa kepentingan interest rate. kenapa interest rate sentiasa berubah. Apakah impak kesemua tersebut kepada GDP dan inflasi.. Semua perkara tersebut dibincangkan oleh pada pelabur professional Forex, stock dan komoditi..

    We’ll knowing “Money” tapi kita tidak diberitahu secara details, dimana datang duit dan kenapa ia boleh dicetak dengan sesuka oleh oleh US. Sebab world financial mereka yang mengawal dan mengeluarkan istilah financial yang sukar difahami oleh mereka yang buta financial..

    Apa yang silap, tolong perbetulkan
    Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya ManusiaMy Profile

  3. apa yang boleh aku katakan, FOREX bukan utk mereka yang cetek ilmu dalam economic..Forex more riskier sebab kita kena lihat segala perkembangan dunia financial dan dunia politcal yang sentiasa berubah-ubah…Disebabkan forex boleh trading secara online dan mudah mendapat untung buat pertama kalinya, maka mereka menyifatkan forex adalah tempat mencari wang dengan mudah dengan hanya menggunakan teknikal analisis, mereka jangkakan akan mendapat untung berjuta dolar…

    Berkenaan dengan spesikulasi, senang dikatakan semua value hariini dispesikulasikan oleh individu tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi…Jika dikatakan matawang yang dijual di exchanger tidak berlaku spesikulasi, ia adalah silap. ini berikutan harga yang ditetapkan adalah mengikut pergerakan matawang dalam trading forex setiap minit. selain itu juga, mereka yang menetapkan harga, padahal harga tersebut sentiasa bertukar setiap jam. Dari situ juga saya boleh simpulkan berlaku spesikulasi antara exchanger.

    Easily to say, jika seseorang itu mahu trading dalam dunia FOREX, learn about the money first.. What’s the money about and how the Price has been Prices. Forex bersangkutan dalam pelbagai situasi.

    Apa yang saya nampak daripada kenyataan mereka, mereka mahukan rakyat malaysia untuk melabur dalam amanah saham yang mereka istiharkan. Pelaburan tersebut bukan dikawal oleh kita sendiri dan selamanya kita akan buta ilmu dalam dunia financial yang dikawal oleh yahudi.
    Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya ManusiaMy Profile

  4. sama seperti contest gajet impian..ada juga melabur wang dan mesti ada risiko tidak dapat pulangan, tapi hidup berani untuk gagal kan?

    ramai jugak member yang masuk ni..saya tak tahu apa pun pasal forex..
    Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar IbrahimMy Profile

    1. Tapi menurut yang pernah saya pelajari bahwa transaksi jual beli mata uang pada prinsipnya boleh, dengan ketentuan sebagai berikut:
      a. Tidak untuk spekulasi (untung-untungan)
      b. Ada kebutuhan transaksi atau untuk berjaga-jaga (simpanan)
      c. Apabila transaksi dilakukan terhadap mata uang sejenis maka nilainya harus sama dan secara tunai (attaqabudh).
      d. Apabila berlainan jenis maka harus dilakukan dengan nilai tukar (kurs) yang berlaku pada saat transaksi dilakukan dan secara tunai.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta Sejati dan Kesejatian CintaMy Profile

        1. Ia sama seperti membeli saham. Mereka tahu bahawa saham tersebut berlaku charging yang tinggi..mereka tetap membelinya kerana mengharapkan untung dikemudian hari….

          Begitu juga dengan pelaburan yang dijalankan oleh bank-bank dan amanah-amanah saham. duit tersebut secara langsung atau tidak langsung akan berputar didalam forex exchange.

          Trading Forex yang sebenar memerlukan modal yang besar.
          Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya ManusiaMy Profile

        1. Salah satu jenis transaksi Forex yang jelas haram adalah Transaksi FORWARD, yaitu transaksi pembelian dan penjualan valas yang nilainya ditetapkan pada saat sekarang dan diberlakukan untuk waktu yang akan datang, antara 2×24 jam sampai dengan satu tahun. karena harga yang digunakan adalah harga yang diperjanjikan (muwa’adah) dan penyerahannya dilakukan di kemudian hari, padahal harga pada waktu penyerahan tersebut belum tentu sama dengan nilai yang disepakati, kecuali dilakukan dalam bentuk forward agreement untuk kebutuhan yang tidak dapat dihindari (lil hajah).
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta Sejati dan Kesejatian CintaMy Profile

  5. Salam,

    Fuhhh nasib baik tak main forex dan tak reti, hari tu ada kawan ajak main, nasib baiklah pintu hati tak terbuka nak explore pasal forex ni 😀
    Curahan rasa yanmie @ ..Nasi KuningMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!