Perekabentuk Shawl Teruja Sertai Program #eUsahawan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

cukup meriah dengan Hari Peladang, Penternak & Nelayan 2017 (HPPN2017) bersama #YouCanDuit peringkat negeri Perlis bermula 24  sehingga 27 Ogos 2017. Ramai pengunjung hadir melihat sektor agro yang tidak kurang pentingnya di utara tanahair ini.

Dan ramai juga pengusaha-pengusaha di gerai jualan yang menyertai HPPN2017 ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Di antara yang menarik perhatian adalah pengusaha skarf dan biskut, Puan Saidatul Nadila Saad dari Pendang.

Beliau yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini empat bulan lalu setelah berhenti kerja di Gurun, Kedah. Minat yang mendalam terhadap bidang tersebut membuatkan beliau mewujudkan Syaisya Modern Scarf di mana rekabentuknya daripada ilham beliau sendiri.

Bermula dengan perniagaan di rumah, Puan Saidatul menguruskan sendirian dibantu oleh suami yang memberikan sokongan. Untuk langkah awal, beliau telah membuka akaun instagram dan memasarkan juga secara atas talian. Kesedaran tentang permintaan atas talian ini semakin tinggi di kalangan peniaga kerana ia dapat meluaskan pendapatan di samping secara offline.

Puan Saidatul yang melihat #YouCanDuit sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’ kerana selama ini memang memerlukan khidmat dan tunjukajar dalam bidang yang diceburi. Teruja dengan program #eUsahawan itu, beliau tanpa lengah terus mendaftar program yang dibawa oleh MDEC untuk menambahbaik perniagaan yang sedang berjalan.

Buat permulaan ini, produk biskut yang diusahakan banyak dihantar secara ‘Cash On Delivery’ bagi menambah pengalaman bersama pelanggan.

Optimis dengan perniagaan secara atas talian ini, Puan Saidatul berharap pada suatu hari nanti akan dapat melebarkan sayap perniagaannya tanpa sempadan batasan negeri. Beliau melihat teknik pemasaran #eUsahawan adalah sesuatu yang amat baik serta perlu belajar kerana pencapaian dan disiplin adalah penting untuk penghasilan jualan.

Impian beliau untuk menjadikan Saisya Exclusive ini sesuatu yang mampu milik oleh ramai orang dengan kualiti yang ada pada produk setanding di pasaran dunia. Bagi yang ingin melihat dan membuat belian biskut serta shawl, boleh ke Saiya.Exclusive


Spread the love

36 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!