Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
cukup meriah dengan Hari Peladang, Penternak & Nelayan 2017 (HPPN2017) bersama #YouCanDuit peringkat negeri Perlis bermula 24 sehingga 27 Ogos 2017. Ramai pengunjung hadir melihat sektor agro yang tidak kurang pentingnya di utara tanahair ini.
Dan ramai juga pengusaha-pengusaha di gerai jualan yang menyertai HPPN2017 ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Di antara yang menarik perhatian adalah pengusaha skarf dan biskut, Puan Saidatul Nadila Saad dari Pendang.
Beliau yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini empat bulan lalu setelah berhenti kerja di Gurun, Kedah. Minat yang mendalam terhadap bidang tersebut membuatkan beliau mewujudkan Syaisya Modern Scarf di mana rekabentuknya daripada ilham beliau sendiri.
Bermula dengan perniagaan di rumah, Puan Saidatul menguruskan sendirian dibantu oleh suami yang memberikan sokongan. Untuk langkah awal, beliau telah membuka akaun instagram dan memasarkan juga secara atas talian. Kesedaran tentang permintaan atas talian ini semakin tinggi di kalangan peniaga kerana ia dapat meluaskan pendapatan di samping secara offline.
Puan Saidatul yang melihat #YouCanDuit sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’ kerana selama ini memang memerlukan khidmat dan tunjukajar dalam bidang yang diceburi. Teruja dengan program #eUsahawan itu, beliau tanpa lengah terus mendaftar program yang dibawa oleh MDEC untuk menambahbaik perniagaan yang sedang berjalan.
Buat permulaan ini, produk biskut yang diusahakan banyak dihantar secara ‘Cash On Delivery’ bagi menambah pengalaman bersama pelanggan.
Optimis dengan perniagaan secara atas talian ini, Puan Saidatul berharap pada suatu hari nanti akan dapat melebarkan sayap perniagaannya tanpa sempadan batasan negeri. Beliau melihat teknik pemasaran #eUsahawan adalah sesuatu yang amat baik serta perlu belajar kerana pencapaian dan disiplin adalah penting untuk penghasilan jualan.
Impian beliau untuk menjadikan Saisya Exclusive ini sesuatu yang mampu milik oleh ramai orang dengan kualiti yang ada pada produk setanding di pasaran dunia. Bagi yang ingin melihat dan membuat belian biskut serta shawl, boleh ke Saiya.Exclusive
36 Comments
peluang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan digital ..sudah disediakan dari eusahawan..
platform bimbing dan latihanan
Curahan rasa mrhanafi @ ..TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
tiada lagi alasan utk peniaga cakap tak tahu nak pergi kursus kat mana.. eusahawan mmg sangat2 membantu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem IT 2017
Bagus libatkan diri dengan program seperti ni. Banyak ilmu yang boleh dipelajari selain jalin dan eratkan hubungan silaturahim sesama kita.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Tampil Maskulin Di Mata Wanita
Kita semua elok belajar berniaga dan memanfaatkan peluang untuk berniaga di internet
kemahiran menjual akan membantu kita menyampaikan mesej
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..6 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung & Bayi Sihat Bersama
peluang berniaga di Internet tidak harus diabaikan oleh usahawan micro…
ada intenet maka ada pasaran yang amat luas..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017
pemasaran menggunakan internet sangat efektif jika kena dengan caranya…
pasaran dan potensi sangat luas..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017
Semoga setiap perniagaaan yang kita usahakan membawa kita lebih dekat kepada Allah swt
baru berkat perniagaan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bina rumah atas sendiri atau beli sahaja? Ini 5 Perkara untuk Di Pertimbangkan
aamiin dan itulah yang sebaiknay untuk kita amalkan ..
bisnes sebagai cara untuk dekatk kepada Allah SWT
waima guna eusahawan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017
Menarik packaging tudung Shawl tu… Dalam pack bekas air minuman… Kalau balut buat hadiah, tentu ramai yang tak sangka dalam bungkusan hadiah tu ada tudung… Boleh buat surprise ni.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan
itulah USP…
sukar untuk ditandingi apa berlaku terutama melibatkan perniagaan digital
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ilmu Copywriting Yang Terpaksa Didedahkan
Rezeki dan usaha itu datangnya seiring.
Sudah beberapa kali gagal menyertai program e-usahawan.
Perlukan pengorbanan juga nie…
Curahan rasa SZI @ ..Hari Isnin Sentiasa Indah
gagal bukan untuk selamanya..
kursus eUsahawan cuma perlu attend sekali sahaja…
sekiranya ingin mengikuti kursus ulangan boleh sahaja bawa 2 kawan sebagai penganti diri…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jutawan App Penipu Atau Sebaliknya
Siapa yang pandai manfaatkan peluang yang ada ni pasti akan berjaya
jangan pandang orang lain
cuba cari kelebihan yang ada dalam diri
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..9 Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung & Gula normal!
jangan pandang orang lain dari sudut negatif..
hahaha saja nak tambah pendapat …
kelemahan diri sendiri boleh dijadikan USP dalam bidang tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ilmu Copywriting Yang Terpaksa Didedahkan
Saya pun sedang cuba mengintai peluang untuk sertai program eusahawan dari MDEC ini . Harap-harap ada la kelapangan amsa dan rezeki nanti .
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk
bro memang digalakan mencuba..
belajar dunia digital dalam bisnes online..
lagi mudah sebab bro dag terer ..
hehehe.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ilmu Copywriting Yang Terpaksa Didedahkan
Dengan adanya mentor semuanya tidak mustahil. memang itu yang diperlukan untuk maju dalam perniagaan, terutamnya dalam keadaan banyak persaingan diluar sana.
Curahan rasa Sani @ ..Kerja Part Time Dengan Ninja Van
ya..betul tu.
cari mentor yang boleh membimbing kita menjalankan perniagaan yang tepat..
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
Terbaik program ni dapat bantu individu yang ingin mengembangkan perniagaan dengan baik. Bukan senang nak senang.
Curahan rasa Ira @ ..omega
Ada cara susah dan cara senang. Kalau cara susah kena buat sendiri semuanya, tetapi dengan motor lebih jimatkan masa, orang kata macam jalan shortcut untuk berjaya.
Curahan rasa Sani @ ..Kerja Part Time Dengan Ninja Van
jika dah belajar semuanya akan tahu…
bezanya cepat atau lambat lagi la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ilmu Copywriting Yang Terpaksa Didedahkan
Fokus eusahawan untuk menjadikan kemudahan digital sebagai platform untuk memsasarkan produk secara meluas
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
Ini sebagai penanda aras terkini, jual produk fesyen wanita boleh diperluaskan dengan kemudahan internet.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jual 20 Ribu Helai Baju Kurung Sebulan
adanya kemudahan internet akan meluaskan lagi kuasa pemasaran…
lebih jimat kos dan efektif
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
dah nampak keberkesanan program youcanduit ni.. banyak bagi peluang kpd industri IKS
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Meh Sandar Lagi di Tv3
Dengan tunjuk ajar yang berterusan dari program e-usahawan MDEC di samping minat yang tinggi dalam bidang bisnes online dan offline Insya-Allah Puan Saidatul akan muncul sebagai ahli perniagaan paling berjaya suatu hari nanti.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Program e-usahawan MDEC ni memang terbaek. Cari peluang untuk ceburkan diri dengan program ini.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Email Marketing Tools 2017 Percuma yang anda patut cuba dan guna
Comments are closed.