Percutian Beijing penuh dengan penipuan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan kisah Kembara Muslim Beijing ketika aku dan sahabat-sahabat membawa keluarga menyelusuri Kota Budaya Beijing yang penuh dengan sejarah silam berabad tahun lamanya. Paling menarik dalam Kembara Beijing ini apabila dengan izin Allah kami telah mendapat seorang Pemandu Pelancong yang fasih berbahasa Indonesia dan memahami kehendak Kembara untuk kumpulan Muslim.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-110915.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-111008.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-113423.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105304.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105400.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105448.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Selama enam hari kami di Beijing, Pemandu Pelancung telah membawa kami di enam buat masjid yang berlainan dan berbagai lokasi restoran halal yang terdapat di Beijing. Daripada maklumbalas kawan-kawan yang pernah melawat Beijing tidak semua kumpulan mendapat peluang bersolat di berbagai masjid seperti yang telah kami lalui. Merasa juga kami solat Jumaat di salah sebuah masjid yang kami singgah di Kota Beijing. Daripada maklumat yang diperolehi Rakyat Muslim Beijing mendapat banyak kelebihan berbanding rakyat lain seperti boleh mempunyai dua orang anak dan mendapat kediaman apartment dua bilik.

Tempat yang paling menarik dan menakjubkan adalah Tembok Besar China yang dibina beribu tahun dahulu merentasi gunung ganang membelah negara China melebih 6,000 kilometer. Hebatnya tamadun di abad tersebut yang tidak boleh difikir oleh akal bagaimana cara pembinaannya. Pernah terbaca sebuah buku Tembok Besar China di bina oleh seorang Maharaja yang asalnya dari Mesir melarikan diri sehingga ke China. Mengikut satu analisa struktur bahan binaan Tembok Besar China hampir sama dengan struktur bahan binaan Piramid. Setelah memanjat Tembok Besar China barulah dapat merasai kehebatan binaan yang telah dipilih antara tujuh keajaiban dunia.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105526.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105553.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105642.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110014.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110454.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110523.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110600.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110619.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Hari pertama dan kedua kembara di Beijing memang menyeronokan dapat melawat beberapa lokasi pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Medan Tiananmen, Forbidden City dan singgah di beberapa masjid seperti Masjid Niu Jie serta restoran halal. Makanan di Beijing tak lah berapa sesuai dengan selera kita orang Melayu tetapi bila berjalan ke negara orang kenalah rasa masakan mereka baru ada rasa kelainannya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui rahsia mengaut keuntungan sehingga 1000% dengan memborong di China Klik Sini

40 soalan yang anda patut tanya kepada peguam sebelum membeli rumah. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Hari ketiga dan seterusnya memang penuh dengan manupulasi. Kami dibawa dari satu kilang ke kilang yang lain, dari satu kedai ke kedai yang lain dan dari satu pusat kesihatan ke pusat kesihatan yang lain. Ibarat menyediakan jala besar mereka menggunakan berbagai strategi untuk memujuk kami membeli produk-produk mereka dengan harga yang tak masuk akal.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110650.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110733.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110828.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110926.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111026.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111047.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Mereka telah membuat persiapan yang sangat rapi untuk memperdaya pelancung supaya berbelanja besar membeli produk mereka. Cara mereka mempengaruhi pelancung memang ada logik sehingga ada sahabat kami terperdaya. Mereka sanggup datang ke bilik hotel untuk menuntut bayaran yang tidak cukup. Bayangkan kalau anda tak membawa cukup duit pasti terpaksa meminjam daripada kawan-kawan. Apa agaknya akan berlaku kalau kawan-kawan pun tak de duit nak tolong!

Ramai pelancung yang telah melalui pengalaman pahit melancung di Beijing. Pengalaman kena tipu di Beijing banyak dikongsikan di Facebook dan blog-blog yang boleh diperolehi di Google Search. Aku dah dapat warning daripada beberapa kawan yang pernah ke Beijing antaranya Arwah Jejai. Aku memang sangat berhati-hati apabila pergi setiap kedai, kilang dan pusat kesihatan sehingga kena marah dengan salah seorang penjual. Pemandu pelancong pun ada bagi warning tetapi dah tugas dia kena bawa kami ke lokasi yang telah ditetapkan

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111105.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111132.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111148.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111208.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111344.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111355.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111409.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Shopping di Beijing pengalaman paling teruk. Dari awal pemandu pelancong dah warning kalau nak beli barang mesti tawar sampai penjual marah. Gila betul harga yang diletak memang tinggi dan kita kena pandai tawar sehingga lebih 80% untuk dapat harga yang sesuai kalau tidak memang kena potong leher. Setiap kedai terpaksa habiskan masa lebih 30 minit hanya untuk tawar menawar membeli satu barang. Memang serik dan taubat nak shopping barang di Bejing kalau original tak pe ini majoriti barang tiruan.

Dalam aku berjaga-jaga tapi akhirnya aku terkena tipu  juga di outlet terakhir kedai batu permata di kawasan Stadium Sarang Burung. Punyalah mamat tu pandai berlakon kononnya isteri dia orang Cheras dan baru dapat anak lelaki pertama. Sebagai tanda syukur beliau bagi setiap orang batu jed dan diskaun special untuk semua produk. Masa tu aku pun dah terlupa yang semua itu drama sahaja seperti semua group lain dah kena. Abis jugalah beberapa ribu beli cincin dan batu jed untuk isteri. Penipuan di kedai batu jed inilah yang paling terancang.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111442.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111456.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111543.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111618.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Kami juga dibawa ke kilang teh. Paling best ada seorang juru jual yang belajar bahasa Indonesia supaya mudah berkomunikasi dengan pelancong Malaysia dan Indonesia. Macam-macam teh ada dari teh slimming sehinggalah teh berbagaai perisa. Paling tragis sekali kami dibawa ke kilang pisau. Macam dah tak ada tempat lain kilang pisau pun nak tipu kami. Ada group lain yang tak puas hati bergaduh dengan pemandu pelancong, mereka tak nak masuk apabila terasa ditipu oleh agen pelancong.

Memang pelik pakej pelancongan Beijing selama 7 hari 6 malan hanya berharga RM2400 rupanya ada udang di sebalik mee. Strategi ini telah diolah oleh Pusat Pelancongan China untuk menarik seramai mungkin pelancong melawat Beijing dengan harga murah. Untuk menanggung kos pengurusan, pelancong akan dibawa ke kedai, kilang dan pusat kesihatan dan dipaksa untuk membeli barang dengan harga yang mahal dan travel agen di Beijing akan mendapat komisen daripada setiap pembelian tersebut.

Yang tak puashati bukanlah sebab harga barang yang mahal kerana itu kita ada pilihan tetapi aturcara lawatan yang lebih fokus melawat kedai, kilang dan pusat kesihatan berbanding lokasi pelancongan yang banyak di Kota Beijing.

Memang tak teringin lagi aku nak bawa keluarga ke Beijing menggunakan travel agen Beijing. Bagaimana pengalaman Rakan Blogger yang pernah ke Beijing?


Spread the love

121 Comments

  1. ada kwn bagitau klu kita dah tawar harga murah n kita tak beli penjual tu maki hamun n membebel dlm bhsnya . Dia juga hampir kena pau kat pusat rawatan reflekssologi . bila dia tolak tawaran sebab tak masuk akal , pemilk tpt tu marah ko … tapi ada juga yg sanggup beli wpun beribu sbb percaya dgn mulut manis mereka … sebagai pelancong , kita sentiasa terdedah dgn penipuan . sendiri kena ingat !

  2. Salam. Bagi saya tidak perlu boikot beijing kerana bukan kesalahan dia berniaga meggunakan cara yg kotor sebegitu. Tapi kita2 yg nak pergi ni sepatutnya kawal nafsu dan sekarang dah banyak orang warn psl benda ni so remind diri masing2 je. Kalau betul lah boikot beijing or mana2 lagi tempat lain untunglah orang yang dah tengok tembok besar China. Kita mengembara untuk tambah ilmu dan pengalaman. Kalau yg dah terkena tu boleh lah beringat after ni kalau pergi negara lain pula. Sekadar berkongsi pendapat.

  3. as salam sewktu lawatan sy ke ghuang zho, perkara yg serupa juga
    berlaku di mana tn punya kedai tu mengaku baru dpt anak lelaki
    di mana isteri juga org malaysia.ayat dia sama mcm yg saudara sebut hebat lakonan dia hampir licin
    barangan dlm kedai di beli oleh rombongan kami seramai
    31orang. lawat kedai jed,sutera, herba memang di wajibkan kalau kechina
    pekara ini rasanya perlu diwar2kan sbb ramai suka gi sana

  4. Thanks sbb bg info pasal penipuan ni.Saya baru balik dari Beijing dan saya setuju group saya dh tertipu dgn ejen. Sblum smpai di Beijing, itinery yg ejen beri cuma pegi kat tmpt famous mcm forbidden city, summer palace, great wall and yg lain2. Tp bile smpai group saya die bwk kami pegi ke kedai2 kerajaan ni semua smpai satu thp kami semua bergaduh dgn ejen dan mogok tak nak msuk kat dlm kedai kerajaan tu. Ejen bgtau itu polisi kerajaan china so die pon tak boleh nk buat ape…so kami layankan je. The next day kami pegi sume kedai kerajaan tu, tp kami x beli pape pon. Di Pearl Centre, kami dihalau keluar sbb takde sorang pon antara kami yg beli brgn pearl kedai tu. Ape pun, kami semua bernasib baik sbb sh buat research dulu pasal penipuan diorang. Kalau tak, tentu kami pun tertipu jugak.

    1. yer…mmg penuh penipuan-lebih sakit hati bila x dpt shopping sepuas hati psl tour guide x nak bawak pegi shopping centre.cuma hari last jer dia bawak ke silk market utk shopping.tu pun dia bg 2 jam jer dn da mlm pon.rasa mcm nk hempok jer tour guide tu.dah la saya x dpt shopping kt muslim supermarket kerana masa yg dia bg di tpt tu cuma 30 minit jer termasuk solat.selepas solat nk shopping mana nk sempat.

  5. ya…serik nak pergi dengan travel agent…kebetulan kami tak pergi dengan muslim pakej..langsung tak dapat melawat masjid dah satu hal lah..makan pulak sekali je mereka bawak ke restoran cina muslim…sebelum pergi memang tak tau pun kisah tipu2 ni..tapi kebetulan kami suami isteri memang payah sikit lah nak percaya bila dah tahap harga tak masuk akal ni kan…hahaha..so terselamat lah..memang licik…memang boleh menang award okeh pekerja2 dan kononnya ‘anak tauke’ ni..apa2 pun tak rasa nak pergi lagi ke beijing buat masa ni..akan datang tak tau lah..

  6. Pengalaman pergi beijing best, kebetulan dapat yang fasih berbahasa indonesia. Pergi berempat jer, contact direct dengan travel agent Muslim Pakej Beijing , seorang lebih kurang RM 700 All in selama 7 hari. berempat dapat 1 van , 1 drebar , 1 pemandu pelancong. takde share. Itu yang best. Bab shopping alhamdulillah tak terkena sebab memasing dah prepare awal2, sebab dah baca pengalaman yang pernah pergo di blog3. Dapat pergi pelbagai masjid, cuma tak tahan bila hari-hari makan ada telor dadar. Macam makanan halal nie telor jer yang diorang tau.
    Curahan rasa Yana Yassin @ ..HANANUT | Snek Kekacang sedap giler dari Aisyhana Cookies and Food IndustriesMy Profile

  7. Orang china ni mmg terkenal dgn bad attitude ya. Ketika saya di aiport CDG paris, kumpulan mereka hampir bertumbuk dgn seorg lelaki Asia dan Caucasian semata2 nak mempertahankan kedudukan mereka dalam queue. Sampai giliran mereka, borang VAT takda, tak lengkap dan nak claim beberapa euro saja. Bila tolak kos pengurusan mmg tak dpt apa. Jadi bahan ketawa buat kami di belakang ni.

  8. Kami pernah ke Shanghai tanpa agen pelancong.. itu pon kena tipu juga.. dah la orang teksi x pandai bahasa lain selain bahasa mereka.. caj mahal.. mula2 pergi mana2 semua naik teksi. hari terakhir baru perasan yang kalau naik tren bawah tanah lagi murah.

    pergi makan makanan halal di depan masjid Shanghai tu pon kene tipu. Gerai tepi jalan je.. 4 orang makan harga RM80 bila convert. memang marah tul masa tu.. tapi x boleh buat ape2.

    kawan (cina Malaysia) pon kene tipu jugak.. teksi bawak pusing2 dulu baru sampai hotel.
    Curahan rasa HomeStay Shah Alam @ ..Suri Suite – Homestay Sesuai Untuk KeluargaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!