Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah ramai rakan-rakan FB Group Denaihati Network yang ingin menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada Kozumi pemilik blog kozumiro.blogspot.com yang cukup dikenali di kalangan blogger Malaysia dengan Servis Tempahan Design. Joom sama-sama kita baca.
Salam semua, hari ini kozumi agak santai sikit sebab segala tugasan design untuk bulan ogos ini telah pun diselesaikan dengan jayanya sebelum raya nanti, Alhamdulillah.
Raya tahun ini korang bagaimana? Sudah buat persiapan? Pada tahun ini raya kozumi agak berlainan dari raya-raya sebelum ini kerana kini kozumi masih lagi berada jauh bersama-sama keluarga kozumi bagi membuat persiapan raya. Seperti raya-raya yang lepas, pada waktu inilah kozumi bersama-sama keluarga sebuk untuk membuat persiapan raya seperti mengemas dan mengecat rumah, membuat kuih raya sendiri, dan membeli belah barang keperluan raya.
Menjadi kebiasaan bila nak tiba raya kozumilah yang akan mengecat rumah di waktu siang, apabila malam pula membantu emak membuat kuih raya. Kozumi ni taklah pandai sangat buat kuih, cuma bantu apa-apa yang patut dari segi menguli tepung, membakar dan menyusun kuih raya di dalam balang. Pada tahun ini nampak gayanya tidak dapatlah berbuat demikian sebab kozumi akan pulang ke kuala lumpur sehari sebelum raya nanti insyallah.
Kozumi pada tahun ini masih belum lagi membeli apa-apa keperluan diri untuk raya nanti sebabnya terpaksa tumpu pada kerja-kerja Grafik Design dari tempahan pelanggan. Mungkin kozumi akan membeli belah pada malam raya nanti seperti biasa di Jalan Tar atau di Danau kota. Tempat-tempat beginilah yang menjadi tumpuan kozumi untuk membeli pakaian dan seluar sebab mutu dan harga amatlah memuaskan hati. Harap-harap malam tu tak ramailah yang shoping last-last minit, mau pagi raya baru koz selesai beli belah hahaha.
Perasaan pada tahun ini sedih jugaklah sebab Ramadhan tahun ini kozumi sempat bersahur dan berbuka bersama keluarga hanya sekali sahaja semasa Ramadhan hari pertama. Terasa rindu jugak untuk merasa masakan mak. Bila duduk sorang ni memang terasa sunyi sangat sebab kebiasaan seminggu sebelum raya pasti setiap malam di rumah kozumi meriah dengan gelak tawa adik-adik dan anak buah kozumi bila bermain bunga api.
Tetapi perbezaan sambutan hari raya dulu dan sekarang amatlah berbeza. Dulu-dulu sewaktu kozumi masih kecil suasana raya sangatlah meriah, berkejar-kejar jugak nak dapatkan duit raya dari jiran-jiran terdekat. Sekarang budak-budak tidak berapa bebas seperti dulu keluar berjalan tanpa ditemani orang dewasa, maklumlah sekarang ini macam-macam kes boleh berlaku, jadi kena-kenalah elakkan.
Pada raya kedua pula sewaktu dulu kozumi semestinya akan berangkat ke kampung belah mak di kuala selangor. Boleh di katakan masa tu setiap tahun akan balik kesana. Tetapi sekarang dah tiada lagi, jadi kozumi rindu juga suasana beraya di kawasan kampung. Kozumi pasti yang pada tahun ini raya keluarga kozumi pasti meriah, lagi-lagi mereka pasti menunggu kepulangan kozumi nanti cewah..haha apa-apa pun semoga raya tahun ini semeriah yang lepas-lepas juga Amin.
Rakan Blogger juga pasti ada pengalaman berbeza Sambutan Hari Raya Dulu dan Sekarang yang boleh dikongsikan.
No related posts.
24 Comments
Vetul tu bro..dulu dan kini banyak bezanya..andai diberi peluang, saya nak lalui suasana hari raya zaman kecik2 dulu..hehe..meriah lebih dari hari ini..
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Masa akan berlalu ke hadapan dan tidak mungkin beralih kebelakang semua..jadi kita haruslah menghayati detik2 kegembiraan ini walaupun untuk budak2 yg masih kecil^^
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Koleksi Facebook Cover Design
sebelumnya taqobbalallahu minna wamingkum untuk denai, jauh sekali perbedaannya ketika saya kecil dengan yang sekarang.
Curahan rasa tips diet aman @ ..Agen herbalife Pekanbaru
berbeza tahun ini beraya di KL..semua keluarga termasuk keluarga mertua beraya di Kelate..
Curahan rasa ema @ ..Beraya sunyi bergaya meriah
kozumi beraya di kl jek…sbb xde kampung 😛 beraya di bandar je la jawapnya^^
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Koleksi Facebook Cover Design
Idul fitri masa kanak-kanak dengan sekarang memang sepertinya jauh berbeda
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Lolos Mengerjakan Psikotes
Yup benar tu…setiap detik yang waktu kanak2 yang kita lalui mungkin takkan berulang kembali, hanya boleh di sambung oleh anak2 kita sahaja nanti^^…
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Koleksi Facebook Cover Design
Dulu saya menerima.. sekarang saya memberi.. 😀
Curahan rasa anif @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri – Masih Belum Terlambat!
Samalah ngan koz…lagi2 bila setiap tahun ada je kedatangan anak buah yang baru :P..jadi kenelah memberi ^^
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Koleksi Facebook Cover Design
Dulu lain sekarang lain, dahulu sekarang dah kawin- s.m.salim
Curahan rasa weschairs @ ..Sembang kosong selepas raya
terlalu banyak beza raya sekarang dan dulu…terlalu banyak
Curahan rasa daddydee @ ..Cara Menggantikan MCB Di Rumah
memang terasa selalu rasa syahdu bila beraya sendirian jauh dari mak dan bapak
Curahan rasa munir ardi @ ..Implementasi METODE PEMBELAJARAN E-LEARNING dalam Kurikulum 2013
Kalau hari raya dulu-dulu memang terasa kemeriahannya,maklumla zaman kanak-kanak,ni bila dah besar merasa juga tapi berlainan sedikit
Curahan rasa wazy @ ..Ketupat Daun Palas
Pada hari Raya saya bawa anak-anak melawat saudara mara supaya mereka kenal. Tidak mahu biasakan mereka mengadap tv dan bermain dengan gajet. Sebagai ibubapa kita boleh mengawal dan membentuk sikap anak-anak.
Curahan rasa akubiomed @ ..Institusi perkahwinan semakin goyah.
Kebiasaan saya dan keluarga berhari raya idul fitri, dari dulu sampai sekarang tak ada perbedaannya
Kanak-kanak kini pun semakin anti sosial bila beraya…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Raya Zaman Sekarang
hmm betul la, kurang puch dah raya la ni..
Curahan rasa Zuan @ ..Komen di Entry Lama – Ketinggian Menjadi Persoalan
memang berbeza raya masa kecik dengan sekarang.. kalau dulu hari raya ke-2 je dah pusing kampung pungut duit raya.. sekarang ni budak2 kg. pulak yang datang pungut duit raya dekat kita.. hehehe.. tapi yg menariknya bila dah kawin dan ada anak.. duit raya anak pulak yang meriah.. hehehe
Curahan rasa myvitrd @ ..MENANGI BAUCER RM1000 DARI PINWHEELS DOT MY
Kozumi ni orang Kuala Selangor rupanya… Tentu seronok dapat menyambut Hari Raya dekat Kuala Selangor… Kawasan kampung yang membangun menjadi sebuah pekan… Perubahan demi perubahan yang berlaku, pasti tidak akan dapat menghilangkan nostalgia yang sekian lama tersemat di minda….
Curahan rasa Anuar @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki…
Comments are closed.