Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam kelas FB ads percuma setiap selasa malam di Akademi Denaihati, saya beritahu student … saya ada
1. email Denaihati yahoo, hotmail, gmail, ymail dll
2. blog Denaihati.com
3. twitter @Denaihati
4. instagram @Denaihati
5. flicker @Denaihati
6. tumblr @Denaihati
7. waze pun @Denaihati
8. google page juga @Denaihati
9. fb page juga @Denaihati (dah like ke?)
10. youtube juga @Denaihati
11. banyak lagi sosial media seperti linked in, blogspot, keek, path, pinterest, smule dan apa sahaja saya guna Denaihati
12. Aplikasi iOS dan Android juga Denaihati (dah upload ke?)
13. terbaru PokemonGo Malaysia pun saya daftar guna nickname Denaihati
Kenapa strategi saya begini, supaya mudah untuk saya buat PENJENAMAAN. Untuk apa penjenamaan atau branding? Itu kena jumpa saya dan mentor yang lain dalam kelas Akademi Denaihati baru boleh cerita. Kelas selasa malam free je.
TERKINI saya daftar fantasy Premier League pun guna nama Denaihati … kepada yg nak join league saya jom Denaihati Network code 2136667-509541. Rancang nak bagi hadiah kepada yang juara diakhir musim. Team feberet saya sudah tentu Arsenal dulu, kini dan selamanya.
Adakah saya suka-suka guna nama Denaihati untuk semua aktiviti siber saya? Orang bisnis cara fikirnya lain untuk jangka masa panjang, yang pasti saya bukan gamer. Perancangan penjenamaan ada kunci kepada kejayaan bisnis yang kita buat. Pemasaran menambah hebat lagi kerancakan bisnis kita. Silap ramai di kalangan kita terlalu fokus kepada pemasaran samada offline atau online sehingga cepat kecewa apabila tiada jualan berlaku.
*tekan button share kalau bermanafaat supaya ilmu berpanjangan
37 Comments
Ohh Fantasy Football trending baru2 ni … patutlah …
Jenama oh jenama, kena bawa jenama dengan baik .. sekali tercalar abis punah semua.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Nak Tahu Buat Duit Youtube? Tonton Video Percuma Ini
saya pun guna nama sama untuk blog dan semua media sosial. kalau lihat blogger luar UK contohnya, mereka buat benda yg sama.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Apa yang Menarik pada Oppo F1S
Tuan Denaihati peminat tegar pasukan Arsenal.. dulu kini dan selamanya.. terbaik!
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran Antarabangsa
hebat sungguh usaha penjenamaan DenaiHati ya. capaian pun makin luas bila buat macam tue kan. moga terus sukses. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Kenapa Berat Badan Naik Ketika Haid?
saya cukup tertarik dengan jenama denaihati..unik dan senang nak ingat,..
lebih bagus juga disinonim dengan online denaihati..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hadiahkan Cinta Buat Lelaki Itu
Banyak boleh belajar dari entri ini. Walaupun ringkas mempunyai maksud yang banyak. Terima kasih tuan Denai hati di atas panduan yang diberikan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
betul tu. entri ni simple tapi banyak mengajar blogger pentingnya penjenamaan blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Apa yang Menarik pada Oppo F1S
Usaha tangga kejayaan. Dari nama-nama ni di pelbagai tempat. Memudahkan denaihati dan team bergerak. Bila nampak denaihati kita dah tahu siapa pemilik nama tersebut. Terbaik cara tersebut.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
Tahniah tuan denaihati dan team. Satu proses penjenamaan yang bagus. Semoga maju jaya lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Indahnya Balik Kampung Musim Buah
Oh… untuk peringatan juga, Denaihati anjurkan giveaway, siapa yang bertuah akan dapat kodi cafe… wah tak sabar nak tengok siapa yang bertuah tu 😀
Ada lagi ke Giveaway ni? Apa syaratnya? Ingatkan dulu Giveaway ni diberikan untuk penulis komen terbanyak pada setiap bulan…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
sepertinya perlu lebih banyak tinggalkan komen di sini… apabila kedudukan yangbaik dalam carta komentar sudah menyusut…
Curahan rasa yangbaik @ ..Pada hari Jumaat
Yurp.. Lepas ni kenalah rajin tulis komen banyak-banyak dekat Blog denaihati ni… Good Luck!
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Wah… segalanya ada Denaihati.
Saya juga mula mengikuti jejak Denaihati sejurus saja dapat ilmu ini.
Antaranya saya ada blog YangBaik, Pinterest YangBaik, gmail YangBaik3 (3 tu.. sebab gmail yang bagi) FB juga yangbaik, twitter juga YangBaik dan lain-lain tak ingat ada juga sudah tidak aktif … akan diaktifkan semula.
Terima kasih kepada Denaihati atas perkongsian ini.
Curahan rasa yangbaik @ ..Pada hari Jumaat
Setakat ni saya rasa tak mampu nak mengikut jejak langkah tuan Denaihati….
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Kalau setakat nak buka akaun boleh… Tapi nak maintain jaga akaun tu supaya sentiasa aktif… Tu yang agak susah bagi saya…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Brand DenaiHati semakin dikenali ramai. Saya pun berusaha untuk membina penjenamaan diri menerusi akaun sosial FB dan Blog.
Curahan rasa Farid Majid @ ..Jatuh Motor 8 Kali
Good Luck! Semoga berjaya membina jenama menerusi media sosial FB dan Blog seperti yang telah dilakukan oleh tuan Denaihati…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Terdapat bermacam-macam akaun media sosial, game, email dan sebagainya yang menggunakan nama Denaihati….
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Mungkin tak termampu saya nak ikut jejak Tuan Denaihati disebabkan saya rasa tak larat untuk memiliki semua akaun-akaun macam tu..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Setengah akaun tu saya ada.. Contoh Twitter, Instagram, Youtube, linkadin dan sebagainya… Tapi rasanya ada dah dekat setahun akaun-akaun ni saya tak login….
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Inilah antara kelemahan saya… Saya cuma aktif bersosial di facebook sahaja… Itupun dalam sehari adalah sekali sahaja…. huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Masa yang saya ada rasanya sangat terbatas dengan urusan kerja, menjaga dan menguruskan persekolahan anak-anak… Disamping update blog satu entri sehari… Dan dapat menulis sekurang-kurangnya satu status terbaru di facebook sekali sehari…..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Rasanya itu pun dah cukup memadai untuk part time blogger seperti saya…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Kerana tuan tidak bersungguh untuk berjaya dalam bisnis sebab tu tiada masa untuk itu semua.
Mungkin juga misi berbeza.
Curahan rasa denaihati @ ..Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
Yurp… Mungkin juga misi kita berbeza…. Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah… Kesan daripada penulisan blog memberi tempias rezeki kepada keluarga saya dan ayah mertua saya…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Sebagai contoh, 2 Homestay yang dikendalikan oleh ayah mertua saya mendapat pengunjung yang datang melalui blog saya….
Curahan rasa Anuar @ ..Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Penjenamaan ini penting dan wajib didaftarkan supaya tidak diambil orang atau dalam kata lain Orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan jenama kita sesuka hati atau menciplak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
kalau bab ini kena baca entri @ https://denaihati.com/usahawan-melayu-jahil-trade-mark-dan-paten
Curahan rasa denaihati @ ..Qurban pembuka kunci pintu rezeki
Bestkan semua atas nama brand kita sendiri. Ini supaya orang akan mudah mengenali kitaa dengan satu jenama saya.
Jenama yang mudah menyenangkan mereka ingati selalu atau masa hadapan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Betul tu. Nama itu penting untuk memudahkan pengguna dan rakan-rakan ingat kepada produk yang kita buat dan pasarkan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
Comments are closed.