Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan Ambiga. Ada yang menganggap beliau sebagai juara demokrasi yang menjadi ketua Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan mungkin Bersih 4.0. Walaubagaimanapun Ambiga menjadi musuh kepada perniaga Kuala Lumpur kerana mengganggu perniagaan setiap kali siri Bersih dianjurkan. Ambiga telah berjaya menjenamakan nama beliau dan Bersih bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di seluruh dunia.
Penjenamaan adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan aktiviti yang kita ingin lakukan. Sebagai blogger apa yang kita boleh belajar daripada penjenamaan yang telah dibuat oleh Ambiga.
1. Kontroversi boleh membantu menaikan nama dengan cepat. Ada beberapa blog yang namanya naik cepat sebagaimana cepat naiknya nama Ambiga dengan melancarkan program krontroversi Bersih. Sebagai blogger sesekali boleh kita selitkan entri kontroversi selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan undang-undang negara.
2. Konsisten dengan aktiviti dan strategi yang telah dirancang. Ambiga tidak kisah dengan apa yang Pemerintah katakan, beliau tetap menganjurkan siri Bersih bermula Bersih 1.0 sehingga yang terbaru Bersih 3.0 sebagai blogger kita pun mesti sentiasa ada aktiviti seperti contest, game, reunion dan sebagainya supaya blog kita tidak dilupakan. Ambiga tidak akan jadi terkenal seperti sekarang kalau hanya menganjurkan Bersih 1.0 sahaja.
3. Sanggup menghadapi ujian seperti Ambiga yang bakal didakwa di makamah kerana melanggar undang Malaysia. Sebagai blogger kita pun mesti sanggup dimarah, dimaki dan dispam dengan berbagai komen negatif kerana bukan semua suka dengan cara kita. Denaihati pun telah disingkir dari senarai Facebook dan Twitter beberapa rakan blogger lama dan ada blogger baru yang buat entri tidak puas hati.
Entri ini bukan untuk menyokong atau membangkang perjuang Ambiga kerana walaupun apa yang aku akan cakap tentang Ambiga beliau dan teman-temannya akan pasti meneruskan perjuangan mereka kerana Malaysiakan negara Demokrasi. Cumalah yang aku kurang syok puak-puak yang katanya memperjuangkan demokrasi ini, demokrasi hanya betul bila sama idea dengan mereka bila berbeza pendapat mampuslah memang kena kutuk teruk.
Kehebatan Ambiga membina dua jenama dalam satu masa iaitu Ambiga dan Bersih. Cara ini agak sukar untuk blog sebagai contok JeJai, armo02 dan Teratakarmo orang yang sama tetapi nama yang berbeza agak sukar dikenali oleh blogger lain dan perlu kerja tiga kali kuat untuk membina jenama. Berbeza dengan Ariffshah yang menggunakan domain, username Twitter dan Facebook yang sama jadi beliau hanya perlu bekerja sekali untuk penjenamaan dan mungkin kerana itu Ariffshah lebih terkenal dan lebih bagus alexa ranking daripada Teratakarmo. Dalam persaingan sengit alexa ranking Malaysia, blog Abangensem dijangka bakal menewaskan blog Teratakarmo kerana Abangensem menggunakan satu username untuk semua berbanding Teratakarmo.
Ketika ngeteh bersama the singing blogger n the geng ada yang mencadangkan aku buat contest, mana-mana blog yang dapat menewaskan alexa ranking Malaysia blog Denaihati dalam tempoh 3 bulan dapat hadiah gadget. Macam bagus je idea ni.
Untuk penjenamaan yang berkesan bagus sangat kalau domain dan username facebook, twitter, foursquare, instagram, linkedin, google plus serta semua akaun sosial media yang ada menggunakan nama yang sama.
Semuga perkongsian aku dengan mengambil contoh Ambiga sebagai cara yang baik untuk kita membina jenama blog kerana penjenamaan adalah KING dalam pemasaran.
Kalau begitu harus diulang lagi pembuatan usernamenya
Entri terbaru Dadan – Kegiatan Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-Muhajirin
Benar sekali, namun tidak ada pernah mengenal kata terlambat untuk kita yang belum melakukan ini semua.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
gunakan kaedah yg betul jangan pula menyalahgunakan fungsi blog… heheheh
Entri terbaru Budak Lanun – Pesanan Bellamy Buat Nazmi Faiz – Dengar Baik-Baik Tu Nazmi
Belajar banyak di sini sahabat
Entri terbaru Blog Keperawatan – Anemia Kurang Darah
mmg agak menyesal gk la mendaftarkan nama g+, FB & twitter dgn nama berbeza di permulaan arena berblogging dulu
Entri terbaru Ekspresi Ruang – Inspirasi Landskap Untuk Taman Perumahan (21 Gambar)
Kalaulah aku seaggresif Ambiga pastinya blog aku nie dah terkenal…huahuahua…
Entri terbaru Budak Lanun – Hujan Juara Versus Dan Zizan Juara Super Spontan
cuma harus kuat saja menghadapi resikonya bro…
Entri terbaru Dadan – DISKON.COM Murah Mudah Fantastis
belum berani untuk membuat postingan yang kontroversi…

Entri terbaru Dadan – Persib Bandung vs Mitra Kukar
adakah akan muncul denaihati 2.0? hehe
haha..boleh kaa gitu?mungkin versi ciplak punya kot.huhu
Entri terbaru Master Zuheir – Akhirnya Aku Dapat Beli Buku “Rich Dad Poor Dad” Robert T.Kiyosaki
Ciplak pun ciplak lah..huhuhua

Entri terbaru Budak Lanun – Hujan Juara Versus Dan Zizan Juara Super Spontan
kalau domain tu susah sikit, kebanyakkan dah ada orang cop dlu..
[...] ranking Malaysia blog Denaihati dalam tempoh 3 bulan dapat hadiah gadget. Macam bagus je idea ni. SumberSaya tertarik dengan salah satu perenggan didalam entri bro Denaihati. Walaupun begitu saya tidak [...]
nice share, terima ksih ilmunya
Entri terbaru catatan google – Konsep Manajemen Sistem Informasi Dan Perkembangannya
masih berusaha ke arah penjenamaan blog.Berakit2 ke hulu berenang2 ketepian

Entri terbaru Shaiful – Pembangkang Mahu PTPTN Dimansuhkan
berakit tu kena pelan2.pastikan rakit tu kukuh untuk perjalan yg jaoh.i mean ur blog kena mantop untuk ke arah penjenamaan blog..sbb perjalanan jaoh lgi.kui3
Entri terbaru Master Zuheir – Akhirnya Aku Dapat Beli Buku “Rich Dad Poor Dad” Robert T.Kiyosaki
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian… betul tak… >.<

Entri terbaru Budak Lanun – Hujan Juara Versus Dan Zizan Juara Super Spontan
rasanya masih perlu belajar banyak saya tetang penjenamaan ini
Entri terbaru smp3lembang – Hasil UN 2012
rasa-rasanya saya juga begitu Bang…

Entri terbaru Dadan – Persib Bandung vs Mitra Kukar
Penjenamaan sesebuah blog amat penting,sama seperti blog Denaihati ni,segala isi yang disampaikan semuanya terbaik
Entri terbaru wazy – Wordless Wednesday #22
ya betul tu mmg terbaek!
Entri terbaru Master Zuheir – Akhirnya Aku Dapat Beli Buku “Rich Dad Poor Dad” Robert T.Kiyosaki
Ya penjenamaan amatlah penting seperti Blog Denai Hati…

Entri terbaru Izzuddin Fauzi – Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. Dre