Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Penjelasan Tuan Guru Hj Hadi Awang maksud pindaan Akta 355 yang sedang panas dibincangkan di Malaysia.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) pada sidang parlimen 6 April 2017 jam 12.40 pm. Rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah.
“Saya berdiri hari ni sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih rakyat untuk bawa rang undang-undang, izinkan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah, dan terima kasih kepada semua yang telah izinkan saya bentangkan usul Akta 355 buat kali ketiga.
“Akta asal ini telah diluluskan 50 tahun yang lalu dan hanya dipinda pada 1985.
“Usul ini yang saya bentangkan pada kali pertama bukan bertujuan untuk wujudkan akta baru seperti digemburkan sesetengah kumpulan tapi meminda akta persekutuan sedia ada.,” katanya.
Hadi berkata pindaan Akta 355 diperlukan bagi memperkasakan mahkamah syariah.
“Pada masa sekarang bidang kuasa jenayah mahkamah syariah adalah sangat terbatas.
“Bidang kuasa mahkamah syariah masih lagi rendah daripada mahkamah majistret.
“Memurtadkan orang hanya boleh didenda RM5,000. Adakah begini rendah nilai akidah Muslim?
“Muslim tidak bertanggungjawab kepada isteri, tinggalkan bertahun-tahun, berpoya-poya berbanding puluhan ribu atau ratusan ribu (hukuman) di mahkamah sivil.
“Di manakah lindungan untuk wanita Muslim?” soalnya.
Hadi menjelaskan bahawa Akta 355 tidak meliputi rompakan atau kesalah mencuri.
Presiden PAS itu berkata penolakan pindaan itu oleh beberapa ahli parlimen adalah tanda yang tidak baik kepada kematangan politik negara.
Hadi menegaskan bahawa ahli parlimen bukan Islam tidak mempunyai hak untuk membantah pindaan itu kerana ia tidak memberi kesan kepada mereka, dan bahawa hanya umat Islam yang boleh dibicarakan di bawah Akta 355.
“Bukan Islam bukan musuh, apatah lagi (mereka) rakyat senegara,” katanya.
Jelasnya, memandangkan skop akta itu yang terhad, kes umpama rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, adalah di bawah bidang kuasa polis.
Hadi berkata hukuman di bawah undang-undang Islam itu bertujuan untuk mendidik, bukan untuk menyeksa.
Beliau kemudian menyebutkan perbezaan antara hukuman sebat di bawah undang-undang Islam dan undang-undang sivil.
“Sebatan dalam Islam bukan sebatan sivil, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tak berat dan tidak ringan,
“(Tangan) tak boleh angkat lebih tinggi dari kepala, tak boleh (hingga) menyiat kulit, tak boleh cederakan, untuk malukan bukan cederakan.
“Kalau orang kurus kalau sebat kena tulang, Rasulullah suruh guna seratus batang ranting dan sebat sekali sahaja.
“Jangan main-main dengan hak orang Islam yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.
Tun Guru Hj Hadi meminta usulnya itu dibahaskan. YB Takiyuddin tampil menyokong usul itu.
Penjelasan RUU355 Abang petik daripada Malaysia kini tanpa ada tokok tambah. Semuga ALLAH permudahkan dan beri hidayah kepada semua yang menentang untuk kebaikan ISLAM.
Amir Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
48 Comments
Semoge kerajaan Malaysia masih bisa terus mempertahankan kekuasaannya dengan tetap menempatkan pondasi Islam dalam setiap aspek kehidupan.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Jasa Penulis Online Pontianak
Saya ikutan berdoa kayak abang saja, ‘Semuga ALLAH permudahkan dan beri hidayah kepada semua yang menentang untuk kebaikan ISLAM”. 🙂
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Romantis Kuna Makuna : Dendam Iblis Seribu Wajah 8 Tamat
Alhamdullillah semoga tanggungjawab kita selesai apabila di soal kelak
amin
Sekurang-kurangnya tuan Guru Hadi sudah menjalankan tugasnya sebagai seorang Muslim. Bagi kita pula hanya perlu menyokong pun susah nak tunaikan
Alhamdulilah usul yang dibentangkan oleh tuan guru Haji Hadi ini sedikit sebanyak boleh menambah baik Rang Undang 2 syariah.
Curahan rasa onlajer @ ..Portable air pump Fast and Furious
Dah sampai masanya kita perkukuhkan undang undang islam di Malaysia
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017
hanya yg faham pendekatan haji hadi dalam berdakwah sahaja yg mampu terus menyokong…ramai yg jenis ganas dalam berdakwah bukan saranan nabi dalam berdakwah
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Restoran Sempadan Maggie Ketam Power Jalan Kebun Masak Di Klang Makan Di Banting
Semoga yang berdakwah benar benar istiqamah dan berkahlak mulia
.
Barulah menarik untuk di lihat orang lain
.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis
moga diberi kelancaran dan kemudahan..pasti ada kemudahan setiap jalan
Curahan rasa icp capsule @ ..Obat herbal untuk pembengkakan pada jantung
in shaa Allah..kita minta kebaikan maka kebaikan juga kita akan dapat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Orang Kaya Nak Bagi Hadiah RM50 Ribu
kite sebagai org islam mesti menyokong ruu ini. kalau bukan org islam sendiri yg menyokong, siapa lg. jazakallah
Takut nak komen pasal ugama sebab saya jahil. Asalkan ia boleh memartabatkan Islam saya pasti sokong. Hukum Allah dah memang sempurna cuma kita yang tak buat.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa Travel
betul kan, saya cuma doakan rakyat negara ini lebih sejahtera dan dapat hidup lebih baik
Curahan rasa raihanah @ ..Cergas dan Bertenaga Untuk Puasa dan Terawih
Negara kita ni banyak peluang untuk belajar agama. Insyaallah, dari kejahilan pun boleh jadi pandai kalau kita luangkan masa dan berkorban masa
Apa yang diharapkan pemerkasaan sistem mahkamah syariah negara yang sedang diusahakan bukan untuk pertingkatkan hukuman melalui akta 355 ini tetapi juga merangkumi aspek lain seperti sistem tangga gaji baru hakim-hakim mahkamah syariah bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa lantaran akan mengadili hukuman maksimum 30 tahun penjara dan denda maksimum RM100000.
Curahan rasa Haidar @ ..Koperasi Wawasan Malaysia – Kowamas Perlis
Denda murtad RM5,000 sahaja maka risaukanlah jika yang murtad itu datang dari darah daging sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..9 Cabaran Pemandu Uber Yang Orang Tak Tahu
Memang rendah sangat kan denda ni. Nampak tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
.
Yang hairannya orang lain pula yang risau
Setiap yang mencadang, pasti ada yang membangkang, tapi yang hairan orang Islam itu sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..9 Cabaran Pemandu Uber Yang Orang Tak Tahu
Syurga dan neraka pun ada 7 lapisan
.
Dunia memang tak adil
.
Sebab ini pentas ujian. Apa yang dilakukan di dunia akan tentukan dimana kedudukan kita
.
Top 7
.
atau bottom 7
Duuh semoga segala rintangan bisa dipermudah segala urusan, sehat sehat selalu dan menjaga kesehatan lebih baik dan utama tah bang.
Curahan rasa Buwel Catur @ ..Obat Buat Bumil Setelah Melahirkan Warisan dari Nenek Moyang
semoga dipermudahkan segala urusan. moga kesulitan yang dihadapi juga dipermudahkan.
JanjiKita
Allah swt tidak memandang hasil
.
Tetapi memandang usaha yang kita lakukan
.
Biarpun gagal tapi balasannya tetp ada
Isu Akta Pindaan RUU 355 ni jika mendapat sokongan dari orang islam sendiri, walaupun hanya dengan sokongan dari belakang (backend support), insyaallah Akta ini akan berjaya dipinda dengan jayanya.
Menjadi lumrah, setiap yang putih, pasti ada yang hitam. Tidak mendapat sokongan dari bukan islam, itu adalah normal pada kita.
Tetapi yang menjadi kurang normalnya adalah bangkangan dan kritikan pedas dari orang islam itu snediri tentang pindaan ini.
Terlalu berat ujian bagi pemimpin politik islam ini dalam memartabatkan syariat dan hukum islam di negara Islam Malaysia ini. Pemimpin lain hanya berkokok umpama riuh sekampung. Tetapi akhirnya kampung tergadai.
Allahu… Moga dilindungi Malaysia ini dari segala bala bencana akibat dari kejahilan rakyat Malaysia sendiri.
Yang hairannya, denda untuk buat kesalahan dalam islam lebih rendah dari denda kesalahan sivil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sebarkan Video Ini Untuk Anda Dapat Komisyen
Yang membantah itu sendiri mengamalkan cara hidup dan ajaran islam ke?
.
Itu sendiri dah jadi kayu ukur dan motif mereka tidak bersetuju
Comments are closed.