Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Penjelasan Tuan Guru Hj Hadi Awang maksud pindaan Akta 355 yang sedang panas dibincangkan di Malaysia.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) pada sidang parlimen 6 April 2017 jam 12.40 pm. Rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah.
“Saya berdiri hari ni sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih rakyat untuk bawa rang undang-undang, izinkan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah, dan terima kasih kepada semua yang telah izinkan saya bentangkan usul Akta 355 buat kali ketiga.
“Akta asal ini telah diluluskan 50 tahun yang lalu dan hanya dipinda pada 1985.
“Usul ini yang saya bentangkan pada kali pertama bukan bertujuan untuk wujudkan akta baru seperti digemburkan sesetengah kumpulan tapi meminda akta persekutuan sedia ada.,” katanya.
Hadi berkata pindaan Akta 355 diperlukan bagi memperkasakan mahkamah syariah.
“Pada masa sekarang bidang kuasa jenayah mahkamah syariah adalah sangat terbatas.
“Bidang kuasa mahkamah syariah masih lagi rendah daripada mahkamah majistret.
“Memurtadkan orang hanya boleh didenda RM5,000. Adakah begini rendah nilai akidah Muslim?
“Muslim tidak bertanggungjawab kepada isteri, tinggalkan bertahun-tahun, berpoya-poya berbanding puluhan ribu atau ratusan ribu (hukuman) di mahkamah sivil.
“Di manakah lindungan untuk wanita Muslim?” soalnya.
Hadi menjelaskan bahawa Akta 355 tidak meliputi rompakan atau kesalah mencuri.
Presiden PAS itu berkata penolakan pindaan itu oleh beberapa ahli parlimen adalah tanda yang tidak baik kepada kematangan politik negara.
Hadi menegaskan bahawa ahli parlimen bukan Islam tidak mempunyai hak untuk membantah pindaan itu kerana ia tidak memberi kesan kepada mereka, dan bahawa hanya umat Islam yang boleh dibicarakan di bawah Akta 355.
“Bukan Islam bukan musuh, apatah lagi (mereka) rakyat senegara,” katanya.
Jelasnya, memandangkan skop akta itu yang terhad, kes umpama rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, adalah di bawah bidang kuasa polis.
Hadi berkata hukuman di bawah undang-undang Islam itu bertujuan untuk mendidik, bukan untuk menyeksa.
Beliau kemudian menyebutkan perbezaan antara hukuman sebat di bawah undang-undang Islam dan undang-undang sivil.
“Sebatan dalam Islam bukan sebatan sivil, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tak berat dan tidak ringan,
“(Tangan) tak boleh angkat lebih tinggi dari kepala, tak boleh (hingga) menyiat kulit, tak boleh cederakan, untuk malukan bukan cederakan.
“Kalau orang kurus kalau sebat kena tulang, Rasulullah suruh guna seratus batang ranting dan sebat sekali sahaja.
“Jangan main-main dengan hak orang Islam yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.
Tun Guru Hj Hadi meminta usulnya itu dibahaskan. YB Takiyuddin tampil menyokong usul itu.
Penjelasan RUU355 Abang petik daripada Malaysia kini tanpa ada tokok tambah. Semuga ALLAH permudahkan dan beri hidayah kepada semua yang menentang untuk kebaikan ISLAM.
Amir Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
48 Comments
Semoga sinar Islam terus menyinari umat Islam di Malaysia ni. Perlembagaan Islam adalah yang terbaik buat umat Islam Malaysia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Limited Offer PWP Enrollment Promotion Shaker 600ml, April 2017 !
Amin
.
Semua ni perlukan perjuangan dan pengorbanan
.
Kalau kita tak sokong siapa lagi nak bela islam
Semoga semuanya dipermudahkan atas urusan pemindaan Akta 355 nanti. Adalah menjadi harapan agar ianya dapat dimuktamadkan dengan segera
Curahan rasa Harga Minyak @ ..Harga Minyak April 2017 Petrol RON95 RON97 Diesel Mingguan Terkini
Semoga urusan pembentangan undang-undang dan pemindahan akta ini dipermudahkan dan mendapat sokongan dari semua pihak .. Amin…
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Bagaimana Hendak Menjadi ” Good Leader “
Nak dapat sokongan semua memang mustahill
.
Dapat udi majoriti pun dah cukup baik
Harap-harap isu RUU355 ni akan cepat dimuktamadkan. Apabila dibahaskan, pasti ada yang setuju dan ada yang tak setuju dengan sebab. Itulah negara demokrasi.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Cara main game sambil buat duit online
Kalau ikut neraca demokrasi memang susah nak menang
.
Sebab negara kita berbilang kaum
.
Bangsa lain pula kurang faham dan ini yang menimbulkan salah faham
Semoga semuanya berjalan lancar nanti.. dan permudahkan semua urusan tuan guru haji hadi nanti..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Perak – Koperasi Wawasan Malaysia Berhad
Kadang-kadang bingung dengan politik ni.. Kenapa balik-balik ditangguh dalam parlimen…
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..King Coco Jana Pendapatan RM20,000 Sebulan
mengenai hal sebatan tu. ada benarnya juga. kalau kita lihat pada hukuman sebat, ada yang sampai pengsan pun ada. bukanlah menyebelahi mana-mana pihak, tapi ada benarnya ayat mendidik bukan menyeksa.
http://powersofman.blogspot.my/
Curahan rasa MrEjoy @ ..Nak tahu bagaimana cara nak jadi usahawan sambilan dan membina empayar peniagaan sendiri? Baca ni.
isu yang sangat menarik untuk diperdebatkan….
saya berharap menang atas kebenaran..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Kesilapan Komunikasi Dan Cara Penyelesaian
usahkan undang2 yang manusia pinda, undang2 islam pun kita nak tolak
Curahan rasa nikkhazami @ ..3 Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online
berat topik ni..moga Allah beri hidayah kepada mereka yang menidakkan hukum Allah
Curahan rasa zara @ ..Cara Merawat Sopak Atau Vitiligo Secara Semulajadi
Sudah lebih 30 tahun akta ini tidak disemak. Bagus usaha ini. Sekurang-kurangnya Mahkamah Syariah akan dipandang setaraf Mahkamah Sivil dan Jenayah, bukan lagi mahkamah ‘second class’ yang membicarakan hal nikah cerai sahaja.
Curahan rasa Azwan @ ..Tips Menang SSP BSN (Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional).
semoga dipermudahkan semua urusan umat Islam. InsyaAllah akan dapat masanya kita dapat menempatkan perundangan Islam ditempat selayaknya
Curahan rasa raihanah @ ..Set Strok Shaklee Sebagai Pelengkap Nutrisi
Adakalanya hairan bila lihat orang islam sendiri menentang hukum islam.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Uber Percuma Untuk Anda
Semoga dipermudahkan urusan pemindaan akta 355 yang smakin lama semakin mencabar.
Curahan rasa Bahrain @ ..Review Movie The Baby Boss Yang Comel
topik ni agak berat sebab membabitkan undang2 islam yang ramai taknak ikut termasuk org islam sendiri
Curahan rasa nikkhazami @ ..3 Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online
Semoga undang2 terbaik mengikut pandangan islam mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
Semoga semua urusan untuk memartabatkan islam di Malaysia terus mendapat bantuan dari Allah SWT
.
Kita kerap menjadi musuh atas sesuatu yang tidak di fahami
.
Kejahilan memang menyesatkan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pendarahan Awal Kehamilan. Cara Elakkan Dari Berlaku?
Comments are closed.