Assalamualaikum dan salam 1 dunia, bila cerita SEO memang tak dapat dipisahkan dengan cerita kata kunci. Ramai Rakan Blogger berebut-rebut menulis kata kunci panas yang pasti akan meningkatkan trafik blog yang mesra SEO. Kali ini kita melihat kata kunci daripada sudut yang berbeza mengikut idea tulisan Eizil tuan punya Eizil.com.
Trafik sudah menjadi salah satu perkara yang memang tidak pernah lari daripada aktiviti blogging, walaupun mungkin ada yang akan menafikan tidak kisah mengenai trafik blog mereka, tetapi apabila ada lambakan trafik dalam satu-satu masa, pasti boleh membuatkan diri sendiri tersenyum. Pasti ramai yang sudah jelas mengenai trafik, bagaimana untuk mendapatkan trafik, cara beretika mahupun tidak, secara percuma mahupun berbayar.
Kali ini sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger yang mungkin masih belum mencuba cara ini, kepada yang sudah mengamalkan, anggaplah ini sebagai ulangkaji dan peringatan sekiranya anda sudah lama tidak menggunakannya. Seperti sedia maklum, kata kunci atau keyword biasanya menjadi mainan rakan-rakan blogger sekalian, mana yang rajin, akan mengejar kata kunci yang hangat di pasaran demi trafik yang bagus di blog masing-masing, namun kata kunci hangat ini biasanya hanya bertahan untuk sesuatu tempoh (bergantung kepada jenis kata kunci), dan apabila sesuatu perkara yang berkait rapat dengan kata kunci tersebut telah berakhir, trafik pun akan merudum dengan jayanya.
Kelebihan mengejar kata kunci hangat ini, ianya memberikan hasil yang hampir serta merta jika dilakukan dengan betul, namun begitu, sekiranya anda tidak pandai mengolah strategi yang baik, mengejar kata kunci hangat ini hanya akan membuatkan anda seperti berlari mengejar kereta Ferrari yang sedang meluncur laju, pastinya anda akan ketinggalan. Selain itu, kebiasaannya kata kunci hangat ini ada mempunyai banyak saingan daripada rakan-rakan blogger yang lain. Oleh yang demikian, kita perlu merancang strategi mengejar kata kunci dengan lebih baik untuk mengelakkan kita daripada membuat sesuatu yang tidak memberi pulangan hasil sebaik yang kita inginkan.
Satu lagi strategi trafik berdasarkan kata kunci yang seringkali diamalkan oleh penulis adalah kata kunci yang tidak hangat. Kata kunci ini kadangkala bermusim dan kadangkala ianya sentiasa dicari setiap masa. Walaupun cariannya tidak sehangat kata kunci sebelum ini, namun disebabkan sentiasa mendapat carian, kata kunci seperti ini menjadi pilihan untuk trafik yang berterusan. Kelebihan lain, kebiasaannya, kata kunci seperti ini tidak mempunyai saingan yang hebat, anda boleh duduk di halaman pertama enjin carian dengan lebih mudah dan pastinya ianya akan memberikan trafik yang berlipat kali ganda berbanding apabila anda cuba bersaing dengan kata kunci yang hangat sebentar tadi.
Kajian kata kunci ini perlu dilakukan dalam tempoh yang agak panjang sekiranya anda baru pertama kali melakukannya, tetapi ada cara mudah yang anda boleh lakukan, contohnya dengan melihat statistik kata kunci yang menyebabkan pelawat hadir ke blog anda. Jika tiada info menarik sebelum ini yang pastinya akan membuatkan pelawat tersebut lari, anda boleh ambil peluang ini untuk menulis artikel berkaitan untuk memastikan pelawat tidak terus lari sejurus selepas melawat blog anda.
Semoga selepas ini anda tidak hanya memberi tumpuan kepada kata kunci hangat, tetapi mengambil peluang juga untuk mendapatkan trafik daripada kata kunci yang tidak mempunyai banyak saingan. Selepas itu pasti anda tidak mengeluh lagi mengenai trafik blog anda. Selamat mencuba
164 Comments
Perkongsian yang sangat berguna untuk blogger baharu macam Pemikir.
Curahan rasa Suara Pemikir @ ..Kalau Allah MAHA Pengampun : Apa Perlunya Neraka…?
Terima kasih di atas perkongsian yang bermakna ini. saya memang tidak ada knowledge tentang SEO dan keyword sehebat kereta ferrari
Curahan rasa fmtt @ ..Katil dan tilam
apa kata kalau tuan bg satu contoh keyword yg hot skg ni? kalo ade contoh, lagi terang hati kami ni..hehehe
Tengok sini ==>> Musim Mengawan Datang Lagi
Curahan rasa syamil @ ..Keputusan Malaysia Lawan Bangladesh
terima kasih. sangat membantu.
Curahan rasa santai leeza @ ..Sejarah Berulang Untuk Skuad Harimau Malaya
saya setuju dgn tuan. kata kunci memainkan peranan penting dlm SEO. tp yg penting skali adalah niat utk berkongsi ilmu, insyaAllah trafik akan dijana.
Curahan rasa drsir @ ..MPW 1133 – Kesatuan Malaya (Malayan Union)
Byk org yang suka guna tektik ni.. cuma adehh payah betul bila ramai guna tektik ni. Blog kawe pon bukan power mana. So kawe rasa better enjoy menulis aje he he.. Still good advise bro. Tqvm.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Anonymous Attack On Israel Land
terima kasih atas perkongsian ini… nanti saya nak cuba pratikkan..
Curahan rasa man @ ..Running Man Ep 119 English Subs
terima kasih sekali lagi bro.. tips dan nasihat yg amat baik saya dapat kat sini…
Curahan rasa potia casadelarossa @ ..Video Bebola Api Merentasi Laut Alabama
masih belajar dan terus belajar 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Pierre Andre sumber hidayah umat di ASK 2012
masih bertatih dgn teknik2 jana trafik..
apa2 pun info ni sgt2 berguna.
Curahan rasa akhil @ ..Program Penerapan Semester 3 Diploma Dihentikan
Terima kasih di atas perkongsian info.. Dengan sedikit kemahiran SEO yang saya ada, telah membantu saya memperolehi trafik secara percuma untuk beberapa Keyword.. kata orang bolehlah nak cari makan sikit-sikit melalui penulisan blog.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Konsep Berkongsi Rezeki Dengan Tetamu
teringin juga nak dptkn keyword..
Curahan rasa anisa @ ..Hadiah dari KOREA dah sampai
Ya. ingin sekali letakkan web saya di tangga awal dapat kata kunci yg jadi popular.. gold
Comments are closed.