Pengurusan laman blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Eizil tuan punya blog Eizil.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Eizil adalah Blogger hebat yang mencipta plugin Waktu Solat yang insyallah akan melancarkan waktu solat dunia tidak lama lagi. Ini adalah penulisan pertama beliau di blog Denaihati dan semuga bukan yang terakhir. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :

Pada zaman serba moden ini, ramai yang menjadikan aktiviti atas talian sebagai punca pencarian rezeki untuk menampung keperluan kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti yang dilakukan, antaranya jualan terus melalui internet, menyediakan servis atas talian dan tidak dilupakan menjadi penulis blog.

Ramai yang menjadi penulis blog sepenuh masa sekarang ini, perkara yang dianggap janggal beberapa tahun lepas, sudah mula boleh diterima oleh ramai pihak. Kerjaya yang boleh dilakukan di mana sahaja ini menjadi pilihan ramai orang, kerana kebebasan untuk melakukan kerja walau di mana mereka berada. Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi kadangkala melebihi apa yang diterima semasa bekerja di mana-mana syarikat sebelum ini.

Namun begitu, sejauh mana kita menjaga kerjaya sebagai seorang penulis blog. Adakah kita telah mempersiapkan segala keperluan dan insuran keselamatan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku? Jika kita seorang penulis blog, pastikan laman sesawang tempat kita menulis adalah aset penting untuk memastikan pendapatan kita terus masuk tanpa sebarang gangguan. Tetapi berapa ramai antara kita yang mengambil langkah untuk memastikan laman sesawang kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik?

Menyediakan backup laman sesawang

Ramai yang seringkali bergantung sepenuhnya kepada pihak penyedia perkhidmatan hosting untuk membuat backup laman sesawang kita, kita lepas tangan dan membiarkan semuanya ditangan pihak tersebut. Apabila sesuatu yang diluar kawalan berlaku, ramai yang merungut, menuding jari ke sana sini, walaupun keadaan tersebut sebenarnya ada berkait rapat dengan cara kita menguruskan aset kita.

Lakukanlah backup secara kerap, cuba sediakan jadual untuk kita melakukan backup sendiri, mungkin seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali jika kita terlalu sibuk. Ini adalah backup secara keseluruhan, termasuk fail-fail yang kita gunakan. Kepada pengguna WordPress, ada banyak plugin-plugin yang boleh menguruskan backup database secara automatik, dan backup tersebut akan dihantar terus ke email kita.

Keselamatan laman sesawang

Seterusnya isu keselamatan pula, anggap blog ini sebagai pejabat atau kedai tempat kita mencari mata pencarian. Jika ianya pejabat ataupun kedai, pasti kita akan meletakkan mangga, gril keselamatan, alat penggera, dan pelbagai lagi untuk memastikan tiada kecurian yang berlaku. Namun begitu, tidak ramai yang melakukan perkara yang sama untuk blog mereka. Kenapa mengabaikan perkara ini? Adakah kita menganggap kerana laman sesawang kita berada atas talian, kita tidak memerlukan semua perkara tersebut? Fikirkan semula.

Banyak penyedia perkhidmatan keselamatan untuk laman sesawang, anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal untuk memastikan semua yang berada dalam laman sesawang anda dalam keadaan yang teratur dan selamat. Ambil langkah awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, usahlah menunggu untuk terhantuk, baru hendak tengadah.


Spread the love

129 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!