Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Eizil tuan punya blog Eizil.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Eizil adalah Blogger hebat yang mencipta plugin Waktu Solat yang insyallah akan melancarkan waktu solat dunia tidak lama lagi. Ini adalah penulisan pertama beliau di blog Denaihati dan semuga bukan yang terakhir. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :
Pada zaman serba moden ini, ramai yang menjadikan aktiviti atas talian sebagai punca pencarian rezeki untuk menampung keperluan kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti yang dilakukan, antaranya jualan terus melalui internet, menyediakan servis atas talian dan tidak dilupakan menjadi penulis blog.
Ramai yang menjadi penulis blog sepenuh masa sekarang ini, perkara yang dianggap janggal beberapa tahun lepas, sudah mula boleh diterima oleh ramai pihak. Kerjaya yang boleh dilakukan di mana sahaja ini menjadi pilihan ramai orang, kerana kebebasan untuk melakukan kerja walau di mana mereka berada. Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi kadangkala melebihi apa yang diterima semasa bekerja di mana-mana syarikat sebelum ini.
Namun begitu, sejauh mana kita menjaga kerjaya sebagai seorang penulis blog. Adakah kita telah mempersiapkan segala keperluan dan insuran keselamatan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku? Jika kita seorang penulis blog, pastikan laman sesawang tempat kita menulis adalah aset penting untuk memastikan pendapatan kita terus masuk tanpa sebarang gangguan. Tetapi berapa ramai antara kita yang mengambil langkah untuk memastikan laman sesawang kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik?
Menyediakan backup laman sesawang
Ramai yang seringkali bergantung sepenuhnya kepada pihak penyedia perkhidmatan hosting untuk membuat backup laman sesawang kita, kita lepas tangan dan membiarkan semuanya ditangan pihak tersebut. Apabila sesuatu yang diluar kawalan berlaku, ramai yang merungut, menuding jari ke sana sini, walaupun keadaan tersebut sebenarnya ada berkait rapat dengan cara kita menguruskan aset kita.
Lakukanlah backup secara kerap, cuba sediakan jadual untuk kita melakukan backup sendiri, mungkin seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali jika kita terlalu sibuk. Ini adalah backup secara keseluruhan, termasuk fail-fail yang kita gunakan. Kepada pengguna WordPress, ada banyak plugin-plugin yang boleh menguruskan backup database secara automatik, dan backup tersebut akan dihantar terus ke email kita.
Keselamatan laman sesawang
Seterusnya isu keselamatan pula, anggap blog ini sebagai pejabat atau kedai tempat kita mencari mata pencarian. Jika ianya pejabat ataupun kedai, pasti kita akan meletakkan mangga, gril keselamatan, alat penggera, dan pelbagai lagi untuk memastikan tiada kecurian yang berlaku. Namun begitu, tidak ramai yang melakukan perkara yang sama untuk blog mereka. Kenapa mengabaikan perkara ini? Adakah kita menganggap kerana laman sesawang kita berada atas talian, kita tidak memerlukan semua perkara tersebut? Fikirkan semula.
Banyak penyedia perkhidmatan keselamatan untuk laman sesawang, anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal untuk memastikan semua yang berada dalam laman sesawang anda dalam keadaan yang teratur dan selamat. Ambil langkah awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, usahlah menunggu untuk terhantuk, baru hendak tengadah.
129 Comments
Salam.
Saya mulai sadar dengan salah satu kalimat anda, “lakukan back up secara kerap” jujur hal2 seperti ini yang belum pernah saya lakukan untuk blog saya. Terimakasih
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
sama dengan saya Mas, saya lakukan backup kalau mau ganti template saja…hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Dapat Ilmu Backlink dari Denaihati
Menjadi seorang full-time blogger alias menggantungkan penghasilan hidup lewat aktivitas blogging, mungkin sering dijadikan cita-cita oleh sebagian besar blogger.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liverpool Vs Chelsea | Final Piala FA 2012
Selain yang paling utama karena faktor uang, perihal kebebasan waktu juga tak sedikit didaulat untuk menjadi primadona.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liverpool Vs Chelsea | Final Piala FA 2012
Siapapun pasti menginginkan bebas secara finansial, juga bebas menentukan waktu kerja dan waktu luang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liverpool Vs Chelsea | Final Piala FA 2012
Hal yang mudah di ucapkan namun terkadang sulit untuk dilakukan itulah “Fokus”. Dengan Fokus disalah satu bidang yang kita minati, maka akan membentuk karekteristik blog kita.
Karakteristik itulah yang menjadi daya tarik pengunjung.
Selain itu, fokus membuat kita menjadi konsisten untuk menulis artikel yang memang menjadi kapasitas kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liverpool Vs Chelsea | Final Piala FA 2012
saya belum bisa fokus Bang…
Curahan rasa Dadan @ ..Dapat Ilmu Backlink dari Denaihati
terlalu banyak yang digeluti….
Curahan rasa Dadan @ ..Dapat Ilmu Backlink dari Denaihati
terima kasih atas perkongsian
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Review Album – Terukir Di Bintang by Yuna Zarai
Bagaimana agar blog tidak kena hack DH
Curahan rasa asyiqin @ ..3 Kali Perlindungan Pru Multiple Crisis Cover
Maaf, apa blog bisa kena hack? maklum pemula…
Curahan rasa Dadan @ ..MEMBACA, Kunci Sukses Seorang Blogger
Blog bisa aja kena hack dan sudah banyak yang terkena
saya kira hanya facebook aja yang bisa kena hack
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja Guru Sekolah Islam Al Azhar Yogyakarta
hehehe, Mas Dadan bisa aja, Sukses dech buat Kang Dadan.
Curahan rasa salsabila @ ..Best Perfumes For Women
Bisa banget mas, karena semua dunia online bisa terkena Hack.
Curahan rasa salsabila @ ..Best Perfume For Men
thnz 4 sharing….
Curahan rasa Syapit @ ..NoTes HuJUnG sEm BuAt TeMaN2 kUh…
kena backup apa pun post…tkut2 tiba2 kena hack..aduih..susah tu.. hehe
thanks for sharing..
backup memang penting..takut apa yang dh dikarang n buat hilang camtu saja..
Curahan rasa eiji @ ..A Year Ago..(Part 1)
sesetengah penyedia hosting ada menyediakan perkhidmatan tambahan iaitu security shield yang mana ia tidak akan mendedahkan siapa pemilik domain tersebut melainkan melalui penyedia hosting sendiri. penyedia hosting juga akan menghantar security update file terutama blog berasaskan wordpress supaya pemilik blog dapat mengupdate security file tersebut demi keselamatan blog..
Curahan rasa Syarih @ ..Air Kelapa Muda Lazat Dan Berkhasiat.
lepas kena hacked baru aku sedar walaupun blog kita tak hebat pun, hacker turut berminat..huhu
Curahan rasa blackrosehunter @ ..3 Punca Utama Kemalangan Jalan Raya
Hack memang tidak mengenal apa itu blog masih pemula atau pun blog hebat sekalipun.
Curahan rasa salsabila @ ..Best Perfume For Men
backup sangat penting.. pihak hosting juga ada menyediakan option backup..
dari aspek security, jaminan pihak hosting sangat memainkan peranan walaupun security ini adalah subjektif ..kadang2 walaupun rumah kita di grill sangat mudah utk pecah masuk cuma melengahkan sedikit masa utk pencuri nak masuk
Curahan rasa ciksembang @ ..Apa makna nike sebenarnya ?
jika blog kita masih baru mudah untuk kita backup tetapi jika blog kita sudah lama maka capasity nya sudah besar ia perlu di teliti semula…
Curahan rasa Syarih @ ..Air Kelapa Muda Lazat Dan Berkhasiat.
Comments are closed.