Pengsan Terkulai Tidak Bermaya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kira-kira dua tahun lepas ketika aku dan rombongan bertunang adik bongsu menuju ke Ipoh kami berhenti di perhentian Jejantas Sungai Buluh kerana adik perempuan turun darah. Setelah berbincang keputusan diambil untuk aku bawa adik perempuan ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dan yang lain meneruskan perjalanan ke Ipoh. Sampai di hospital ketika menunggu rawatan tiba-tiba adik pengsan terkulai tidak bermaya, syukur aku sempat memeluk kalau tidak pasti jatuh tersungkur ke lantai. Memang panik sebab pertama kali melalui pengalaman seperti ini, adik terus tak sedarkan diri walaupun dipanggil nama beberapa kali lansung tak respond. Alhamdulillah selepas beberapa hari adik dibenarkan keluar hospital.

Pengalaman yang sama berlaku lagi tetapi kali ini giliran isteri. Sedang sibuk mengajar anak yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester tiba-tiba dia kata pening dan terus pengsan terkulai tidak bermaya tertiarap di pangku anak. Hikmah disebalik kejadian pertama, kali ini aku tidak sepanik dulu dapat mengawal keadaan dengan baik. Isteri memang ada masalah kurang darah yang agak kritikal tetapi susah nak bawa ke hospital. Alhamdulillah selepas empat jam isteri sudah boleh bagun dan ini menjadi sebab kuat untuk boleh bawa ke hospital.

Hospital Pakar Annur

Selepas pemeriksaan doktor isteri dimasukan ke wad di Hospital Pakar Annur, Bangi dan perlu dimasukan darah sebanyak 2 pints. Alhamdulillah berkat doa tuk guru, ustaz dan kawan-kawan di Malaysia, Indonesia dan Mekah semua berjalan lancar. Darah yang biasanya sampai selepas isyak sampai awal selepas asar dan paling bersyukur tiada reaksi negatif antara darah penderma dan tubuh isteri. Semuga darah yang diperolehi dari mereka yang beriman dan menjadi asbab untuk meningkatkan iman dan taqwa.

Terima kasih kepada keluarga yang bersedia untuk mendermakan darah jika diperluakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua keluarga dan sahabat dari jauh dan dekat yang sudi menziarahi dan tidak putus-putus bertanya kabar melalui sms dan whatsapp. Semuga ALLAH SWT membalas KEBAIKAN kepada setiap doa yang dititipkan kepada isteri. Bila dah sakit barulah dapat merasai nikmat sihat kerana itu kita perlu sentiasa menjaga kesihatan sebelum sakit.

Nota : Ada terjumpa Mawi depan hospital. Adakah Cahaya Malaika (ni nama anak mawi, nak tengok gambar anak mawi klik lah link ni) dilahirkan di Hospital Pakar Annur?


Spread the love

102 Comments

  1. kurang darah memang banyak terjadi pd kita.. abil bayam
    merah + buah2an warna merah sgt baik.. makan kerang juga dapat menambakan darah namun sebenarnya tidak digalakan kerana kerang juga mengundang penyakit kanser…
    Curahan rasa nurmisnan @ ..Bertanyalah pada AL QURANMy Profile

    1. kakyong pun tak suka makan kerang… dulu muda2 dah byk meratah.. la ni kalo makan, jadi camana tah… huhuuu…

      masa mengandung dulu selalu dipesan oleh misi supaya banyak makan kerang utk tambahkan darah.. tp kira ok lah juga.. sbb hb kakyong dlm paras 10-11, yg below 10 tu yg harus selalu waspada…
      Curahan rasa kakyong @ ..Fenomena Cheezy magic…My Profile

      1. zie mmg ada masalah kurang darah… masa pregnantkan ALya dulu, hampir2 nak dimasukkan darah jgk… tp usaha makan kerang dan lain2 yg disyorkan doktor.. Ok jgk sikit.. tp masih jgk dlm pemantauan doktor sampai bersalin… Untuk bakal adik Alya ni, tak pergi checkup pun lagi.. Harap masalah anemia ni tak ada la… Amin…
        Curahan rasa zie fauzi @ ..Kes Mengidam : Asam Laksa PenangMy Profile

  2. Pernah menderma darah. semoga orang yang menerima darah saya sihat agaknya. dan saya doakan isteri bro sihat selalu. amin

  3. Pernah terfikir nak menderma darah tapi badan pun kurus macam ni tak tau lepas ke x. saya doakan bro dan.keluarga sihat-sihat sahaja

  4. Salam,

    Syukur alhamdulillah wife dah sihat, risau jugak kalau bab kurang darah ni, kena cek selalu takutlah kan nanti pitam kat mana-mana, selalunya time mengandung ada masalah kurang darah ni, apa yang saya tahu kena makan kerang dan vitamin bco kalau tak silap untuk tambahkan bacaan darah tu.

    thanks 4 da link :D, ha’ah kalau tak silap anak mawi di lahirkan di hosp An nur bangi tu.
    Curahan rasa yanmie @ ..Cheesecake Oreo Sedapnye!My Profile

    1. Kurang darah ada banyak sebab antaranya kekurang zat makanan dan paling parah akibat Thalassemia. Alhamdulillah doktor kata kekurangan darah isteri sebab haid yang heavy. Kalau sebab thalassemia semua anak kena buat medical check up.

      Nota : Berkongsi link kan baik untuk meningkatkan baclinks antara blog.

      1. oh alhamdulillah nasib baik bukan sebab Thalassemia, kalau tak anak2 semua kena buat medical check up. tapi kira teruk jugak ler ye disebabkan period yang heavy, tak pernah lagi dengar orang kurang darah disebabkan period heavy, kena beringat gak ni 😛
        Curahan rasa yanmie @ ..Cheesecake Oreo Sedapnye!My Profile

  5. Memang seringkali kita baru menyadari bahwa nikmat sehat yang telah Allah anugerahkan kepada kita tatkala kita sedang diberikan cobaan SAKIT,

    Semoga kita bisa meningkatkan rasa syukur kita akan nikmat sehat ini aamiin.
    Terima kasih sahabat telah berbagi
    Salam persahabatan dari Indonesia
    Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Peran Seorang PerawatMy Profile

      1. Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.

        1. Kemalangan adalah sebuah ujian yang harus dijadikan sebagai kekuatan yang bernilai bukan kelemahan yang akan membuat hidup kita semakin terpuruk.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!