Pengalaman Test Drive Honda HRV

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

sudah pasti ramai yang tahu akan jenama Honda. Banyak model dan generasi demi generasi telah dilahirkan di jalanraya oleh syarikat Honda. Sebelum ini blog Denaihati telah berpeluang untuk review Honda Insight dan Honda Jazz Hybrid.

Kali ini, penulis ingin berkongsikan pengalaman memandu Honda HRV. Tahu tak yang HRV bermaksud Hi-rider Revolutionary Vehicle.

hrv-dark-ruby-red-pearl

Spesifikasi Luaran HRV

Syarikat Honda Malaysia telah mengumumkan pengenalan Dark Ruby Red Pearl ke dalam barisan warna HR-V. Selain warna Dark Ruby Red Pearl, HR-V turut menerima rekabentuk luaran terutamanya rekabentuk baru 17 ” roda untuk semua varian yang akan meningkatkan dinamik HR-V.

Dengan rekabentuk luaran ini, ia sudah pasti menambat hati ramai golongan muda dan juga keluarga. Lihat saja bentuk luaran yang kelihatan padu.

Ada sesetengah orang yang melihat Honda HRV ini kenderaan dua pintu, tetapi sebenarnya mempunyai empat pintu. Bagi varian V Honda HR-V 1.8L, ia menggunakan lampu LED dan lampu halogen bagi varian S dan E.

honda-hrv-wheel
Tayar Rim 17, 215/55 R17
honda-hrv-pandangan-hadapan
Pandangan Hadapan Honda HRV
honda-hrv-pandangan-belakang
Pandangan Belakang Honda HRV
lampu-depan-honda-hrv
Lampu Hadapan Honda HRV
lampu-belakang-honda-hrv
Lampu Belakang Honda HRV

Spesifikasi Dalaman Honda HRV

HR-V mengekalkan SOHC 1.8L yang enjin i-VTEC. Digabungkan dengan Earth Dreams Technology transmisi boleh laras berterusan (CVT), HR-V dengan Tenaga Kenderaan Cekap (EEV) status, menawarkan prestasi yang cekap bahan api dan satu pemanduan yang lancar.

Ciri-ciri dalaman yang pasti memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pemandu dan penumpang. Push start button dikekalkan, tambahan 2 USB ports, 1 power socket, 7 pemegang cawan, 7” Display Audio, Handsfree telephone steering switch dan penghawa dingin yang lebih lebar.

Butang Auto Brake Hold pula memberikan kemudahan kepada pemandu kerana tidak perlu lagi untuk brek kaki apabila dalam keadaan berhenti atau naik bukit.

honda-hrv-spec
Ciri-Ciri dalaman Honda HRV
honda-hrv-dashboard
Dashboard Honda HRV
econ-button-honda
Eco Button dan VSA
honda-hrv-gear-brake-hold
Brake Hold Button dan Transmisi Automatik
honda-hrv-panel
Konfigurasi secara sentuhan

Ruang Luas

Praktikal kekal satu kelebihan besar untuk HR-V. Melalui Multi-Utility Cargo Space, pelbagai serba boleh konfigurasi tempat duduk belakang dari Mode utiliti, Mode Tall kepada Mode panjang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan semua gaya hidup dan kegunaan. Kemudahan untuk pengalaman pemanduan yang lancar disediakan untuk semua varian.

Penulis melihat Honda HRV ini sesuai juga untuk keluarga yang ingin pergi melancong dalam jarak jauh. Mereka yang mempunyai banyak barang untuk dibawa dan keselesaan terasa apabila memandu jauh.

honda-hrv-boot
Ruang luas but belakang Honda HRV
honda-hrv-front
GoPro view dari Dashboard Honda HRV

Harga dan Ciri Keselamatan

Bagi Honda HRV, ia merupakan nilai terbaik dengan harga bermula RM102,200 bagi Varian S, RM111,800 untuk varias E dan RM122,200 bagi varian V. Selain itu, bagi Honda HRV ia mempunyai jaminan 5 tahun dengan perbatuan tanpa had iaitu 6 perkhidmatan percuma ganti dengan servis berbayar sehingga 100,000km dan 10,000 Penyelenggaraan Pencegahan Interval tertakluk kepada terma dan syarat.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Honda dan semua varian 3 HR-V mempunyai penarafan 5-Bintang NCAP ASEAN. Sasaran jualan untuk HR-V adalah 1,500 unit sebulan dan Honda Malaysia yakin bahawa Dark Ruby Red Pearl HR-V akan diterima baik oleh rakyat Malaysia.

harga-honda-hrv
Harga Honda HRV
honda-hrv-safety
Ciri Keselamatan Honda HRV

VSA (Vehicle Stability Assist) – Sistem keselamatan ini bertindak untuk membantu mengawal kenderaan daripada hilang kawalan akibat kereta berada dalam keadaan tak stabil. Contohnya semasa kereta dipandu laju di jalan selekoh yang licin, kebiasaannya kenderaan akan mudah hilang kawalan dan terbabas.

Dengan adanya sistem VSA, ia akan bertidak dengan mengenakan brek secara automatik serta fungsi Electronic Power Steering (EPS) membantu mengurangkan putaran stereng dan secara tak langsung membuatkan kenderaan berada dalam keadaan stabil.

test-drive-hrv
Gegaran tidak terasa untuk pemanduan yang lancar

Penulis sempat menguji beberapa keadaan semasa memandu di lebuhraya Utara Selatan dan melalui beberapa keadaan seperti laluan lurus, laluan berbukit dan juga laluan sesak di bandaraya.

Ternyata keselesaan dan keselamatan terasa apabila memandu Honda HRV ini.

honda-blogger

Segera rasai kelainan Dark Ruby Red Pearl pada HR-V di mana-mana bilik pameran Honda di seluruh negara hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my


Spread the love

27 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!