Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
sudah pasti ramai yang tahu akan jenama Honda. Banyak model dan generasi demi generasi telah dilahirkan di jalanraya oleh syarikat Honda. Sebelum ini blog Denaihati telah berpeluang untuk review Honda Insight dan Honda Jazz Hybrid.
Kali ini, penulis ingin berkongsikan pengalaman memandu Honda HRV. Tahu tak yang HRV bermaksud Hi-rider Revolutionary Vehicle.
Spesifikasi Luaran HRV
Syarikat Honda Malaysia telah mengumumkan pengenalan Dark Ruby Red Pearl ke dalam barisan warna HR-V. Selain warna Dark Ruby Red Pearl, HR-V turut menerima rekabentuk luaran terutamanya rekabentuk baru 17 ” roda untuk semua varian yang akan meningkatkan dinamik HR-V.
Dengan rekabentuk luaran ini, ia sudah pasti menambat hati ramai golongan muda dan juga keluarga. Lihat saja bentuk luaran yang kelihatan padu.
Ada sesetengah orang yang melihat Honda HRV ini kenderaan dua pintu, tetapi sebenarnya mempunyai empat pintu. Bagi varian V Honda HR-V 1.8L, ia menggunakan lampu LED dan lampu halogen bagi varian S dan E.
Spesifikasi Dalaman Honda HRV
HR-V mengekalkan SOHC 1.8L yang enjin i-VTEC. Digabungkan dengan Earth Dreams Technology transmisi boleh laras berterusan (CVT), HR-V dengan Tenaga Kenderaan Cekap (EEV) status, menawarkan prestasi yang cekap bahan api dan satu pemanduan yang lancar.
Ciri-ciri dalaman yang pasti memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pemandu dan penumpang. Push start button dikekalkan, tambahan 2 USB ports, 1 power socket, 7 pemegang cawan, 7” Display Audio, Handsfree telephone steering switch dan penghawa dingin yang lebih lebar.
Butang Auto Brake Hold pula memberikan kemudahan kepada pemandu kerana tidak perlu lagi untuk brek kaki apabila dalam keadaan berhenti atau naik bukit.
Ruang Luas
Praktikal kekal satu kelebihan besar untuk HR-V. Melalui Multi-Utility Cargo Space, pelbagai serba boleh konfigurasi tempat duduk belakang dari Mode utiliti, Mode Tall kepada Mode panjang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan semua gaya hidup dan kegunaan. Kemudahan untuk pengalaman pemanduan yang lancar disediakan untuk semua varian.
Penulis melihat Honda HRV ini sesuai juga untuk keluarga yang ingin pergi melancong dalam jarak jauh. Mereka yang mempunyai banyak barang untuk dibawa dan keselesaan terasa apabila memandu jauh.
Harga dan Ciri Keselamatan
Bagi Honda HRV, ia merupakan nilai terbaik dengan harga bermula RM102,200 bagi Varian S, RM111,800 untuk varias E dan RM122,200 bagi varian V. Selain itu, bagi Honda HRV ia mempunyai jaminan 5 tahun dengan perbatuan tanpa had iaitu 6 perkhidmatan percuma ganti dengan servis berbayar sehingga 100,000km dan 10,000 Penyelenggaraan Pencegahan Interval tertakluk kepada terma dan syarat.
Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Honda dan semua varian 3 HR-V mempunyai penarafan 5-Bintang NCAP ASEAN. Sasaran jualan untuk HR-V adalah 1,500 unit sebulan dan Honda Malaysia yakin bahawa Dark Ruby Red Pearl HR-V akan diterima baik oleh rakyat Malaysia.
VSA (Vehicle Stability Assist) – Sistem keselamatan ini bertindak untuk membantu mengawal kenderaan daripada hilang kawalan akibat kereta berada dalam keadaan tak stabil. Contohnya semasa kereta dipandu laju di jalan selekoh yang licin, kebiasaannya kenderaan akan mudah hilang kawalan dan terbabas.
Dengan adanya sistem VSA, ia akan bertidak dengan mengenakan brek secara automatik serta fungsi Electronic Power Steering (EPS) membantu mengurangkan putaran stereng dan secara tak langsung membuatkan kenderaan berada dalam keadaan stabil.
Penulis sempat menguji beberapa keadaan semasa memandu di lebuhraya Utara Selatan dan melalui beberapa keadaan seperti laluan lurus, laluan berbukit dan juga laluan sesak di bandaraya.
Ternyata keselesaan dan keselamatan terasa apabila memandu Honda HRV ini.
Segera rasai kelainan Dark Ruby Red Pearl pada HR-V di mana-mana bilik pameran Honda di seluruh negara hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my
27 Comments
Idaman kebanyakkan lelaki malaysia adalah memiliki honda model baru. betul atau salah?
Curahan rasa Firdaus @ ..AFF Suzuki Cup 2016 Semi Final Without Singapore and Malaysia
bestnya dapat test drive.. saya berkenan betul dengan hrv ni.. poket je yg tak berkenan..hihu..
jemput singgah blogshop saya, boleh intai2 instant shawl, blouse.. 🙂
http://mymodestycloset.blogspot.my/
Memang smart dan cantik HRV nie kan? Ramai peminatnya termasuk saya. Hehe.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengalaman Buang Cyst Semasa Hamil Di Negara Orang | Endometriosis
Cantiknya Honda HRV nie, secantik harganya, hehe.. Boleh dapat cepat tak agaknya?
Ada kawan booking Proton Persona baru, dah sebulan setengah berlalu dari hari dia bayar downpayment, tapi kereta masih belum nampak batang hidung. Bau-bau pun takde lagi, huhu..
Curahan rasa arnie @ ..Nutriferon Penyelamat Anak Sakit Perut Dalam Kapal Terbang
Bab harga tue yang kena berangan dulu dan mula menyimpan dari sekarang. Hehehe..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengalaman Buang Cyst Semasa Hamil Di Negara Orang | Endometriosis
Kena tanya saleman boleh dapat cepat atau tak sebelum order n beri diposit…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
Huh…Honda HR-V…memang memikat jiwa…kalaulah dapat sebuah ni mesti best…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !
Harap2nya pasni ada rezeki pakai HONDA… kete sekarang dah xmuat..huhu..anak 3org da
tahniah dah 3 orang anak, ngam2 lah utk 5 tempat duduk, akan datang bila anak 4 dah tak muat, Honda SUV 7 tempat duduk akan masuk malaysia akan datang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blog adakah masih relevan lagi
Honda tengah buat road show utk model baru kategori crossover, Honda BR-V, 7 tempat duduk.
Curahan rasa Denaihati @ ..Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
dari dulu minat honda….tp tak mampu nak bercinta dgn honda… toyota je mampu… 😊
harga toyota dan honda dlm kelas dan varian yg hampir2 sama lebih kurang atau tak banyak beza.
Curahan rasa Denaihati @ ..Zarul Umbrella mengegar Gegar Vaganza 3
Memang best berpeluang pandu uji Honda HRV. Simpan hasrat mudah-mudahan tercapai tujuan suatu hari nanti.
muat berapa orang ni? saya anak ramai. huhu tapi harga tu memang wow lah
Curahan rasa raihanah @ ..Kesihatan Payudara: Kanser dan Pencegahan
5 tempat duduk, kalau anak ramai tunggulah Honda BR-V pulak, 7 tempat duduk.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
Honda HRV ni memang best….memang besar dan pemandangan yang selesa sebab kereta ni tinggi….pemanduan kereta di kawasan bukit pun rasa best….
Curahan rasa asraff @ ..Datuk Sado di China Berumur 72 Tahun Masih Cergas Bersenam
nampak best dan mewah kan HRV ni. tapi hati masih suka dengan civic baru. hehehe
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang.
Honda civic baru memang cantik, cuma klass yg berbeza, geram juga dgn enjin baru 1.5 turbo tu…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan
Pergghhh.. tergoda tengok hrv nie.. design luar dan dalam memang high class.. terbaik
Curahan rasa Amin Hakim @ ..Cara Berkesan Merawat Eczema Kering Secara Semulajadi
wow wiii!! honda memang berada dalam kelas tersendiri.
cantik betul HRV…harga pun cantik 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Bila Astro Telefon
Ya betul.. cantik design honda HRV ni.. saya suka tengok.. tapi nak beli rasa tak mampu..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Spesifikasi honda hrv ni memang best.. tip top.. sesuai dengan harganya..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Salah satu kereta impian saya ialah Honda HR-V, nampak besar dan selesa 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Tuan Ikhwan Fahmi, lepas habis cabaran jualan ebook PTD ni bolehlah angkat satu..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Tentu banyak agihan keuntungan yang bakal tuan Ikhwan Fahmi perolehi selaku pemilik bersama produk tersebut.
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Comments are closed.