Pengalaman menyertai program latihan eUsahawan anjuran MDEC

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pada hujung minggu baru-baru ini, salah seorang team Denaihati Network telah menyertai program latihan Perniagaan Online di bawah program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Program latihan keusahawanan ini disediakan secara percuma lengkap dengan ilmu dan kemudahan seperti makan minum dan tempat latihan yang selesa.

Program Latihan eUsahawan

Jurulatih yang berpengalaman

Program latihan eUsahawan ini dikelolakan oleh jurulatih atau penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran online. Tips dan teknik yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang ini.

Perkongsian latihan dimulakan dengan topik asas perniagaan, bagaimana mengira kos asas, untung rugi dan bagaimana menetapkan harga yang berdaya saing.

Kemudian perkongsian mengenai SWOT analysis untuk persiapan perniagaan yang berdaya saing.

Latihan Pemasaran Digital

Selepas perkongsian mengenai asas perniagaan, kelas disambung dengan teknik mengenalpasti trends semasa. Teknik yang menggunakan tools disediakan oleh pihak Google ini memberikan kita bagaimana potensi pasaran yang ingin kita ceburi.

suasana dalam kelas eUsahawan

Teknik pengiklanan Facebook dikongsikan selepas mengenalpasti trends semasa sesuai dengan perniagaan kita. Banyak teknik-teknik pengurusan dan perancangan menggunakan platform Facebook yang dikongsikan.

Selepas selesai semua pemasaran menggunakan Facebook, teknik membina web dengan mudah juga dikongsikan dalam latihan satu hari ini.

Sememangnya latihan selama satu hari ini memberikan pendedahan secara lengkap bagaimana memulakan pemasaran online.

para peserta selepas kelas eUsahawan

eUsahawan melahirkan usahawan online

Program-program latihan yang disediakan oleh pihak MDEC ini memberikan peluang untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan atau sudah mempunyai perniagaan mikro dan ingin mengembangkan ke tahap yang lebih hebat.

Telah banyak kisah-kisah kejayaan yang telah dikongsikan sebelum ini, semuanya adalah membuktikan program dan latihan yang disediakan oleh pihak MDEC ini benar-benar membantu sesiapa yang ingin memajukan diri dalam bidang perniagaan dan pemasaran online.

Berminat? boleh terus ke halaman Pendaftaran program eUsahawan.


Spread the love

18 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!