Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur akhirnya selesai juga urusan pemohonan online Abang untuk masuk ke Universiti Islam Madinah. Pada mulanya Abang yang baru dapat keputusan STAM 2014 memang tak berapa minat nak pergi UIM kerana ramai rakan-rakannya sambung belajar di Jordan dan Mesir. Setelah berbincang hati ke hati akhirnya Abang setuju untuk melanjutkan pelajaran ke Bumi Madinah terlebih pulak mendapat galakkan dari Ustaz Noehas.
Cara Memohon Masuk ke Universiti Islam Madinah
- Pemohonan mesti dibuat secara online di website rasmi Universiti Islam Madinah.
- Calon mesti lulus peperiksaan SPM dan sijil STAM adalah bonus.
- Dokumen kad pengelanan, surat beranak dan sijil SPM mesti diterjemah ke bahasa arab di Institut Terjemaah & Buku Malaysia beralamat di Wisma Itnm, 2, Jalan 2/27e, Taman Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Proses penterjemahan mengambil masa 3 – 5 hari bekerja tapi kalau nak buat ekspress ada yuran tambahan yang dikenakan. Kami bayar RM250 untuk 3 dokumen. Terima kasih kepada Ustaz Syed Puad yang membantu.
- Borang pemeriksaan kesihatan perlu diambil di Kedutaan Arab Saudi Malaysia beralamat di Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat di hospital yang disenaraikan oleh Kedutaan Arab Saudi. Kami memilih KPJ Selangor kerana ada kenalan. Pemeriksaan kesihatan mengambil masa 7 hari bekerja.
- Perlu mendapatkan dua surat sokongan (tazkiyah) daripada individu atau organisasi yang diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah.
- Dokumen berikut mesti di scan pada format jpg dengan saiz tidak lebih 4 mb. Calon akan ada masalah untuk memuat turun dokumen seperti kami pada awalanya sekiranya dokumen menggunakan format pdf dan file melebihi size 4 mb.
- Kad pengenalan asli
- Kad pengenalan terjemahan arab
- Sijil SPM asli
- Sijil SPM terjemaah arab
- Sijil STAM asli (jika ada)
- Sijil STAM terjemaah arab (jika ada)
- Gambar berukuran passport
- Laporan kesihatan menggunakan borang yang disediakan oleh Kedutaan Arab saudi
- Surat sokongan pertama berbahasa arab
- Surat sokongan kedua berbahasa arab
- Passport calon
- Calon perlu mengisi data peribadi dan data-data lain ke dalam borang pemohonan secara online dalam bahasa arab dan muat masuk semua dokumen yang telah di scan ke dalam borang online tersebut.
- Calon akan mendapat no pemohonon 8 digit setelah semua selesai sebagai no rujukan setiap kali berurusan dengan pihak UIM.
- Calon juga dikehendaki menyerahkan no pemohonan kepada pihak hospital dimana pemeriksaan kesihatan dibuat untuk pihak hospital mengirimkan laporan kesihatan secara online ke Kedutaan Arab Saudi.
- Uruskan pertemuan dengan Sheikh Pengajian untuk interview samada di Madinah atau di Malaysia semasa lawatan beliau ke Malaysia.
- Dapatkan berita pengajian terkini melalui wakil pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah.
- Baca Maklumat dan Syarat Permohonan Belajar Di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi tulisan sahabat aku, Sheikh Mohd Danial dan Wan Muhd Usaid.
Pemohonan Abang untuk ke UIM secara online sudah diuruskan, sekarang nak kena cari informasi bila Sheikh dari UIM akan datang bercuti ke Malaysia. Biasanya ketika musim panas bulan Jun atau Julai. Terima kasih kepada semua yang membantu antaranya Ustaz Noehas, Hj Masrukhin, Ustaz Syed Puad, Eizil, Abang Fuzilan, Haji Azman, Datuk Zainal dan semua yang terlibat. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan dunia akhirat kalian.
Doakan semua calon yang memohon ke UIM dipilih ALLAH untuk menjadi tetamu menyambung pengajian di Bumi Haramain Madinah Al Munawarah. Seterusnya menjadi pejuang-pejuang Islam yang meneruskan pengorbanan Rasulullah SAW untuk manafaat agama dunia akhirat.
50 Comments
Abang semoga akan menjadi pembuka pintu kebaikan kepada banyak orang nantinya setelah belajar di Madinah University
Curahan rasa blogwalking @ ..Kunci-Kunci Kebaikan dan Penutup Kejahatan
Semua orang punya kesempatan, dan kesempatan itu terbuka untuk semua, semoga datang dan menghampiri kesempatan yang baik kepanya. aamiin
Curahan rasa Kuta Bali @ ..Daftar 9 Nama, Alamat Dan Nomor Telepon Guest House Di Kuta Bali
mudah2an cita-cita tersebut tercapai dan dapat menuntut seberapa banyak ilmu untuk manfaat ummah seluruhnya. niat yang baik insyaAllah akan dibukakan jalan ke arahnya.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Tips Memilih Pencuci Muka yang Bagus dan Sesuai dengan Kulit
bercita-cita nak tgk anak lelaki melanjutkan pelajaran ke sana gak..selamat berjaya ‘Abang’ ..jangan hampakan harapan mereka yang menyokong kamu.
Curahan rasa JMR @ ..Taman Burung Kuala Lumpur
Moga cita-cita JMR untuk menghantar anak ke luar negara juga tercapai.Aminnnn
fuhh..
mesti ramai yang nak apply untuk dapat belajar ke universiti nih.
apapun, semoga dapat tawaran tu.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Aliya RINDU ayah ye?
Syukur… Alhamdulillah…
Biah soleh akan menghasilkan orang soleh yang juga boleh membantu orang lain untuk jadi soleh. 🙂
Curahan rasa Syazana Jamaludin @ ..7 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplement. Supplement Bukan Kehendak Tau!
Alhamdulillah. Selamat berjaya buat Abang anakanda tuan Ilham.
Moga cemerlang dan membawa hasil mengharumkan agama dan negara. ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad | Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
semoga anak tuan terus sukses dalam memburu kejayaan dunia dan akhirat..tahniah buat ayahnya ..he..he..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Orang Terkaya Di Korea Selatan
memang seronok kalau dapat belajar di Madinah ini…..peluang macam ni memang tak boleh dilepaskan…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Promosi Jimat Nestle Dilancarkan Selama Sebulan
Rasanya lah kalau lah anak saya yang dapat offer cenggini, mau mamanya nih pun follow skalik…huhuhuhhhhuuu…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif
Moga dipermudahkan urusan pembelajaran anak tuan…Moga mereka menjadi pejuang agama kita..Amiiinnn
Curahan rasa Sani Yunus @ ..Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana
bagaimana dgn yuran nya DH..
ada ke kita boleh apply mana2 sponsor
anyway Tahniah kpd bapa dan anak..
happy for u both..
Ya lah tuan Ilham..boleh cerita sikit kosnya…Nak tahu juga mungkin anak ada peluang peluang belajar kat sana…
Curahan rasa Sani Yunus @ ..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!
Alhamdulillah… sahabat kepada suami saya adalah produk keluaran dari UIM… sekarang dia dah jadi tutor Bahasa Arab di University of London
Curahan rasa linchalo @ ..Ketahui Mengapa Tulang Warga Emas Mudah Patah dan Peroi Walau Terjatuh Dengan Sedikit Sahaja
Semoga Abang dan calon yang lain berjaya dalam menempatkan diri ke Universiti Islam Madinah ya….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Demam Denggi Boleh Membawa Maut
Harap lebih ramai lagi akan ambil peluang untuk sambung belajar di sini.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jom Aktifkan MyKad
Comments are closed.