Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay Melayu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, senyum sengit aku apabila membaca entri Blogger Faizal dengan tajuk yang tak kurang hebat “Pengalaman digoda oleh lelaki Gay“. Kalau nak tahu kisahnya klik jelah pada tajuk tu, memang panjang lebar ceritanya naik seram pulak aku baca. Fenomena lelaki homeseksual ni bukan sekarang sahaja tetapi telah berlaku sejak Nabi Luth sehingga terjadinya Laut Mati di sempadan Jordan dan Palestine yang pernah aku jejaki. Akhir zaman ini semua yang berlaku di zaman Nabi terdahulu telah berlaku kembali.

Aku pun ada pengalaman digoda lelaki Gay Melayu Malaysia. Kisah ini sudah lamu berlaku ketika aku masih bujang, ketika itu bertugas di Taiping. Seperti biasa setiap bulan aku perlu ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk bermesyuarat tu lah susah nya menjadi Ketua Jabatan pada usia muda. Biasanya aku naik bas lewat malam dan sampai di Kuala Lumpur awal pagi dan terus ke lokasi Mesyuarat.

pengalaman digoda lelaki gay

Ada suatu trip bas aku sampai awal, biasalah pemandu bas memandu laju kalau trip malam. Sementara nak menunggu waktu pagi aku berehat disebuah kerusi panjang di luar Pasar Seni sehingga terlena kepenatan. Tiba-tiba aku rasa kaki aku diraba-raba, terkejut katak ingatkan awek mana yang meraba rupanya seorang jejaka. Apa lagi bergegaslah aku bangun terus hilang rasa mengantuk yang amat sangat.

Rupanya mamat Melayu ini seorang gay yang cuba memujuk rayu aku. Ceehh aku lelaki sejati jadi tak berjayalah mamat ini menggoda aku kalau dia goda Abang Ensem atau Eyriqazz mungkinlah. Kami sempat berbual, katanya ramai lelaki gay di Kuala Lumpur. Kebetulan ketika kami berbual di suboh hari beberapa lelaki melintas lalu dan paling mengejutkan bawa yang lalu tadi itu adalah gay.

[box type=”shadow”]Dan (Kami telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). Ingatlah takkala mereka berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang pun (di dunia ini sebelummu)? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. – Surah Al-A’raaf, Ayat 80 – 81

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini![/box]
Bayangkan lah kalau 20 tahun dulu dah ramai gay begaimana sekarang. Lelaki gay atau homeseksual tidak mengira usia, taraf ekonomi, pangkat malah ada ahli politik dalam dan luar negara yang dengan berani mengamalkan kehidupan sebagai seorang gay. Statistik mengamal homeseksual di Malaysia semakin meningkat terutama apabila ada gerakan LGBT yang menggunakan demokrasi sebagai hak kebebasan seksual. Apabila nafsu telah menguasai diri larangan ALLAH sudah tidak diendahkan walaupun dengan jelas wanita dicipta untuk lelaki. Menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup supaya mereka tidak terpesong menjadi lelaki gay.

[box type=”shadow”]Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji (liwat, homoseksual). Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?” – Surah Huud, Ayat 78.

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini![/box]
Golongan lelaki homeseksual boleh bermuka-muka dengan keluarga dan masyarakat tetapi tidak dengan ALLAH. Kalau tidak di dunia pasti di akhirat akan menerima balasan setimpal. Kalau ada pembaca yang terjebak dalam dunia gay aku berdoa semuga ALLAH memberi hidayah untuk bertaubat dan kembali kepada azali kejadian lelaki. Semuga kalian yang tergolong dalam lelaki gay tidak menyesal seperti apa yang telah berlaku kepada Blogger yang menghidap HIV akibat homoseksual yang dikisahkan di blognya “Hidup Mesti Di Teruskan“.

Anda ada ke pengalaman digoda lelaki Gay kalau ada jom kongsi kisah.


Spread the love

160 Comments

  1. ish2, Allah dah bagi cukup sempurna dah, nak jugak jadi Gay, tak tahu nak bersyukur langsung, tak tahu apa nak jadi sekarang ni, banyak perkara yang berlaku pada zaman jahiliah, berlaku sekarang, aku harap mereka ni insaflah sebelum terlambat. dunia dah semakin tua, tunggu masa ja..

  2. Sukar untuk mengenali sama ada lelaki tersebut adalah gay kerana perwatakan mereka biasanya sama sahaja seperti lelaki normal. Ianya tidak seperti pondan atau lesbian yg mudah dikenali. Namun begitu…seperti kata tuan…sesama manusia mungkin boleh berselindung tetapi tidak dgn Allah SWT.
    Semoga mereka semua ini diberi petunjuk dan hidayah agar sempat bertaubat, amiin…

    1. Tak de pula pengalaman seperti ini, mungkin sebab PG kan perempuan. Tapi apa pun, moga mereka yang dalam golongan ini cepat sedar dari mimpi. Allah S.W.T ada menyatakan larangan mengubah ciptaan sebaik-baik ciptaanNya adalah salah sama sekali. Allahuakbar.

  3. Kita kadangkala jangan terlalu menghukum orang lain sehingga kita lupa mendoakan diri sendiri agar dijauhkan. Mohon Allah selamatkan kita daripada terjebak dengan budaya dilaknat Allah ini.

    Sebabnya dulu pernah ada artis nasyid yang bagus orangnya menyanyikan lagu-lagu memuji Allah, akhirnya beberapa tahun kemudian dilihat sudah berpakaian seperti seorang perempuan dengan pelbagai solekan lagi. Ya Allah! Tak sangka ia boleh berlaku.

    Nauzubillahi min zalik.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  4. nasib baik aku lelaki sejati dan ‘straight’ …semoga mereka ini insaf dan kembali kepangkal jalan…nafsu songsang yang akan meruntuhkan sistem sosial fitrah manusia…sistem kekeluargaan akan hancur…apa akan jadi kepada generasi akan datang…semoga mereka ini diberikan petunjuk
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti PersahabatanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!