Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Bisnis perlukan modal untuk iklan“, dalam entri tersebut ada tips untuk berjaya dalam bisnis. Kali ini Abang nak menulis kisah santai berkawan dengan artis.
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam hidup ini memang banyak yang tidak disangka. Tak pernah termimpi anak orang kampung tak popular mana pun boleh berkawan dengan artis terkenal Malaysia.
Sahabat artis pertama Abang adalah Zarul Umbrella. Abang kenal ketika beliau aktif sebagai blogger tapi sekarang blog Zarulumbrella.com sudah terkubur. Daripada bertukar-tukar komen sehinggalah dapat mengopi bersama, dijemput rumah terbuka aidil fitri dan menjadi artis jemputan disemua majlis anjuran Denaihati. Kami memang rapat. Alhamdulillah kerjaya Zarul semakin berkembang selepas Gegar Vaganza 3, sekarang sudah jadi pelakon dalam telemovie “Cik Serba Tahu” bersama Sari Yanti dan Remy Ishak.
Pertama kali masuk set pengambaran telemovie “Cinta Si Wedding Planner” macam orang jakon juga lah. Selama ini hanya tengok drama kat TV, rupanya setiap adegan punyalah ramai insan belakang tabir yang bekerja tungkus lumus siang malam. Masa inilah berkenalan dengan kak Mira Filzah.
Kemudian follow Adi Putra di lokasi pengambaran telemovie “Lambaian Ramadan“. Banyak lokasi pengambaran yang Abang jejaki. Dapatlah berbual dengan Balqis dan Siti Elizad. Cerita ini memang trending hebat dan ramai yang marah sehingga maki hamun pelakon utama lelakinya.
Terbaru Abang dapat ikut sessi pengambaran telemovie 60 episod untuk TV3 bertajuk Dia. Berselisih dengan Janna Nick dan Irwan Syah tapi belum sempat nak berbual. Kena sabar sebab masa masih panjang lagi. Biasa kalau drama 60 episod, pengambaran mesti lebih daripada 3 bulan.
Hidup memang penuh dengan kejutan. Majlis paling tidak boleh dilupakan adalah Sarapan pagi Bersama Mira Filzah dan Adi putra. Kami anjurkan khas untuk blogger bertemu dengan artis kesayangan mereka. Sekarang kami menguruskan sosial media Adi Putra dan Mira filzah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
25 Comments
Bestnya, tahniah tuan dapat berkenalan dan berkawan dengan artis2 serta selebriti. Best sebab dapat luaskan networking dan boleh juga share pengalaman dalam bidang masing-masing.
Seronok bila mempunyai kawan yang dapat kita pelajari banyak daripadanya 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..7 PERKARA YANG PATUT SUAMI LAKUKAN BILA ISTERI PILIH BREASTFEEDING
Terbaik ! Betullah dalam hidup banyak perkara di luar jangkaan. Apapun rezekilah mendapat kepercayaan artis .
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..Tip Untuk Isteri Bantu Suami Berhenti Merokok Dalam Masa 14 Hari
wow best Tuan Denaihati dapat kawan dengan artis-artis hebat 🙂 bilalah saya boleh kawan dengan mereka macam tuan hihi
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Inilah Akibatnya Jika Kamu Suka Makan Kaki Ayam
Dulu saya pun selalu follow dan baca blog Zarul Umbrella. Sayang betul, blog tu dah tak ada sekarang 😀
Curahan rasa sabree hussin @ ..Kerja dari rumah dengan iLancee
Cantiknya mbak Mira Filzah, kalo di Indonesia mirip artis T2, ehhehe
Curahan rasa Ali Afif @ ..Terjemahan Lirik Lagu Barat Romantis Secret Love Song | Lagu BArat Populer
bukan senang nak dapat kepercayaan artis yang ada bisnes sendiri.. tahniah DH
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
femes betol mira filzah ni.. tapi belum ada kesempatan utk tgk lakonan beliau
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia
Rindu nak baca blog Zarul Umbrella.. teringat semasa bro Eyriazz buat contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Dalam contest SEO tu, blog Zarul Umbrella pun ada join sekali…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
agak agak dia join lagi tak sekarang.. dulu selalu jgk terjah blog dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Sopan betul Mira Filzah ni… boleh jadi ikon kepada artis-artis wanita…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Melalui networking yang bagus, membolehkan blog Denaihati semakin di kenali di Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tahniah juga kepada team Denaihati network kerana mendapat kepercayaan untuk mengendalikan fanpage Adi Putra dan Mira Filzah.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tahniah Tuan Denaihati..
Melalui blog, tuan dapat berkenalan dengan artis-artis terkenal di Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Kita boleh belajar bagaimana nak bina pengaruh cara artis dan bina keyakinan diri bila berkawan dengan mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Comments are closed.