Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Bisnis perlukan modal untuk iklan“, dalam entri tersebut ada tips untuk berjaya dalam bisnis. Kali ini Abang nak menulis kisah santai berkawan dengan artis.
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam hidup ini memang banyak yang tidak disangka. Tak pernah termimpi anak orang kampung tak popular mana pun boleh berkawan dengan artis terkenal Malaysia.
Sahabat artis pertama Abang adalah Zarul Umbrella. Abang kenal ketika beliau aktif sebagai blogger tapi sekarang blog Zarulumbrella.com sudah terkubur. Daripada bertukar-tukar komen sehinggalah dapat mengopi bersama, dijemput rumah terbuka aidil fitri dan menjadi artis jemputan disemua majlis anjuran Denaihati. Kami memang rapat. Alhamdulillah kerjaya Zarul semakin berkembang selepas Gegar Vaganza 3, sekarang sudah jadi pelakon dalam telemovie “Cik Serba Tahu” bersama Sari Yanti dan Remy Ishak.
Pertama kali masuk set pengambaran telemovie “Cinta Si Wedding Planner” macam orang jakon juga lah. Selama ini hanya tengok drama kat TV, rupanya setiap adegan punyalah ramai insan belakang tabir yang bekerja tungkus lumus siang malam. Masa inilah berkenalan dengan kak Mira Filzah.
Kemudian follow Adi Putra di lokasi pengambaran telemovie “Lambaian Ramadan“. Banyak lokasi pengambaran yang Abang jejaki. Dapatlah berbual dengan Balqis dan Siti Elizad. Cerita ini memang trending hebat dan ramai yang marah sehingga maki hamun pelakon utama lelakinya.
Terbaru Abang dapat ikut sessi pengambaran telemovie 60 episod untuk TV3 bertajuk Dia. Berselisih dengan Janna Nick dan Irwan Syah tapi belum sempat nak berbual. Kena sabar sebab masa masih panjang lagi. Biasa kalau drama 60 episod, pengambaran mesti lebih daripada 3 bulan.
Hidup memang penuh dengan kejutan. Majlis paling tidak boleh dilupakan adalah Sarapan pagi Bersama Mira Filzah dan Adi putra. Kami anjurkan khas untuk blogger bertemu dengan artis kesayangan mereka. Sekarang kami menguruskan sosial media Adi Putra dan Mira filzah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
25 Comments
zarul husin awet muda tetap seperti pertama bertemu tahun 2013 di SBB di singgahsana petaling jaya
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Cara Mengatasi Rambut KEring dengan Bahan Alami
Kalau dapat kawan dengan Christiano Ronaldo, boleh minta review di IG beliau, sebab caj review di situ boleh cecah USD400,000.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Pantas Buat Duit Dengan USD
Admin mmg power.. Dengan artis pun berkawan, mira filzah pun ada.. Tahniah admin
Curahan rasa Fuzy Idris @ ..Shaklee Mengubah Perspektif Seorang Surirumah Yang Tidak Pandai Berniaga kepada
hebat betul tuan DH kita ni.
saya kenal Heliza je. hehe. jom kenal ngan Heliza. antara marketing yang bagus juga
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Tiada Lagi Blogger Zorro
The more we gave the more we get inshaallah, termasuk la dapat berkawan dengan artis popular dan mereka-mereka yang super hebat ni! Bukan senang nak jadi pelakon dan artis…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017)
saya ni tak ikut langsung perkembangan artis malaysia. tapi dpt tahu yang dh ramai artis cuba buat bisnes.. baguslah utk simpanan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
hmm tak pasti ada tak kenalan dikangan artis popular. hehe. kalau ada pun ingat ingat lupa bila kali terakhir jumpa
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..#instastory: 3 Hari Uncle Zuan di Tokyo
saya 1 pelakon pun x de yg jadi kawan lagi….hihi mane tau next jadi customer saya dan jadi rapat
Curahan rasa seri @ ..Cara Atasi Morning Sickness Masih Ramai Tidak Tahu
Comments are closed.