Assalamualaikum dan salam sejahtera, beberapa hari lepas sempat juga Abang Denaihati berehat sambil membaca majalah setelah sibuk dengan urusan bisnis online dan offline. Antara isu yang dibawa dalam majalah tersebut adalah kisah hutang. Apabila membaca isu ramai eksekutif muda terlilit dengan hutang teringat kisah Abang zaman awal berkerjaya dulu.
Di tahun akhir belajar Abang terperangkap dengan buku hasil nukilan Tuan Azizi Ali jutawan pelabuaran. Anak kampung yang miskin jadi bersemangat nak jadi jutawan seperti Tuan Azizi Ali. Ketika itu lebih banyak berguru dengan buku untuk mencapai matlamat tak seperti sekarang berbagai ilmu ada disosial media dan berpuluh-puluh sifu sedia mengajar dengan yuran tertentu.
Abang mulakan langkah dengan dunia saham BSKL cuba IPO dan kemudian belajar trade melalui remiser. Modal di tangan sikit kemudian guna tunai dari kredit kad. Dari satu kredit kad sehingga ke tiga kredit kad. Pada peringkat permulaan semua berjalan baik tapi bila silap langkah dan kebetulan pasaran saham dunia tak menentu habis semuanya sehingga terpaksa menanggung hutang kredit kad bertahun-tahun. Hutang kredit kad tak ada bezanya dengan Along, tinggi bunga dan bank menggunakan agen secara paksa bagaikan kita penjenayah untuk kutip balik hutang. Kepada yang ada pengalaman sama seperti Abang pasti memahami dan merasai kesusuhan saat tersebut.
Kawan Abang lagilah teruk guna kredit kad untuk bergaya supaya nampak kaya depan awek dia. Akhirnya dikejar juga seperti Abang sehingga diistihar muflis tak kurang juga yang terjerumus dengan rasuah kerana nak membayar hutang. Alhamdulillah Abang sekarang sudah bebas hutang boleh berjalan kemana sahaja pelusuk dunia. Anda bila lagi?
Bertahun juga nak selesaikan beban hutang kredit kad dan akhirnya kad terakhir citi bank dapat Abang selesaikan. Pengalaman perit jadi panduan kepada ramai kekawan sebagai tempat rujukkan bagaimana cara untuk keluar dari masalah hutang kad kredit. Abang kongsikan jalan bagaimana cara untuk bebas dari hutang kad kredit yang perlukan kesungguhan dan berhijrah daripada tabiat biasa kehidupan.
Itulah sedikit kisah Abang terjerumus dengan masalah bayaran hutang kredit kad. Kepada yang sedang berjuang untuk keluar dari belenggu tersebut dan perlukan bantuan insyaa Allah bolehlah Abang hulurkan sedikit bantuan.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
26 Comments
Dulu hampir juga terkena ambil credit card untuk bisa kredit buat usaha, tapi Alhamdulillah Allah masih menahan diri ini sehingga tak jadilah. Sekarang baru berani pakai sistem kartu visa menggunakan sistem deposit, jadi lebih aman. Namanya Jenius Card.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..2 Smartphone Terbaru ASUS Siap untuk Diluncurkan di Pasar Indonesia
kredit kad enak dipak tapi pas pembayaran ga enak banget yaa, ntr tau tau besar pasak dari pada tiang gegara ke enakan karena memiliki kredit kad
Curahan rasa icp capsule @ ..Cordyceps Plus Capsule
Masih lagi berusaha menyelesaikan masalah seperti ini. Bukan sebab suka-suka sebab terpaksa. DH nak tolong ke? Hehe
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif
Sehingga hari ni, masih belum ada plan untuk saya guna kad kredit ini…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Hutang kredit kad memang nightmare terutamanya bagi yang baru start kerja dan pendapatan belum stable.. Ilmu pengurusan kewangan perlu diterapkan bagi pelajar-pelajar agar mereka bijak menguruskan kewangan bila bekerja nanti dan mengelakkan daripada berhutang kredit kad secara tidak terkawal.
Kalau menurut saya …biar hidup sedefhana tapi tidak mempunyai hutang daripada harus hidup mewah tapi hutang dimana2
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Alami Memutihkan Wajah –
sebab tu, kena pandai control bab perbelanjaan nih.
kekadang, ramai yang nak buat duit, tapi salah aturan, terus terjun ke lurah hutang yang dalam.
Curahan rasa titan @ ..Pokemon Go – Endless and Addicted Games
Orang yg guna kredit kad ni kena pandai kontrol kewangan. Kalau silap langkah, mmg parah la jadinya.
Curahan rasa jida @ ..Makin Cantik Setelah Tahu Cara Cuci Wajah Yang Betul
bila dah hutang habis maka mudah untuk menjalani kehidupan dengan selesa dan damai..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Projek Tukar Kad ATM Baru
cara ‘magic’ untuk selesaikan hutang ialah solat subuh secara istiqamah dan bersedekah setakat yang mampu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Aplikasi Duit Inovasi Kerja Promosi
Salah satu kad kredit saya dah habis bayar dan dah potong pun. Lega. Tinggal yang baki lagi satu kad kredit ni sakit sikit nak selesaikan hutangnya.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Kempen Promosi Unity Sale sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016
Comments are closed.