Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Lambakan cryptocurrency di pasaran“. Apa yang kita nak buat mesti ada ilmu jangan ikut sahaja sebab orang kata. Kali ini Abang nak menulis kisah pengalaman untuk memandu kejayaan masa depan kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada pendapat Abang, adik-adik yang baru tamat belajar tak kisah peringkat apa kalau ada niat nak sukses besar dalam bisnis, bagus juga bekerja dahulu paling tidak tiga ke empat tahun untuk cari pengalaman. Tak kisah kerja kat mana sekali pun, semua itu ada pengalaman yang sangat berguna. Jangan risau berapa besar gaji yang penting berpatutan dengan kelulusan supaya boleh meneruskan kehidupan untuk mencapai misi besar pada tahun mendatang.
Ambil contoh pomen Cina mereka selalu hantar anak-anak mereka bekerja di bengkel orang lain untuk mencari pengalaman. Begitu juga kalau kita berhasrat nak buka restoran, bagus kalau boleh kita bekerja dahulu di restoran yang sudah maju untuk memahami perjalanan sebuah restoran dan segala susah senang supaya mudah apabila menjadi toke restoran.
Pengalaman Abang dulu pun sama apabila tamat belajar dari UKM memang sudah pasang niat nak jadi usahawan. Untuk mencapai niat tersebut Abang perlu bekerja dengan orang lain untuk mempelajari skil pengurusan kewangan, pengurusan manusia, pengurusan pelanggan, pengurusan pembekal dan macam-macam selok belok pengurusan perniagaan. Lebih 10 tahun Abang bekerja di sektor Kerajaan dan swasta demi mencari pengalaman sebagai bekalan sebagai seorang usahawan. Pernah dimarah, diherdik dengan Bos dengan perkataan kasar anjing dan babi, pernah bekerja tiga hari tiga malam none stop, pernah dimaki oleh pelanggan dan macam-macam lagi pengalaman masam dan manis.
Walau susah bagaimana sekali pengalaman tak pernah berundur atau kecil hati sebab dari awal sudah pasang niat nak mencari sebanyak boleh pengalaman untuk bekalan masa depan. Alhamdulillah apabila tiba masanya Abang bersama-sama beberapa sahabat telah memulakan perniagaan sendiri dalam bidang katering. Antara pengalaman menarik jadi katerer adalah menguruskankan kantin Hospital Klang selama lebih empat tahun, buat katering di Pejabat Perdana Menteri, katering di rumah Perdana Menteri, katering di rumah Timbalan Perdana Menteri, buat katering untuk Formula 1 dan Moto GP.
Setelah bergelumang dengan berbagai pengalaman suka dan duka selama tiga tahun dalam bidang katering akhirnya Abang beralih arah ke dalam bidang ICT sehinggalah sekarang. Sekarang sedang mengumpul berbagai pengalaman dalam bisnis digital yang banyak menghidangkan peluang yang besar.
Pengalaman Kerja untuk menilai diri
Pengalaman guru terbaik untuk bantu kita menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan. Selain daripada itu pengalaman bekerja juga akan menunjuk hala tuju samada kita sesuai untuk berniaga sendiri atau lebih sesuai membina kerja dalam perniagaan orang lain.
Ramai sahaja tokoh-tokoh korporat di dunia dan di Malaysia yang sangat terkenal menguruskan syarikat yang berjaya tanpa mempunyai perniagaan sendiri. Mereka mendapat pendapatan jutaan ringgit setahun. Antara toloh korporat yang sangat berjaya di malaysia adalah Tan Sri Aziz yang menguruskan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Shazalli Ramly orang kuat Telekom Malaysia dan ramai lahi kalau nak disenaraikan.
Kejayaan tiada jalan singkat
Paling penting JANGAN nak sukses cepat contohnya pergi dua tiga seminar terus tiru apa guru buat, tengok video youtube berulang-ulang terus tiru apa yang dipaparkan. Korea dan Jepun pun meniru asalnya tapi mereka tak tiru 100% malahan mereka ambil masa buat lebih baik lagi sehingga hari ini mereka mendahului teknolgi dunia.
Beri masa kepada diri sendiri untuk mencari pengalaman untuk kejayaan yang berpanjangan bukan hanya sebentar.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
85 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like
lagi lama hidup lagi banyak pengalaman hidup..
persoalannya adakah pengalaman tersebut boleh memberi manfaat kepada orang lain.
jika YA..
maka itu adalah pengalaman terbaik
Sebaik-sebaik pengalaman adalah pengalaman yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan orang lain..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Betul.
Pengalaman adalah guru yang terbaik.
Teruslah belajar dan belajar setiap hari.
Curahan rasa titan @ ..Rindu dan Sayang.
Belajar dan belajar walaupun ada kesilapan.
Pengalaman yang paling berharga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Nantikan Kemunculan ShakleeBaby Produk Rangkaian Penjagaan Bayi
Ini yang dinamakan pembelajaran sepanjang hayat.. selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita kena terus belajar..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Tak kisahlah pembelajaran secara formal atau tak formal.. yang penting teruskan belajar…
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Pengalaman boleh jadi mematangkan..tetapi ada juga yang tidak ambil peduli drp pengalaman yg mereka perolehi.. rugi..
Curahan rasa JMR @ ..Bangkitlah, Belajarlah Dulu Ilmu Pelaburan
Kita akan belajar erti kegagalan dan kejayaan melalui pengalaman.. sebab tu pengalaman terlalu mahal harganya..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Apabila kita melalui pengalaman gagal.. sebenarnya mahal nilai bagi pengalaman tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Kita perlu hadapinya dengan minda yang positif.. perkemaskan diri dan tanamkan tekad dan azam untuk bangkit semula..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Apabila kita melalui pengalaman yang berjaya pula, kita oerlu bersyukur.. dan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Manalah tahu Allah nak uji kita dengan kegagalan pula pada masa akan datang… sekurang-kurangnya kita dah buat persediaan..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Di sinilah pentingnya plan pengurusan risiko seperti yang digariskan dalam standard ISO 9001: 2015
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Kena belajar dari pengalaman orang yang dah lama supaya kita ambil iktibar dari kesilapan mereka
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Tak Suka Minum Susu? Tak Apa sebab Susu Bukan Sumber Terbaik Kalsium
Sebab tu ada perumpaman… saya lebih dulu makan garam daripada awak.. ini menunjukkan mereka lebih berumur dan lebih berpengalaman daripada kita..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Comments are closed.