Pengajaran daripada atlet Olimpik Rio Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, walaupun demam Olimpik Rio sudah berlalu tapi semangatnya masih membara. Olimpik Rio adalah hasil paling cemerlang sepanjang Malaysia ikut serta sukan Olimpik. Apa yang Abang Denaihati pelajari daripada atlet Malaysia yang layak ke Olimpik Rio dan lebih hebat berjaya menang pingat.

Pandelela dan Jun Hong

1. Atlet yang nak layak ke olimpik mesti berlatih siang, malam, bertahun-tahun paling tidak tiga empat tahun. Buat benda yang sama berulang-ulang tanpa jemu. Tinggal keluarga, isteri dan anak-anak. Nak berjaya memang begitu isteri mesti bersedia untuk ditinggalkan dan menguruskan anak-anak dalam tempoh tertentu. Kalau isteri nak suami berjaya tapi masa yang sama nak suami berada di rumah memang tak akan menjadi. Buat bisnis pun sama  perlu pengorbanan tinggal keluarga. Kalau suami isteri buat bisnis bersama kena pulak tinggalkan anak-anak diuruskan pembantu rumah atau pengasuh. Perlu ada pengorbanan untuk setiap kejayaan.

Lee Chong Wei

2. Setelah berusaha bertahun-tahun buat perkara yang sama, sampai ke Olimpik belum tentu berjaya layak ke final. Layak ke final belum tentu layak dapat pingat, Dapat pingat belum tentu dapat pingat emas. Adakah altet kita kecewa. Abis Olimpik rehat kejap mereka berlatih lagi untuk beberapa tahun untuk Olimpik Tokyo. Berbisnis pun begitu perlu masa, perlu buat aktiviti yang sama berulang-ulang tapi belum tentu berjaya. Apabila gagal adakah perlu putus asa dan berhenti, pasti tidak … Kita kena buat, buat dan buat lagi hingga berjaya.

Azizulhasni Awang

3. Atlet Malaysia berjaya bukan hanya semangat sendiri-sendiri tetapi kerja berjemaah gabungan atlet, jurulatih, pengurus, nutritionist, medical team, penaja dan keluarga. Bisnis pun tak akan berjaya kalau berusaha sendirian. Bisnis berjemaah ada berkatnya dan lebih lama untuk setiap kejayaan.

If You Want To Go Fast, Go Alone. If You Want To Go Far, Go Together.

Apa pendapat anda?

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

10 Comments

  1. Semangat mereka memang kuat. Malah, lifestyle pun memang tak sama dengan orang biasa. Kehidupan mereka untuk satu matlamat. Berjaya dalam sukan yg diceburi. Kalau senang putus asa memang tak ke manalah jawabnya.
    Curahan rasa jida @ ..Rahsia Kurus Selepas BersalinMy Profile

  2. memang tepat pengamatan abang denai hati mengenai Olimpik Rio 2016. Kejayaan perlukan pengorbanan, usaha tanpa jemu. Buat sampai dapat. Lagi satu team work memang penting. Delicate the work. Pemain fokus kepada game, bab tajaan, management biar pakar yang uruskan.
    Curahan rasa Nurul @ ..Shaker Shaklee baru 2016My Profile

  3. nak berjaya, kena keluar dari zon selesa. berkorban demi mencapai kejayaan. kalau kita lihat usaha mereka, bukan datang bergolek, ambil masa untuk sampai ke puncak! sama halnya dengan kehidupan dan perniagaan, bukan hari ni setup, esok nak tuai hasil, perlu pengorbanan dan usaha yang tak pernah henti. insyaAllah, berjaya.
    Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Adakah mereka melawan ketentuan Allah?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!