Assalamualaikum dan salam sejahtera,
harini isnin biasa dikaitkan dengan monday blues, namun begitu, monday blues tak beerti kita perlu mulakan hari dengan perasaan yang tidak bagus. Kita perlu mulakan setiap hari dengan penuh semangat, sebagai tanda memanjatkan syukur atas kurniaan nyawa untuk satu hari lagi.
Semasa program daya eUsahawan yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu, kami sempat menemubual seorang usahawanita muda yang telah bergiat dalam bidang perniagaan sejak 3 tahun yang lalu. Beliau menjalankan perniagaan latihan menjahit kepada sesiapa yang ingin belajar bagaimana untuk menjana pendapatan melalui aktiviti jahitan.
Latihan jahitan untuk semua
Nurul Nadiah Mat Zin atau lebih selesa dipanggil Yuyu menjalankan perniagaan memberikan latihan jahitan kepada sesiapa yang berminat. Beliau menggunakan jenama Yuyu Design untuk perkhidmatan yang disediakan. Sebelum ini, Yuyu berjaya menjana sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
Yuyu telah menyertai program eUsahawan untuk mendalami ilmu pemasaran online dan selepas itu, beliau telah menjenakaan diri sebagai Sifu Jahit tudung.
Alhamdulillah peningkatan ketara telah berlaku dalam perniagaan Yuyu, di mana beliau telah berjaya meningkatkan pendapatan ke paras RM30,000 hingga RM50,000 sebulan. Ini sememangnya sesuatu yang amat membanggakan.
Menggunakan pelbagai medium penyampaian
Sehingga kini, Yuyu menggunakan pelbagai medium penyampaian antaranya menyediakan ebook, kelas online, membuat pemasaran melalui isi kandungan dan banyak lagi. Yuyu juga menyediakan khidmat konsultasi untuk sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan jahitan.
Jika suatu ketika dahulu, ramai yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan online, harini Yuyu telah berjaya membantu ribuan individu meningkatkan pendapatan melalui aktiviti menjahit tudung.
Yuyu turut menyediakan pola-pola tudung yang menarik untuk tukang jahit di bawah bimbingan beliau, menyediakan tudung-tudung baru dengan rekaan yang terkini dan cantik.
Menerima permintaan luar
Sejak perniagaan Yuyu semakin berkembang, beliau juga mendapat permintaan dari negara jiran seperti Singapura untuk mengadakan latihan jahitan di sana juga. Semakin hari, Yuyu dan team semakin sibuk menguruskan latihan dan bimbingan kepada para tukang jahit di bawah program bimbingan jahitan Yuyu Design.
Semoga perkembangan ini akan dapat membantu lebih ramai individu di luar sana menambah pendapatan dengan aktiviti yang boleh dibuat di rumah.
Saban hari, kita dapat membaca pelbagai kisah-kisah kejayaan yang terhasil oleh kerana program eUsahawan yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Semoga usaha MDEC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berterusan ini akan membantu lebih ramai usahawan mikro di seluruh negara.
Tahniah diucapkan kepada para peserta, pengajar dan pihak MDEC atas usaha yang telah dicurahkan.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
- Program eU@Marketplace membuka peluang usahawan mikro meluaskan pasaran mereka
- Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
41 Comments
woah banyaknya.. mmg rugi peniaga yang tak cuba edagang ni.. sekarang ni semua nak guna internet sebagai platform bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kesilapan Filem yang Anda Tidak Perasan
takut2 semakin ketinggalan akan datang nanti pulak, usaha MDEC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berterusan ini akan membantu lebih ramai usahawan mikro di seluruh negara memang terbaik.
Curahan rasa Denaihati @ ..7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tahniah. Usaha yang baik. Siapa sangka kerjaya ini boleh pergi jauh.
fuh melonjak banyak tu, dari 4 angka kepada 5 angka. hebatlah cuma dengan online sahaja
Curahan rasa raihanah @ ..Cara Vivix Bantu Rawat Kebas Akibat Diabetes
4 angka kepada 5 angka nilainya besar bezanya tu… utk Sifu Tukang Jahit ini mencecah 10kali ganda.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Test Drive Honda HRV
Tidak mustahil, dengan kos iklan RM200 boleh buat komisyen RM1,750 jika iklan itu sampai pada sasaran yang tepat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Kelima Dari Uber
xde yang mustahil zaman digital sekarang ni, cuma nak dengan tak nak je 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Jam Tangan Boy London Menggamit Memori
wah..sungguh terinspirasi..alhamdulillah rezeki. sangat bagus la eusahawan ni. tapi yg sepatutnya dekat kemaman baru ni cancel last minit pulak.ruginya…
Curahan rasa ummi luqman @ ..5 Cara Kurangkan Morning Sickness
Tunggu event akan datang pulaklah, mudahan dapat join next event, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
wah..memang kesungguhannya menjana pendapatan terutama menggunakan ekonomi digital. Kesannya sungguh membrangsangkan.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Teaser 9 : The Tateyama Kurobe Alphine Route
Tahniah buat akak Yuyu Design. Bagi yang nak belajar. Jangan lepaskan peluang keemasan macam ni. Boleh buat kerja sendiri bila dapat hasil macam ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
Untung jika dapat belajar macam ni. Naik banyak jualan tu. Dari 5K jadi 50K. Dalam masa sebulan. Hebat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
Tahniah, suka bila baca kisah orang yang berjaya macam ni. Banyak tu dapat naik. Dari sikit terus jadi bayak dalam masa sebulan. Boleh pakat belajar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Harga Minyak Naik Apa Nak Buat
Betul, belajar dr pengalaman orang lebih cepat, nak best lagi berguru…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Guru bisnis mesti dihormati baru ilmu berkat
Seronoknya dapat peningkatan yang banyak begitu di usia muda. Zaman sekrang nie, apa jua bakat yang ada jika diasah dan digunakan dengan sebaik mungkin pada channel yang betul, memang boleh bantu kita jana pendapatan. Semoga lebih rsmai akan terinspirasi..
Curahan rasa arnie @ ..3 Perkara Menarik di Aeon Shah Alam Seksyen 13
Wahh..kagumnya..semoga kejayaan yuyu terkesan pada tukang jahit dirumah seperti saya untuk berdaya saing dalam dunia bisnes yang lebih luas.
Dah kena line dah ni, ramai orang yg mencari tukang jahit kat rumah, walaupun dirumah pasarannya tal semestinya jiran setaman, 1 malaysia dan negara jiran pun boleh.
Curahan rasa Denaihati @ ..Zarul Umbrella mengegar Gegar Vaganza 3
wah.. leh jadikan motivasi ni . bestnye 50k sebulan… kalau lah dekat.. mesti dah pi join sekali. mak je reti jahit.. anak ni tak reti .hehe
Curahan rasa lisa @ ..Lazada Online Revolution Diskaun Gila Gila !
pergh! padu! semua boleh buat di hujung jari.
tahniah kepada semua yang terlibat untuk event tu
Banyak tu pendapatan Yuyu… Boleh sampai RM50 ribu sebulan… Tahniah Yuyu… Kejayaan Yuyu boleh dijadikan sebagai motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia….
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Daftar Jadi Pemandu UBER
Memang banyak, semestinya dijadikan sebagai motivasi pd s yg berminat nak naikkan perniagaan dan 1Malaysia lah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ekonomi digital jangan sampai ketinggalan
Comments are closed.