Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

harini isnin biasa dikaitkan dengan monday blues, namun begitu, monday blues tak beerti kita perlu mulakan hari dengan perasaan yang tidak bagus. Kita perlu mulakan setiap hari dengan penuh semangat, sebagai tanda memanjatkan syukur atas kurniaan nyawa untuk satu hari lagi.

Semasa program daya eUsahawan yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu, kami sempat menemubual seorang usahawanita muda yang telah bergiat dalam bidang perniagaan sejak 3 tahun yang lalu. Beliau menjalankan perniagaan latihan menjahit kepada sesiapa yang ingin belajar bagaimana untuk menjana pendapatan melalui aktiviti jahitan.

Yuyu daya eUsahawan

Latihan jahitan untuk semua

Nurul Nadiah Mat Zin atau lebih selesa dipanggil Yuyu menjalankan perniagaan memberikan latihan jahitan kepada sesiapa yang berminat. Beliau menggunakan jenama Yuyu Design untuk perkhidmatan yang disediakan. Sebelum ini, Yuyu berjaya menjana sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

Yuyu telah menyertai program eUsahawan untuk mendalami ilmu pemasaran online dan selepas itu, beliau telah menjenakaan diri sebagai Sifu Jahit tudung.

Alhamdulillah peningkatan ketara telah berlaku dalam perniagaan Yuyu, di mana beliau telah berjaya meningkatkan pendapatan ke paras RM30,000 hingga RM50,000 sebulan. Ini sememangnya sesuatu yang amat membanggakan.

Yuyu usahawan muda sifu tukang jahit
menggunakan gelaran Sifu Tukang Jahit

Menggunakan pelbagai medium penyampaian

Sehingga kini, Yuyu menggunakan pelbagai medium penyampaian antaranya menyediakan ebook, kelas online, membuat pemasaran melalui isi kandungan dan banyak lagi. Yuyu juga menyediakan khidmat konsultasi untuk sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan jahitan.

Jika suatu ketika dahulu, ramai yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan online, harini Yuyu telah berjaya membantu ribuan individu meningkatkan pendapatan melalui aktiviti menjahit tudung.

Yuyu turut menyediakan pola-pola tudung yang menarik untuk tukang jahit di bawah bimbingan beliau, menyediakan tudung-tudung baru dengan rekaan yang terkini dan cantik.

Menjana pendapatan melalui ekonomi digital

Menerima permintaan luar

Sejak perniagaan Yuyu semakin berkembang, beliau juga mendapat permintaan dari negara jiran seperti Singapura untuk mengadakan latihan jahitan di sana juga. Semakin hari, Yuyu dan team semakin sibuk menguruskan latihan dan bimbingan kepada para tukang jahit di bawah program bimbingan jahitan Yuyu Design.

Semoga perkembangan ini akan dapat membantu lebih ramai individu di luar sana menambah pendapatan dengan aktiviti yang boleh dibuat di rumah.

Saban hari, kita dapat membaca pelbagai kisah-kisah kejayaan yang terhasil oleh kerana program eUsahawan yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Semoga usaha MDEC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berterusan ini akan membantu lebih ramai usahawan mikro di seluruh negara.

Tahniah diucapkan kepada para peserta, pengajar dan pihak MDEC atas usaha yang telah dicurahkan.


Spread the love

41 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!