Pendapatan meningkat 3 kali ganda selepas menyertai program eUsahawan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sejak hari sabtu semalam hingga hari ini, karnival Pemangkin Duit Digital sedang diadakan di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang. Karnival ini merupakan siri jelajah satu malaysia yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memberi penerangan bagaimana semua individu di Malaysia boleh menjana pendapatan melalui platform Digital.

Kali ini, kami ingin berkongsi kisah kejayaan seorang lagi peserta eUsahawan yang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui pelajaran yang telah diperolehi dalam siri latihan eUsahawan anjuran MDEC.

Booth eUsahawan

Kerjaya Pensyarah Tidak Dapat Menampung Keperluan Keluarga

Puan Siti Rohayu bekas graduan UKM memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Kolej Professional Mara Indera Mahkota, namun begitu disebabkan perlu menanggung ibu bapa dan keluarga yang susah, beliau merancang untuk membuka butik bersama kak beliau.

Jualan selepas pembukaan butik tidak begitu memberansangkan, disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh kakak beliau yang merupakan rakan kongsi dalam pembuatan baju di butik tersebut.

Dato Sri Hj Shahiruddin Ab Moin

Belajar buat dropship online sendirian

Selepas tidak berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan butik yang telah dibuka, Puan Siti Rohayu mengambil inisiatif untuk menyertasi program dropship online. Namun disebabkan kurang skil dan pengalaman, jualan dropship yang disertai tidak begitu memberansangkan.

Beliau berjaya menjana sekitar RM700 sahaja sebulan pada ketika itu, kerana kurangkan pengetahuan dan pengalaman menguruskan perniagaan dropship online.

Puan Siti Rohayu eUsahawan Pahang
Puan Siti Rohayu eUsahawan Pahang

Program eUsahawan mengajar selok belok perniagaan online

Puan Siti Rohayu telah mendapat berita mengenai produk eUsahawan yang disediakan oleh pihak MDEC. Beliau mengambil peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam bagaimana untuk menjalankan perniagaan dropship beliau secara lebih teratur.

Setelah menyertai program latihan eUsahawan, puan Siti Rohayu telah berjaya meningkatkan pendapatan daripada perniagaan dropshipnya kepada RM3,000 sebulan. Ini merupakan peningkatan yang membanggakan. Beliau telah mempelajari teknik-teknik yang tepat untuk memasarkan produk yang diniagakan.

CelebrityLass
produk yang dipasarkan

Hari ini, puan Siti Rohayu telah berjaya menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh beliau sebelum ini, tahniah diucapkan kepada puan Siti Rohayu, semoga perniagaan beliau akan bertambah maju di masa akan datang.

Kepada sesiapa yang ingin mempelajari bagaimana untuk menjalankan perniagaan online dengan berkesan, boleh daftar program eUsahawan untuk belajar selok belok pemasaran online.

program eUsahawan MDEC


Spread the love

21 Comments

  1. perniagaan memang menguntungkan kalau kena caranya.. namun kena ada ilmu sebelum menceburinya.
    Program eUSahawan ini banyak membantu

  2. Tahniah buat Puan Siti Rohayu telah berjaya meningkatkan pendapatan daripada RM700 kepada RM3000 setelah menyertai eUsahawan anjuran Mdec.

    Saya juga telah ikuti eUsahawan pada Julai lepas tetapi belum buat iklan di FBads disebabkan kekurangan dana.

    Insha Allah…. Akan usahakan ke arah itu.
    Curahan rasa Keyboard Viral @ ..Restoran Tipu Pelanggan Jadi ViralMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!