Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sejak hari sabtu semalam hingga hari ini, karnival Pemangkin Duit Digital sedang diadakan di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang. Karnival ini merupakan siri jelajah satu malaysia yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memberi penerangan bagaimana semua individu di Malaysia boleh menjana pendapatan melalui platform Digital.
Kali ini, kami ingin berkongsi kisah kejayaan seorang lagi peserta eUsahawan yang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui pelajaran yang telah diperolehi dalam siri latihan eUsahawan anjuran MDEC.
Kerjaya Pensyarah Tidak Dapat Menampung Keperluan Keluarga
Puan Siti Rohayu bekas graduan UKM memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Kolej Professional Mara Indera Mahkota, namun begitu disebabkan perlu menanggung ibu bapa dan keluarga yang susah, beliau merancang untuk membuka butik bersama kak beliau.
Jualan selepas pembukaan butik tidak begitu memberansangkan, disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh kakak beliau yang merupakan rakan kongsi dalam pembuatan baju di butik tersebut.
Belajar buat dropship online sendirian
Selepas tidak berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan butik yang telah dibuka, Puan Siti Rohayu mengambil inisiatif untuk menyertasi program dropship online. Namun disebabkan kurang skil dan pengalaman, jualan dropship yang disertai tidak begitu memberansangkan.
Beliau berjaya menjana sekitar RM700 sahaja sebulan pada ketika itu, kerana kurangkan pengetahuan dan pengalaman menguruskan perniagaan dropship online.
Program eUsahawan mengajar selok belok perniagaan online
Puan Siti Rohayu telah mendapat berita mengenai produk eUsahawan yang disediakan oleh pihak MDEC. Beliau mengambil peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam bagaimana untuk menjalankan perniagaan dropship beliau secara lebih teratur.
Setelah menyertai program latihan eUsahawan, puan Siti Rohayu telah berjaya meningkatkan pendapatan daripada perniagaan dropshipnya kepada RM3,000 sebulan. Ini merupakan peningkatan yang membanggakan. Beliau telah mempelajari teknik-teknik yang tepat untuk memasarkan produk yang diniagakan.
Hari ini, puan Siti Rohayu telah berjaya menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh beliau sebelum ini, tahniah diucapkan kepada puan Siti Rohayu, semoga perniagaan beliau akan bertambah maju di masa akan datang.
Kepada sesiapa yang ingin mempelajari bagaimana untuk menjalankan perniagaan online dengan berkesan, boleh daftar program eUsahawan untuk belajar selok belok pemasaran online.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Pemangkin Duit Digital : Program #YouCanDuit Kuantan 27 dan 28 Ogos
21 Comments
tahniah kepada yang berjaya
kata kuncinya jangan mudah putus asa
sama2 kita support bisnes saudara sesama Islam
Curahan rasa Cik Nis AnnisaBiz @ ..“Keajaiban” Sutra Vitalforce Aura 7 Spray
Dapat hasil berganda macam ni memang seronok. Kena pakat belajar benda ni jika nak tambah pendapatan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Boleh jana pendapatan dengan mudah macam ni. Ada kursus yang diberikankan. Mudah nak belajar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Hari Raya Haji
Bidang usahawan memang bagus. Ada program macam ni lagi bagus mudah nak belajar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Hari Raya Haji
perniagaan memang menguntungkan kalau kena caranya.. namun kena ada ilmu sebelum menceburinya.
Program eUSahawan ini banyak membantu
Betul tu. Cara nak dapat rezeki yang besar dengan berniaga. Belajar macam ni insyallah boleh majukan diri kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Beruntung sungguh mereka yang dapat jaoin & berjaya dalam perniagaan bila join n
Curahan rasa Supernifz @ ..Serangan Stroke – Bahagian Otak Sebelah Kiri Telah Mati.
tahu cara caranya di zaman digital ni, memang senang nak buat duit..cuma nak menten tu yang sering menjadi masalah kepada para usahawan..
Curahan rasa JMR @ ..Top 10 : Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak
waah hebat tu sampai 3x ganda meningkatnya. memang berbaloilah menyertai program tersebut
Curahan rasa Raihanah @ ..Detox dan Peranan Pencegahan Kanser
Siapa yang tak seronok kan bila usaha membuahkan hasil yang sungguh lumayan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Serangan Stroke – Bahagian Otak Sebelah Kiri Telah Mati.
Tahniah buat Puan Siti Rohayu telah berjaya meningkatkan pendapatan daripada RM700 kepada RM3000 setelah menyertai eUsahawan anjuran Mdec.
Saya juga telah ikuti eUsahawan pada Julai lepas tetapi belum buat iklan di FBads disebabkan kekurangan dana.
Insha Allah…. Akan usahakan ke arah itu.
Curahan rasa Keyboard Viral @ ..Restoran Tipu Pelanggan Jadi Viral
Oh iyer ker, semoga urusan tuan di permudahkannya, modal memang nak kena ada kalau nak berFBads nih kan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Serangan Stroke – Bahagian Otak Sebelah Kiri Telah Mati.
Harapnya lepas keluar modal tu boleh dapat pulangan. Sebab dah belajar dari mereka yang mahir.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Hari Raya Haji
Tahniah puan Siti Rohayu. Memang sekarang sudah zamannya digital, sehingga mencari belanja, berdagang dan mencari uang pun menggunakan platform digital. Peluang yang dijanjikannya cukup besar
Curahan rasa Dawaihati @ ..3 Cara Perawatan Wajah Menggunakan Bubuk Kopi
tahniah dn syabas buat Siti Rohayu. Boleh jana pendapatan macam ni memang seronok. Boleh berjaya dala bisnes sendiri kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Hari Raya Haji
Perkongsian maklumat yang sangat menarik dan bermanfaat untuk mereka yang sedang mencari sumber pendapatan baru…
Setuju tuh, satu saluran yang sanga-sangat membatu mereka yang tak berapa reti nak meluaskan empayar nih.
Curahan rasa Supernifz @ ..Serangan Stroke – Bahagian Otak Sebelah Kiri Telah Mati.
Tahniah puan Siti Rohayu. Semoga kisah kejayaan beliau dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada usahawan MDEC yg lain..
Curahan rasa anuar @ ..[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia
Dan juga seluruh rakyat Malaysia yang bersusaha untuk menambahkan pendapatan melalui side income.
Curahan rasa anuar @ ..[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia
Nak kena faham bebetul nih kalau nak join program nih, kompem takkan menyesal punya nih.,
Curahan rasa Supernifz @ ..Serangan Stroke – Bahagian Otak Sebelah Kiri Telah Mati.
Bagaimana ya jika mau ikutan dalam prpgram ini ..??? Sepertinya asyik juga
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Comments are closed.