Assalamualaikum dan salam sejahtera,
masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Majlis tahun kelima buat Sepetang Bersama Blogger yang menjadi himpunan rakan penulis blog dan juga aktivis sosial media. Pada tahun 2012 dan 2013, ia berlangsung di Hotel Singgahsana manakala tahun 2014 berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Untuk tahun lepas di mana SBB2015 dilaksanakan di Putrajaya Ekstreme Park dan aktiviti outdoor telah dijalankan.
Sambutan setiap tahun untuk program Sepetang Bersama Blogger ini tidak mengecewakan. Ratusan penulis blog berhimpun di bawah satu bumbung untuk mendengar perkongsian hebat dari mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Pada tahun 2016 ini, majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) akan diadakan :
Tarikh: 16.4.16 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Pendaftaran telah dibuka dan rebutlah peluang ini untuk daftar segera dengan yuran promosi RM30 seorang dan nantikan berita-berita terkini di blog denaihati.com ini. Selain perkongsian ‘mini forum’, sudah tentu ada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh ratusan orang pada majlis ini. Di samping itu juga, rebut peluang untuk membuat jaringan bersama rakan-rakan yang lain dan barisan penaja yang hebat!
Syukur alhamdulillah, pelbagai syarikat besar dan kecil sudi untuk berganding bahu menjadi penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Kesemua penaja ini ingin berjumpa dengan anda dan ratusa penulis blog yang lain pada hari tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua penaja bersama iaitu:
- Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
- Amna Home
- Richworks Academy
- Jopana
- Oceanlife Marketing (Ephyra)
- Zeeta Magis Aura Mawar
- Aleeya’s Kitchen
- Les Copaque Production (Upin & Ipin)
- Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
- Yeos Malaysia
- eQurban
- Jemaah Bisnis Denaihati
- Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
- Firdaus Azizi Training & Consultancy
- AE Consultancy Services
- PenMerah Network
- Sohaini Cookies
- Jus Bob Nanas
- CVS Production
- Kotak Lensa
- Jam Tawaf Denaihati
Penaja utama telah dikemaskinikan iaitu Multimedia Development Corporation (MDEC). Sesuatu yang amat istimewa untuk jaringan penulis blog dan aktivis sosial media yang ingin mencari dan menjana pendapatan dari blog. Kepada semua rakan blogger dan aktivis sosial media, cepat-cepat daftar di laman http://sbb.my
Jika mengikut pengalaman lalu, apabila kuota pendaftaran telah ditutup maka tiada apa yang dapat kami lakukan. Kerana pada tahun ini, himpunan 500 orang di Sepetang Bersama Blogger 2016 akan berlangsung dan ia sesuatu yang perlu direbut secepatnya.
Jom, ajak semua rakan-rakan untuk DAFTAR SBB2016
147 Comments
Sepertinya ini adalah acara yang ditinggu-tunggu ….pasti banyak hadiah menanti untuk para pemenang hehehe …
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Subhanallah, Inilah Manfaat Wuduhu Bagi Kecantikan –
Baru dapat decide hari ni huhuu… first time nak join SBB
Curahan rasa ruggedmom @ ..Cititel Express Ipoh | Location Location Location !
wahhh.. sonoknyer ruggedmon… mesti balik ngan berbondon2 hadiah nanti nih….
Curahan rasa Supernifz @ ..Mohon Keampunan Allah
Masanya semakin hampir. Mesti meriah kali ni. Penaja utama dah berada dalam senari dah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah April 2016
hebat-hebat tuh para penajanya. Jeles sungguh nengok senarai penaja yang panjang tuh.
Curahan rasa Supernifz @ ..Mohon Keampunan Allah
Tahun lepas tak dapat pergi sebab kerja. tahun ni siap2 amek cuti awal sebulan dah! Tak sabarnya jumpa semua blogger
Curahan rasa eyra @ ..AmnaHome.com – homestay yang selesa, lokasi strategik dan harga yang berpatutan.
Bagus buat persiapan macam tu. Mesti meriah acara pada tahun ini. Best jumpa rakan blogger nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah April 2016
Saya sangat ingin sekali bisa ikut acara ini, bagaimana caranya?
Curahan rasa kantor open office @ ..Kantor Menggunakan Konsep Open Office
Jom daftar ramai-ramai SBB 2016 ni. Insyallah dapat banyak ilu tentang dunia blogger jika join SBB pada kali ini.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Tak dapat nak menghadirkan diri, dah la macam2 hadiah cabutan bertuah yang best2 tahun ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Kerana Bau Ketiak Masam Kita Hilang Kawan
Pergi SBB ni dapat jumpa ramai blogger yang baru mahupun lama. Peluang nak berkenalan dan menambah ilmu blog.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Lumayan lama tak mampir di blog Denaihati karena memang lama tak update blog karena sibuk pekerjaan. Mantap nih acaranya blogger2 Malaysia bisa kumpul sama-sama saling kenal dan bertukar informasi. Semoga sukses aja acaranya ya.. 😀
Curahan rasa Info Guru GTK @ ..Daftar Nama Calon Peserta Sertifikasi Guru 2016
Memang mantap acara ni. Menghimpunkan rakan-rakan blogger di seluruh negara termasuk dari negara jiran.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
wow, terbaik ni. Mesti ramai blogger berkumpul kali ni. Boleh kenal-kenal sesama blogger nih.
Curahan rasa jobdirumah kerja part time @ ..Notis bayaran komisen / komisyen Jobdirumah
Memang menarik acaranya. Ramai blogger yang datang. Hampir 500 orang nanti. Ramai tu.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Tengok senarai penaja pun dah tahu mesti grand event ni.
Betul tu. Tengok kepada senari penaja pun dah tahu. Mesti gempak nanti. Ramai blogger berkumpul.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Boleh ke nak bawa anak-anak sekali? RM30 untuk umur berapa ya?
Curahan rasa Lin Chalo @ ..Anak Kidal. Ini Yang Ibu Bapa Mesti Tahu Mengenai Anak Bertangan Kidal
Boleh bawa anak. Yang ni boleh PM FB denaihati atau team DH yang lain. Nanti mereka tolong jawap.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
ya betul tu … umur untuk 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan.
Curahan rasa denaihati @ ..Ulasan Ringkas Berkaitan Khidmat Badal Haji
Bila la ada peluang nak hadir event macam ni.. Dah bertahun-tahun dah jadi blogger.. Harap ada rezeki saya next year.. =p
Curahan rasa Moms Avenue @ ..5 Perkara Aneh Bayi Baru Lahir Lakukan Yang Mana Ia Adalah Normal Sebenarnya
Insyallah jika tahun ni tak dapat pergi. Tahun depan harap boleh pergi lagi.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Comments are closed.