Penafian Frankfurter Berjenama RAMLY Mengandungi DNA Babi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa tak kenal jenama Ramly Burger kepunyaan Dato’ Hj Ramly Mokni sahabat kepada Chef Jo antara usahawan makanan Islam yang paling ulung di Malaysia. Aku pernah beberapa kali berjumpa dengan beliau dan nak jadi cerita kebetulan abang ipar aku berkahwin dengan adik bongsu Dato’ Hj Ramly. Tu lah bila beliau difitnah macam ni memang terasa sedih sangat. Ramly Burger sudah mengeluarkan penafian yang juga disokong oleh JAKIM. Laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak pengurusan Ramly Burger.

Dato' Hj Ramly Mokni
Produk Ramly Burger

Untuk melihat email dan surat penafian, laporan polis dan sokongan JAKIM sila @ Penafian Ramly Burger.

Berniaga ini bukan mudah ibarat perperang di hutan batu berbagai strategi digunakan untuk menjatuhkan rakan niaga lain yang lebih hebat daripada yang lain tapi kalau sampai memfitnah soal halal dan haram ni kira tak hebat mana sangatlah. Pengguna sekarang bukan bodoh sangat macam-macam cara kita boleh semak status halal samada secara SMS dan Online.

Semuga Ramly Burger akan terus maju menjadi peneraju makanan Halal Malaysia. Jasa Ramly Burger juga terlalu banyak kerana telah melahirkan ramai usahawan Malaysia yang berniaga menggunakan produk Ramly Burger.


Spread the love

176 Comments

  1. kenapa ya kalau bersaing memakai jalan menebar fitnah, bersainglah secara sehat..kualitas yg di utamakan..jangan pakai jalan licik…suksea selalu untuk Ramly Burger…
    a href=”http://alhudasindangreret.blogspot.com/2012/01/sewa-ruang-kantor-jakarta-murah.html/”> Sewa Ruang Kantor Jakarta Murah
    alhuda
    Curahan rasa Sewa Ruang Kantor Jakarta Murah @ ..Blog doffolow IndonesiaMy Profile

  2. Saya sentiasa menyokong produk keluaran Bumiputra, paling istimewa produk Ramly satu2 frozen food yg di sukai keluarga saya dan rakan2.

  3. Aku cukup berbangga dengan kejayaan RAMLY namun agak kecewa kerana pengedarnya kebanyakkannya adalah dari golongan kaum Cina. Apakah tak ade pengedar-pengedar Melayu???

  4. Citer nih lama dah aku dengar, bagi aku selagi pihak Ramly mengambil langkah-langkah mencegah daripada berlaku lagi keadaan seperti itu amat lah baik. Kerana ia akan mengembalikan keyakinan pengguna terhadap jenama Ramly.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!