Assalamaualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi cinta buta apabila Nursyafikah Ahmad Ismail terbunuh ditikam oleh bekas tunangnya di pasar raya Econsave Kluang. Tragedi sedih ini berlaku tak sampai dua bulan setelah kematian pelajar UiTM Pulau Pinang, Nursyuhada Johari dikelar oleh teman lelakinya. Mengapa ada manusia yang tergamak membunuh hanya kerana cinta tidak berbalas.
Ini hanya sebahagian kecil daripada tragedi yang berlaku akibat daripada cinta buta. Banyak lagi penderaan lain yang sudah berlaku dan sedang berlaku akibat cinta tidak berbalas. Penyakit masyarakat yang semakin kronik akibat lemahnya iman. Manusia sudah tidak dapat menerima kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan. Membunuh menjadi jalan singkat untuk melepaskan rasa kecewa apabila cinta ditolak. Terlalu ramai sebenarnya manusia yang sedang mengalami masalah jiwa akibat tidak kenal ALLAH dah terlalu taksub dengan kehidupan dunia.
Siapa yang salah? Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab untuk mendidik insan lain mengenali ALLAH. Setiap hari tak kira siang atau malam kita berpolimik hanya tentang isu dunia samada di media sosial atau sembang di kedai kopi. Orang politik sibuk dengan urusan politik untuk mendapat kuasa yang semua fikir dengan kuasa maka selesailah semua masalah dunia. Aktivis sosial media terus-terusan memanupulasi semua berita dunia untuk memeta minda manusia supaya yakin dengan setiap berita yang disebarkan.
Akhirnya minda manusia menjadi sakit sehingga tergamak membunuh sesama manusia hanya kerana sebuah cinta buta. Berapa banyak lagi tragedi sebegini akan berlaku baru kita semua sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Dimanakah tanggungjawab kita?
98 Comments
Moga dijauhkan daripada perkara sebegini..teringat pulak kisah silam..apapun, setuju dengan tuan..didikan agama sangat2 perlu dititikberatkan especially zaman penuh mencabar sekarang..
Curahan rasa Mama Nadia @ ..Perlu sangat ke asid folik ni?baby besar la bersalin nanti!
Dunia sekarang masyarakat diberi tekanan, tetapi tekanan cinta bukan termasuk dalam tekanan yg diberi, tetapi minda ‘gila’ yang tidak kenal makna redha, dek kurang asuhan agama mungkin.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Yamaha R25 – Harga dan Spesifikasi Yamaha R25 di Malaysia
Nauzubillahiminzalik.
Semoga dijauhkan kita dari musibah begini.
Tak faham juga dengan mentaliti manusia yang camni, kalau bukan jodohnya pasti ada yang terbaik sebagai ganti.
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nutriwhite Shaklee untuk pencerahan yang selamat, semulajadi dan berkesan.
Setiap daripada kita kena jalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan.. Ibubapa kena didik anak dengan cara yang dikehendaki Allah swt dan RasulNya saw. Kalau dari kecil kita dah tanamkan dan ajarkan asas yang kukuh Insyallah makin mudah mereka dilentur dengan acuan yang dikehendaki Islam..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
Al-fatihah buat arwah Nursyafikah mungkin kematian adalah yang terbaik buat dia. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Takziah diucapkan buat keluarga arwah.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Sukan Tahunan 2015
manusia semakin hilang nilai kemanusiaan.
apa nak jadi dengan dunia sekarang..pening kepala nak fikirkan semua ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Blog Senjata Promosi Seorang Blogger
Hilang dek kerana kerasukan nafsu yang telah mengoda mereka.. HB kita buat apa yang mampu kita kawal..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
Alfatihah buat arwah.. Manusia semakin hilang akal dan iman. Dengan iman insyaAllah perkara sebegini tidakkan pernah berlaku.. Moga kita semua dilindungi daripada anasir jahat yang mungkin kita juga tidak mengetahuinya..
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..4 Tips Penting Kulit Bebas Jerawat Selamanya!
Bila nafsu dan amarah telah menguasai diri ini yang terjadi. Menyesal kemudian tak berguna lagi. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat sebegini.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Testimoni Nano Centa
bila emosi mengatasi kewarasan akal fikiran…
semoga kita semua terhindar dari penyakit kurang waras
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Roti Nan Cheese Leleh sekali rasa pasti nak lagi
Betul tuan.. Bila jauh dari Allah, maka hilanglah semua sifat-sifat mahmudah yang Allah kurniakan..
Curahan rasa aryn @ ..KELAS WORDPRESS PERTAMAKU DI SABAH
bila ajal dah sampai….yang hidup kena redha di atas apa yg terjadi.
Curahan rasa jaymiee @ ..Cara mudah nak bakar kalori.
ramai orang pos pasal benda ni termasuk di Whatapps, rasa kecewa dengan tindakkan sesetengah individu yang terlalu mengikut perasaan
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Contoh Idea Bisnes Pasar Malam
Al Fatihah buat Nursyafikah.
Sedih tengok bila kerana ikutkan nafsu dan marah, punah masa depan.
Bunga bukan sekuntum dik. Sapa yang tidak pernah kecewa dalam bercinta.
Move on cari yang lain bukannya bunuh anak orang.
Terkejut sebenarnya dengan berita ni. Manusia zaman sekarang semakin tak bermoral kah? Walau tidak semua, tapi penyakit mental semakin berleluasa.. Nauzubillah..
Curahan rasa ReeN @ ..Keguguran Rambut Selepas Bersalin?
Alhamdulillah….pembunuh NurSyafikah dan ditangkap. Semoga dia dapat hukuman yang sentimpal dengan perbuatannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Semasa Liga Super 18 April 2015
Comments are closed.