Pemergian Nursyafikah tanda gagalnya masyarakat

Spread the love

Assalamaualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi cinta buta apabila Nursyafikah Ahmad Ismail terbunuh ditikam oleh bekas tunangnya di pasar raya Econsave Kluang. Tragedi sedih ini berlaku tak sampai dua bulan setelah kematian pelajar UiTM Pulau Pinang, Nursyuhada Johari dikelar oleh teman lelakinya. Mengapa ada manusia yang tergamak membunuh hanya kerana cinta tidak berbalas.

Nursyafikah di tikam

Ini hanya sebahagian kecil daripada tragedi yang berlaku akibat daripada cinta buta. Banyak lagi penderaan lain yang sudah berlaku dan sedang berlaku akibat cinta tidak berbalas. Penyakit masyarakat yang semakin kronik akibat lemahnya iman. Manusia sudah tidak dapat menerima kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan. Membunuh menjadi jalan singkat untuk melepaskan rasa kecewa apabila cinta ditolak. Terlalu ramai sebenarnya manusia yang sedang mengalami masalah jiwa akibat tidak kenal ALLAH dah terlalu taksub dengan kehidupan dunia.

nur syuhada dikelar

Siapa yang salah? Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab untuk mendidik insan lain mengenali ALLAH. Setiap hari tak kira siang atau malam kita berpolimik hanya tentang isu dunia samada di media sosial atau sembang di kedai kopi. Orang politik sibuk dengan urusan politik untuk mendapat kuasa yang semua fikir dengan kuasa maka selesailah semua masalah dunia. Aktivis sosial media terus-terusan memanupulasi semua berita dunia untuk memeta minda manusia supaya yakin dengan setiap berita yang disebarkan.

Akhirnya minda manusia menjadi sakit sehingga tergamak membunuh sesama manusia hanya kerana sebuah cinta buta. Berapa banyak lagi tragedi sebegini akan berlaku baru kita semua sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Dimanakah tanggungjawab kita?

 


Spread the love

98 Comments

  1. bila nafsu mengawal diri,, syaitan pun tegas bertindak.. nauzubillah.. inilah sikap manusia yg tdak berhati perut dan terlalu taksub dgn cinta..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!