Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
penulis yakin dan percaya bahawa kebanyakan orang berjalan di luar sana dengan memakai kasut atau sandal. Namun demikian ramai juga yang tidak menitikberatkan jenis dan ciri-ciri kasut yang dipakai.
Mungkin sekadar cantik, selesa dan mungkin dipilih yang murah tetapi tidak memilih yang memberi manfaat kepada kesihatan. Bagi yang pentingkan kesihatan dan keselesaan kaki, sudah tentu mencari kasut yang sesuai. Kesilapan memilih kasut yang sesuai dengan kaki, akan menyebabkan beberapa perkara seperti masalah kaki dan tulang belakang.
Disyorkan untuk memakai kasut kesihatan Medshoe.
MEDSHOE merupakan kasut kesihatan berkualiti tinggi keluaran 100% bumiputera nombor 1 di Malaysia. Pengalaman lebih 6 tahun dalam industri kasut kesihatan mencetuskan ilham buat pemilik untuk menghasilkan kasut kesihatan sendiri.
Selain itu, disebabkan pemilik sendiri mempunyai masalah kesihatan tulang belakang menyebabkan beliau nekad untuk menghasilkan kasut kesihatan yang selesa keluarannya sendiri dan seterusnya dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia.
Pembukaan cawangan di Seksyen 13 Shah Alam pada 25 Februari 2017 telah memberi peluang kepada peminat kasut untuk merasai sendiri keselesaan kasut Medshoe. Kesemuanya adalah atas permintaan yang tinggi di mana kasut-kasut yang dihasilkan adalah terhad dan tidak dikeluarkan lagi selepas habis dijual.
Mengapa perlu pilih kasut jenama Medshoe?
Kesemua ciri-ciri kasut yang bagus untuk kesihatan, selesa dan cantik ada pada Medshoe iaitu:
1. PORON – Span pelapik dalam kasut yang menyerap hentakan dan anti bakteria, kulat hasil teknologi dari USA dan dilapik dengan span eva yang lembut.
2. COOLMAX MESH – Lapisan atas pelapik dalam kasut yang berfungsi menyerap lembapan dan menyerap bau.
3. HIGH ARCH SUPPORT – Lengkungan yang tinggi yang diperbuat dari span eva yang lembut dan mengikut bentuk lengkuk tapak kaki.
4. BAHAGIAN DEPAN KASUT – Roomy toe (wide box toe) iaitu potongan lebar bahagian depan kasut yang memberi ruang pada jari-jari kaki.
5. LAPISAN LUAR – Microfiber (gentian tumbuhan) yang lembut dan tahan lama. Boleh dibersihkan menggunakan kain yang lembap.
6. LAPISAN DALAM – Suede Microfiber (gentian tumbuhan) serta kusyen yang lembut dan bersifat menyerap kelembapan, anti kulat di samping berfungsi mengelakkan bentuk kasut sesuai dengan bentuk kaki.
7. TAPAK KASUT – 100% caoutchorc (getah asli) yang bersifat anti licin sekaligus menstabilkan struktur kaki apabila berjalan.
Penulis sempat membuat rakaman video amatur untuk tatapan peminat-peminat kasut kesihatan ini sempena hari pembukaan butik Medshoe Malaysia ini. Anda semua boleh lihat lebih jelas lagi dan pembelian secara online juga boleh dibuat di laman sesawang Denaisell Medshoe
- Penyakit kencing manis
- Sakit tumit, kaki & lenguh
- Plantar Fasciitis
- Sakit tulang belakang
- Berjalan & berdiri lama
- Ibu mengandung
- Bunions
- Sakit sendi & urat
- Tahu tumit (heel spurs)
- Haji, umrah & melancong
- Jururawat, guru & pelajar
- Penggunaan harian.
Ujian telah di buat ke atas melebihi 10 ribu pengguna kasut kesihatan medshoe. Ramai yang berpuas hati dengan pembelian kasut Medshoe Malaysia ini dan sudah pasti ada yang membeli lebih dari dua atau tiga pasang kasut. Penulis juga telah membeli kasut lelaki Waseem dan kasut Eameerah Comfort Lady untuk isteri.
Untuk pembeli yang ingin membeli di atas talian, boleh terus ke laman sesawang Denaisell Medshoe dan penghantaran kasut terus kepada anda. Untuk makluman, Denaihati adalah merupakan agen yang sah bagi Medshoe Malaysia. Bagi yang hendak datang mencuba kasut, boleh ke alamat showroom Medshoe Malaysia dan maklumkan kod “DENAISELL 004” untuk pembelian:
Medshoe Malaysia
No.86, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi : 11.00am – 9.00pm (Isnin tutup)
Hotline : +6011 1869 6172
52 Comments
Sebelum ni ada perasan juga kasut-kasut Medshoe ni di jual dekat laman web shopping chart Denaiseell..
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Sekarang ni baru tahu dekat mana kedai terdekat nak dapatkan jasut-kasut Medshoe ni..
Terima kasih di atas perkongsian info..
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
boleh la buka cawangan di Sarawak nanti..senang sikit orang di sini nak membeli
Curahan rasa Hero Borneo @ ..4 Teknik Lejen Perunding Takaful Dapat Jualan
menariknya kasut ni. saya ni jenis sensitif dengan kasut yang dipakai. salah pakai sikit, boleh migrain satu hari. tengok kelebihan medshoe ni, saya rasa nak beli satu.
bagus juga mencuba, baru tahu ada yang sampai migran sebab kasut.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kadar dividen KWSP 2016
Boleh try belikan satu untuk wife la.mesti dia suka kalau dapat kasut ni.. 🙂
Curahan rasa Bagaimana Malaysia @ ..Promosi SK II Trial Set Murah (Set Kecantikan Terbaik)
Dengan pemilihan kasut yang sesuai kita boleh jaga kesihatan. Menarik!!!!
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Kesihatan Adalah Kekayaan Sebenar
pemakaian kasut yang sesuai akan memastikan kesihatan kita terpelihara…
tak pe kalau harga mahal sikit
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Misteri Keajaiban Aplikasi Duit Terungkai
Dengan pemilihan kasut yang sesuai juga sgt berkait dengan kesihatan. Menarik!!!
wooowwwwwwww cantik cantik sepatunya, bikin ngiler saja neh, hasrat membeli saya begitu bergejolak danpanas, haha. ini istri kalo liat ini sepatu tentu suka sekali dan nak beli mungkin. 😉
Curahan rasa ali afif panas @ ..Setentang Cerita Panas Guru Malaysia
pernah cuba kasut ni, tapi masih belum terbeli. hajatnya ada rezeki bonus februari bolehlah beli. saya biasa beli kasut clarks je disebabkan keselesaan. tapi kasut ni memang selesa jadi boleh cuba beli.
Curahan rasa raihanah @ ..10 Tips Untuk Sihat Di Usia Tua
Sedikit sebanyak membuka mata saya untuk jaga kesihatan menerusi kaki.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jurutera Dilanda Hutang Sebelum Jadi Sifu
doctor dan nurse sesuai sangat pakai kasut ni.. kesian diorang terpaksa lari2 dalam hospital..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Beauty and The Beast 2017
banyak berdiri juga. mugkin boleh bantu berdiri lebih lama, kurang sakit kaki dan stress.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Orang Terkaya di Malaysia 2017
waaaaoww sepatunya keren keren sekali, seronoknya kalo saya mampir mampir ke situ belanja belanja, apalagi sambil mampir ke restoran sana duuuhhh seneng dan indahnya kalo saja begituuu
Curahan rasa Blog Belajar Catur @ ..Partai Catur MVL 2017 Sharjah Grand Prix
silakan sahabat, jika mahu datang mencuba kasut, boleh maklumkan kod “DENAISELL 004” untuk pembelian.
Curahan rasa Denaihati @ ..Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional
Saya biasa pakai Scholl dan Clarks waktu kerja dulu sebab sangat selesa walaupun mahal. Bata ada comfy shoe dan saya rasa kasut medshoe ni seangkatan dengannya. Mungkin boleh cuba beli untuk anak yang pergi kelas jalan kaki hari-hari. Terima kasih beritahu kasut yang berkualiti tinggi.
Curahan rasa rahimah majid @ ..10 Resepi Makanan Semasa Travel Yang Mudah Di Sediakan
nampak selesakan? design medshoe ni pun lawa.. boleh la lawan bata dgn clarks lepas ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Scholl antara jenama awal, sandel yang berbiji-biji, tapi selesa sedap pakai, macam urutan rasa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kadar dividen KWSP 2016
Saya suka memakai kasut di mana tapaknya mempunyai biji-biji untuk tujuan urutan refleksologi.
Curahan rasa Perawat Islam @ ..(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?
rasanya kebiasaanya sandel yang ada jenis biji-biji ni. memang sedap pakai.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Dato Hussam untuk menerbitkan buku sendiri
Nampak cantik dan selesa kasut-kasut ni.. Kena cuba beli ni
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Cara Ekstrim Untuk Kuruskan Badan Dalam 1 Minggu
silakan cuba, mugkin kena denga jiwa, satu lagi yang penting ianya kasut kesihatan
Curahan rasa Denaihati @ ..Satu Dekad Membangunkan MyEvents International
Betul.. Kesihatan tu yang penting dijaga.. Kalau tak sihat, macamana nak produktif kan? 😀
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Anda Stress Atau Depresi ? Dan Kisah Lexi.
saya baru sahaja kerosakan sepasang kasut..
nak beli baru tetapi perlu ditunda dulu ikut kesesuaian bajet…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Fahami 3 Kepentingan Hibah Takaful
boleh pilih satu lah gitu…heee. bagus cuba kasut kesihatan pulak, mungkin serasi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips untuk bersaing dalam bisnis
Cantik juga design yang ada.. ada reben2 dan pelbagai warna.
Curahan rasa Aziana @ ..Pengedar Shaklee Aktif di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh
pelbagai rekabentuk ada, boleh pilih ikut pilihan hati..heee. kasut untuk lelaki pun ada.
Curahan rasa Denaihati @ ..Buku Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun
Comments are closed.