Pembukaan Butik Medshoe Malaysia di Shah Alam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

penulis yakin dan percaya bahawa kebanyakan orang berjalan di luar sana dengan memakai kasut atau sandal. Namun demikian ramai juga yang tidak menitikberatkan jenis dan ciri-ciri kasut yang dipakai.

Mungkin sekadar cantik, selesa dan mungkin dipilih yang murah tetapi tidak memilih yang memberi manfaat kepada kesihatan. Bagi yang pentingkan kesihatan dan keselesaan kaki, sudah tentu mencari kasut yang sesuai. Kesilapan memilih kasut yang sesuai dengan kaki, akan menyebabkan beberapa perkara seperti masalah kaki dan tulang belakang.

Beza tapak kaki normal dan ‘flat feet’

Disyorkan untuk memakai kasut kesihatan Medshoe.

MEDSHOE merupakan kasut kesihatan berkualiti tinggi keluaran 100% bumiputera nombor 1 di Malaysia. Pengalaman lebih 6 tahun dalam industri kasut kesihatan mencetuskan ilham buat pemilik untuk menghasilkan kasut kesihatan sendiri.

Selain itu, disebabkan pemilik sendiri mempunyai masalah kesihatan tulang belakang menyebabkan beliau nekad untuk menghasilkan kasut kesihatan yang selesa keluarannya sendiri dan seterusnya dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

Kasut Lelaki terbaru keluaran Medshoe Malaysia

Pembukaan cawangan di Seksyen 13 Shah Alam pada 25 Februari 2017 telah memberi peluang kepada peminat kasut untuk merasai sendiri keselesaan kasut Medshoe. Kesemuanya adalah atas permintaan yang tinggi di mana kasut-kasut yang dihasilkan adalah terhad dan tidak dikeluarkan lagi selepas habis dijual.

Butik Medshoe Malaysia di Seksyen 13 Shah Alam

Mengapa perlu pilih kasut jenama Medshoe?

Kesemua ciri-ciri kasut yang bagus untuk kesihatan, selesa dan cantik ada pada Medshoe iaitu:

1. PORON – Span pelapik dalam kasut yang menyerap hentakan dan anti bakteria, kulat hasil teknologi dari USA dan dilapik dengan span eva yang lembut.

2. COOLMAX MESH – Lapisan atas pelapik dalam kasut yang berfungsi menyerap lembapan dan menyerap bau.

3. HIGH ARCH SUPPORT – Lengkungan yang tinggi yang diperbuat dari span eva yang lembut dan mengikut bentuk lengkuk tapak kaki.

4. BAHAGIAN DEPAN KASUT – Roomy toe (wide box toe) iaitu potongan lebar bahagian depan kasut yang memberi ruang pada jari-jari kaki.

5. LAPISAN LUAR – Microfiber (gentian tumbuhan) yang lembut dan tahan lama. Boleh dibersihkan menggunakan kain yang lembap.

6. LAPISAN DALAM – Suede Microfiber (gentian tumbuhan) serta kusyen yang lembut dan bersifat menyerap kelembapan, anti kulat di samping berfungsi mengelakkan bentuk kasut sesuai dengan bentuk kaki.

7. TAPAK KASUT – 100% caoutchorc (getah asli) yang bersifat anti licin sekaligus menstabilkan struktur kaki apabila berjalan.

Kasut jenis ‘open toe’ terbaru dari Medshoe

Penulis sempat membuat rakaman video amatur untuk tatapan peminat-peminat kasut kesihatan ini sempena hari pembukaan butik Medshoe Malaysia ini. Anda semua boleh lihat lebih jelas lagi dan pembelian secara online juga boleh dibuat di laman sesawang Denaisell Medshoe

Kasut Medshoe ini memang disyorkan untuk:

  • Penyakit kencing manis
  • Sakit tumit, kaki & lenguh
  • Plantar Fasciitis
  • Sakit tulang belakang
  • Berjalan & berdiri lama
  • Ibu mengandung
  • Bunions
  • Sakit sendi & urat
  • Tahu tumit (heel spurs)
  • Haji, umrah & melancong
  • Jururawat, guru & pelajar
  • Penggunaan harian.
Mencuba kasut Medshoe di Butik Medshoe Shah Alam
Pemilik Butik Medshoe Malaysia di Shah Alam bersama pelbagai jenis kasut

Ujian telah di buat ke atas melebihi 10 ribu pengguna kasut kesihatan medshoe. Ramai yang berpuas hati dengan pembelian kasut Medshoe Malaysia ini dan sudah pasti ada yang membeli lebih dari dua atau tiga pasang kasut. Penulis juga telah membeli kasut lelaki Waseem dan kasut Eameerah Comfort Lady untuk isteri.

Butik Medshoe Malaysia Seksyen 13 Shah Alam

Untuk pembeli yang ingin membeli di atas talian, boleh terus ke laman sesawang Denaisell Medshoe dan penghantaran kasut terus kepada anda. Untuk makluman, Denaihati adalah merupakan agen yang sah bagi Medshoe Malaysia. Bagi yang hendak datang mencuba kasut, boleh ke alamat showroom Medshoe Malaysia dan maklumkan kod “DENAISELL 004” untuk pembelian:

Medshoe Malaysia
No.86, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi : 11.00am – 9.00pm (Isnin tutup)
Hotline : +6011 1869 6172


Spread the love

52 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!