Pemasaran digital yang anda perlu tahu selain Facebook

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang menghubungi Denaihati Network untuk mendapatkan khidmat nasihat. Memang ramai yang belum mengetahui Denaihati Network menyediakan solusi strategi dan perancangan pemasaran digital yang menyeluruh.

Pemasaran digital yang melibatkan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram, Laman web, Blog dan seumpamanya akan memberikan impak yang lebih menyeluruh untuk kesan jangka masa panjang. Peluang masih terbentang luas, terlalu ramai penduduk di Malaysia masih belum mengenali produk yang kita pasarkan.

Menggunakan platform digital, membolehkan kita meluaskan pasaran tanpa perlu mengeluarkan kos yang sangat tinggi jika dibandingkan dengna kaedah pemasaran konvensional.

Pemasaran menggunakan platform sosial media

Pemasaran online melibatkan platform selain Facebook

Sekiranya kita bertanya dengan usahawan-usahawan online pada masa kini, lebih separuh akan menjawab mereka menggunakan Facebook untuk membuat pemasaran. Hanya segelintir akan menamakan platform yang lain seperti menggunakan enjin caridan dan SEO.

Semua ini ada kesan yang berbeza terhadap kempen pemasaran yang ingin kita jalankan.

Pemasaran di Facebook memang tidak dinafikan memberikan impak yang hebat dan cepat. Anda akan boleh melariskan jualan dengan pantas menggunakan modal yang ditetapkan dan teknik yang betul. Namun begitu, bagaimana pelanggan membuat keputusan di Facebook adalah berbeza dengan platform yang lain.

Mencari penyelesaian menggunakan google

Bakal pelanggan mencari jalan penyelesaian untuk masalah mereka

Lazimnya, kita perlu sedar, perniagaan wujud disebabkan wujudnya masalah. Apabila seseorang itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi, mereka berhak untuk mengenakan bayaran yang sewajarnya. Disitulah bermula perniagaan yang seringkali kita sebut-sebutkan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Google, 92% rakyat Malaysia membuat carian menggunakan Google. Ini melibatkan 25 juta rakyat Malaysia yang mempunyai akses perkhidmatan atas talian. Jumlah yang sangat besar.

Mereka yang menggunakan enjin carian ini, sudah mempunyai minda yang ingin menyelesaikan apa yang mereka sedang cari. Apabila kita meletakkan jalan penyelesaian tersebut pada halaman pertama carian mereka, disitulah kesan apabila kita menjalankan pemasaran di pelbagai platform.

Di mana rakyat malaysia berkumpul

Pemasaran digital secara menyeluruh

Sekiranya anda ingin mengukuhkan penjenamaan dan kedudukan perniagaan anda di persada atas talian, adalah sangat penting untuk anda pastikan, perniagaan anda bukan sekadar berada di Facebook semata-mata. Pastikan perniagaan anda berada di lokasi-lokasi penting seperti di enjin carian dan rangkaian media sosial yang berbeza.

Jika tidak, anda sedang membenarkan pesaing anda mendominasi pemasaran atas talian secara menyeluruh. Boleh hubungi Denaihati Network untuk perbincangan lanjut bagaimana menjalankan pemasaran digital secara menyeluruh.

Benarkan kami membantu anda untuk memperkukuhkan lagi strategi pemasaran atas talian untuk syarikat anda.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

36 Comments

  1. memang harus punya banyaklah kita media sosial, ibaratnya media sosial di kehidupan nyata adalah pasarnya
    semakin banyak media sosial yang kita pakai untuk berniaga semakin banyak juga pasar yang kita punya
    kalo tak pake media sosial macam mana barang kita nak laku
    Curahan rasa icp capsule @ ..Tempat Beli ICP Capsule GlodokMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!