Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari minggu pasti akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk semua orang. Pada kali ini, tim Denaihati Network ke Kuantan Pahang untuk bersama menjayakan program #YouCanDuit anjuran MDEC.
Kempen #YOUCANDUIT yang dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini melebarkan sayapnya ke Pahang, selepas majlis pelancaran di Sarawak, Terengganu dan Johor baru-baru ini bagi meneruskan momentum ekonomi digital seluruh negara.
Sejak dilancarkan pada Mac lalu, kempen di bawah inisiatif Transformasi Ekonomi Digital Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Digital Transformation Malaysia telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelbagai lapisan rakyat.
Begitu juga dengan program #YouCanDuit di Kuantan ini, peluang untuk belajar mengenai cara untuk menjana pendapatan secara digital menggunakan platform eUsahawan dan eRezeki.
Seawal pagi lagi, sudah ramai yang datang di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre. Anak-anak muda yang hadir dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Institut kemahiran yang lain cukup ramai, ini menunjukkan mereka tertarik dengan program bermanfaat yang dianjurkan ini.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri yang juga wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di Kuantan. YBhg Tan Sri Sidek Hassan Pengerusi MDEC serta En. Razaleigh Zainal, Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Korporat, MDEC turut hadir sebagai wakil-wakil MDEC di upacara perasmian #YOUCANDUIT di Kuantan.
Program #YouCanDuit ini bukan terhad kepada kaum bumiputera sahaja tetapi terbuka kepada semua golongan, kaun, jantina mahupun fahaman politik. Pelbagai sokongan juga diberikan untuk para usahawan seperti TEKUN, SME Corp, MARA, MITI dan sebagainya.
Bagi yang berkesempatan, datanglah beramai-ramai ke Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan Pahang untuk menyertai program #YouCanDuit ini. Ramai usahawan-usahawan digital yang telah dilahirkan dengan janaan lebih RM12.66 juta untuk eUsahawan dan lebih RM6.9 juta untu eRezeki.
Layari youcanduit.mdec.my untuk info lanjut mengenai #YOUCANDUIT
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Graduan menjana pendapatan ribuan ringgit menggunakan platform eRezeki MDEC
10 Comments
Alhamdulillah, semoga rakyat malaysia sentiasa berusaha untuk menambahkan pendapatan dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar sekarang ini. Program Youcanduit ini merupakan inisiatif yang baik untuk mambantu belia-belia yang masih menganggur. 🙂
Curahan rasa Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas @ ..Gambir Emas Performance Gel 4 in 1
Semoga program ini akan menjana lebih usahawan di malaysia.. dan semoga peserta mengambil manfaat daripada penganjuran program ini..
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Patty Burger Yang Sedap
program ini ternyata hebat dan menarik perhatian saya..
semoga ia bermanfaat kepda mereka yang berminat…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tatkala Cinta Itu Datang Bertamu
Saya bingung macam mana caranya mau join deengan program ini … Apakah berbayar atau gratis ???
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
macam mana ehh program youcanduit ni berfungsi?
ada sesiapa yang ada pengalaman? leh cerita sikit?
Curahan rasa titan @ ..Pokemon Go – Endless and Addicted Games
Sepertinya gemvirA sangat ikutan program ini ..semoga menjadi berkah saja …dan menjadi rezeki yang bermanfaat
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Bestnya.. Lan Pet Pet pun ada di sana.. siap ada cabutan bertuah lagi.. beruntung betul peserta yang hadir ke program ini..
Curahan rasa anuar @ ..[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia
Ilmu pun dapat, rezeki pun dapat. Semoga para peserta dapat terus mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang mengikuti program tersebut.
Curahan rasa anuar @ ..[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia
Alhamdulillah.. ramai pelajar POLISAS join Program #YouCanDuit di Kuantan Pahang. Semoga program ini dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan di sana.
Curahan rasa anuar @ ..[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia
Comments are closed.