Pemangkin Duit Digital : Program #YouCanDuit Kuantan 27 dan 28 Ogos

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari minggu pasti akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk semua orang. Pada kali ini, tim Denaihati Network ke Kuantan Pahang untuk bersama menjayakan program #YouCanDuit anjuran MDEC.

Kempen #YOUCANDUIT yang dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini melebarkan sayapnya ke Pahang, selepas majlis pelancaran di Sarawak, Terengganu dan Johor baru-baru ini bagi meneruskan momentum ekonomi digital seluruh negara.

You Can Duit Pahang

Sejak dilancarkan pada Mac lalu, kempen di bawah inisiatif Transformasi Ekonomi Digital Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Digital Transformation Malaysia telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelbagai lapisan rakyat.

Begitu juga dengan program #YouCanDuit di Kuantan ini, peluang untuk belajar mengenai cara untuk menjana pendapatan secara digital menggunakan platform eUsahawan dan eRezeki.

Jadual YouCanDuit Kuantan Day 1

Jadual YouCanDuit Kuantan Day 2

Seawal pagi lagi, sudah ramai yang datang di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre. Anak-anak muda yang hadir dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Institut kemahiran yang lain cukup ramai, ini menunjukkan mereka tertarik dengan program bermanfaat yang dianjurkan ini.

Daftar YouCanDuit Kuantan

eUsahawan Kuantan

Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri yang juga wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di Kuantan. YBhg Tan Sri Sidek Hassan Pengerusi MDEC serta En. Razaleigh Zainal, Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Korporat, MDEC turut hadir sebagai wakil-wakil MDEC di upacara perasmian #YOUCANDUIT di Kuantan.

Selfie YouCanDuit Pahang

Dato Sri Hj Shahiruddin Ab. Moin

Program #YouCanDuit ini bukan terhad kepada kaum bumiputera sahaja tetapi terbuka kepada semua golongan, kaun, jantina mahupun fahaman politik.  Pelbagai sokongan juga diberikan untuk para usahawan seperti TEKUN, SME Corp, MARA, MITI dan sebagainya.

Perasmian YouCanDuit Pahang

Bagi yang berkesempatan, datanglah beramai-ramai ke Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan Pahang untuk menyertai program #YouCanDuit ini. Ramai usahawan-usahawan digital yang telah dilahirkan dengan janaan lebih RM12.66 juta untuk eUsahawan dan lebih RM6.9 juta untu eRezeki.

Layari youcanduit.mdec.my untuk info lanjut mengenai #YOUCANDUIT


Spread the love

10 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!